JAM menunjukkan tepat 12 tengah malam, Aisha masuk ke bilik untuk tidur walaupun esoknya dia tidak bekerja. Dia memandang skrin handphone melihat pesanan terakhir yang dihantar Haru sebelum maghrib. Setiap hari Haru tidak lupa untuk hubunginya sebelum dia tidur.
Sekejap pusing ke kiri sekejap pusing ke kanan, resah bila memikirkan suaminya. Risau jika ada sesuatu yang tidak baik berlaku. Sejam berlalu akhirnya Aisha terus tertidur dengan handphone ditangannya .
Sedang asyik nyenyak tidur, Aisha yang masih mengantuk terasa seperti ada tangan yang melingkari pinggangnya. Tanpa berfikir panjang dia cuba untuk melepaskan diri dan terus menjerit kuat hingga memaksa Haru menekup mulutnya.
“Hanī! Hanī! Stop. Ini saya lah” Ujar Haru ditelinga Aisha.
Aisha terdiam. Dia pusing separuh kepala ke belakang untuk kepastian. Haru tersenyum melihat wajah cuak Aisha. Aisha kembali membelakangkan Haru, dia menolak badan Haru dari terus memeluknya.
“I’m sorry Hanī” Ucap Haru menarik tangan Aisha. Aisha hanya membatukan diri tanpa memberi sebarang respond.
“Saya minta maaf kalau buat Hanī takut” Ucap Haru lagi, dia mendekatkan badannya dengan Aisha hingga mendengar esakkan kecil isterinya.
“Kenapa Hanī menangis?” Rasa bersalah muncul dalam hatinya. Aisha tidak menjawab. Haru menarik Aisha kedalam pelukkannya, terasa seperti ada getaran pada tubuh badan Aisha. Haru mula tidak sedap hati.
“Hanī. Ada sesuatu yang terjadi ke sepanjang saya tak ada?” Soal Haru seraya mencium ubun-ubun Aisha. Aisha hanya membalas soalannya dengan pelukkan yang lebih erat.
Haru terdiam. Dia tidak mahu terus desak Aisha dalam keadaan sedemikian. Haru mencapai telefon pintar Aisha, satu per satu pesanan dan panggilan disemak. Tiada apa yang boleh dicurigai.
Semalam dia berfikir hingga dia sendiri tertidur keletihan.
AISHA tunduk untuk salam tangan Haru ketika selesai solat subuh. Haru membalas dengan ciuman ubun-ubun Aisha.Aisha menanggalkan telekung yang dipakai dan sangkut pada tempatnya. Haru melipat sejadah dan terus duduk dibirai katil, dia terus memandang Aisha yang sedang menyikat rambutnya.
“Hanī..” Haru memanggilnya perlahan. Hatinya masih tertanya-tanya dengan sikap Aisha.
“Ya?” Jawab Aisha tanpa memandang Haru.
“Sini kejap” Haru menepuk tilam disebelahnya. Aisha hanya menurut tanpa soal.
“Hanī tak jawab lagi soalan saya semalam?” Soal Haru tersenyum. Aisha menarik nafas dan menghembus perlahan. Dia memandang wajah suaminya itu.
“Hmm..kalau saya cakap Dārin jangan marah” Aisha mula bersuara.
“Kenapa?”
“Sepanjang Dārin tak ada, saya tak minta Akio ambik atau hantarkan..” Aisha terdiam sebentar.
“Jadi?” Haru mengangkat keningnya
“Saya perasan ada yang follow saya. Mula-mula tu tak kisah sangat maybe cuma satu jalan ke apa tapi macam pelik,dia akan mula muncul setiap kali saya keluar dari kawasan kondo sampai ke tempat kerja, waktu balik pun sama jugak” Terang Aisha memandang tangan sendiri risau dibebel Haru.
“Dārin pulak balik awal tak bagitahu” Sambung Aisha.
Haru mengeluh. Dia menarik pinggang Aisha untuk lebih rapat dengannya seraya menolak dagu Aisha untuk mendongak keatas supaya dia boleh melihat mata isterinya. “Sebab tu saya nak ada orang yang jemput dan hantar Hanī balik” Ujar Haru seraya menolak rambut Aisha kebelakang telinga.
YOU ARE READING
× SAVE ME × [ Complete ]
RomanceNovel Santai ✓ Kisah pendek perjalanan hidup Haru Yukio yang ingin menamatkan hidupnya pada musim bunga. "Tuhan. jika kau sayang padaku.. kirimkan seseorang untuk selamatkan aku hari ini" : - Haru Yukio "Hi! awak minum kopi?" : - Aisha Humaira Kisa...