SAVE ME : BAB 31

3 2 0
                                    

AISHA terus menerus cuba menghubungi telefon pintar Haru walaupun tidak dapat. Dia bermundar mandir gelisah memikirkan Haru.

“Dari tadi kakak tengok Aisha kehulu kehilir dengan handphone tu kenapa?” Soal Hanako muncul dari dapur.

“Kakak ada number manager Haru tak?” Soal Aisha kembali.

“Ada tapi kenapa?” Hanako memerhati tingkah laku Aisha yang gelisah.

“Saya tak dapat contact Haru langsung dari pagi tadi. Agaknya dia merajuk ke?” Aisha meneka.

Hanako tertawa perlahan seraya menggeleng kepalanya.

Tut!Tut!

“Hello awak, Haru ada dengan awak ke?”Soal Hanako sebaik saja panggilan dijawab.

“Tak ada, saya dekat rumah dah ni” balas Kenji.

“Aikk. Ada tak dia inform nak ke mana-mana?”

“Hmm..dia cuma bagitahu nak ke tempat first time dia jumpa Aisha, tapi tak ingat pulak dekat mana” Jawab Kenji tanpa mengesyaki apa-apa.

Hanako terus tamatkan talian.

“Dekat mana tempat first time Aisha jumpa Haru?” Soal Hanako mengangkat keningnya.

Dunia yang awalnya dirasakan berpusing dengan pantas, kini tiba-tiba seperti terhenti saat mendengar soalan Hanako. Aisha pantas berlari kebilik untuk menukar pakaiannya.

“Kakak, tolong hantar saya ke Meguro river sekarang!” Ujar Aisha kelam kabut.

Hanako yang melihat Aisha tergopoh-gapah, turut  terikut-ikut dengan kelakuan adik iparnya itu. Dia segera mencapai kunci keretanya untuk ke tempat yang diminta Aisha. Mujur sahaja tidak jauh dan keadaan jalan yang lengang.

“Kakak boleh balik dulu okey,thanks” Ucap Aisha pantas keluar dari kenderaan Hanako sebaik sahaja sampai.

“Tapi kenapa?” Soal Hanako walaupun Aisha sudah berlalu tinggalkannya.

AISHA terus berlari tanpa menghiraukan keadaannya yang sedang mengandung, dia tercari-cari kelibat Haru disepanjang laluan dengan berdebar-debar.

Perasaan menyesal mula menyelubungi diri Aisha kerana meninggalkan suaminya lalui masalah seorang diri.

Dari jauh Aisha terlihat sosok tubuh Haru yang berada diatas jambatan tempat pertama kali dia menegur Haru.

“Dārin!” Jerit Aisha apabila melihat Haru seakan mahu melompat dari jambatan seperti pertama kali mereka bertemu.

Haru menoleh pantas apabila mendengar suara Aisha. Aisha terus mendekati Haru dalam keadaan termengah-mengah  disebabkan berlari. Dia tunduk memegang lutut sambil membetulkan rentak nafasnya.

“Hanī buat apa dekat sini?datang dengan siapa?” Soal Haru menarik kedua tangan Aisha untuk berdiri tegak kembali sambil memandang kebelakang Aisha.

“Dārin memang nak tinggalkan saya ke?” Soal Aisha memandang tajam anak mata Haru. Air matanya mengalir laju tanpa henti.

“Tinggalkan? Bila?” Soal Haru yang awalnya masih tidak faham. “Hanī ingat saya nak terjun ke?” Soal Haru memandang wajah isterinya.

Aisha diam tidak menjawab. Dia menyembamkan wajahnya didada Haru dan merangkul pinggang suaminya itu.

“Mana ada saya nak terjunlah. Saya cuma teringat kenangan manis kita saja tapi kebetulan ternampak ikan besar-besar dekat bawah tu, sebab tu saja” Ujar Haru mengusap belakang badan Aisha.

× SAVE ME × [ Complete ]Where stories live. Discover now