SAVE ME | BAB 12

2 2 0
                                    

MALAYSIA

SUASANA majlis ringkas pot luck golongan isteri-isteri VIP yang bertempat di banglo mewah Dato’ Hasanal berjalan dengan penuh santai dengan mode high class.

Datin Rozy duduk dikerusi utama meja makan mewah rumahnya. Dia menyuap tertib nasi bersama rendang daging menggunakan sudu berwarna emas. “Ermmm.. sedap,pandai you masak” Ucap Datin Rozy sambil mengunyah perlahan.

Datin Maimon tersenyum bangga. “Alhamdulillah kalau kena dengan selera tekak you” . Datin Maimon ketawa perlahan .

“Eh. Jadi ke you berdua nak berbesan?” Soal Datin Julie mencelah.

“Ishh! Mestilah jadi” Jawab Datin Rozy.

“Anak perempuan you setuju ke?” Soal Datin Maimon pula, risau jika Aisha tidak sudi bersuamikan anaknya.

“Anak I tu lepas frust putus tunang dulu, dia dah tak kisah dah kalau kami jodohkan dia dengan siapa-siapa pun” Jawab Datin Rozy seraya menghirup jus oren.

“Kalau macam tu senang la kita nak urus” Balas Datin Maimon tersenyum senang mengharapkan anaknya boleh berubah jika berkahwin kelak.

“Apa kata you all tunangkan mereka berdua sekadar serah cincin saja, nanti anak Datin Rozy balik dari jepun terus saja buat majlis akad nikah.” Datin Suraya memberi cadangan.

“Bunyi macam menarik” Datin Rozy terangguk-angguk setuju.

“Ye lah kan.. lambat-lambat nanti orang lain kebas pulak” Ujar Datin Maimon serious.

“Esok kita ada meeting dekat rumah Datin Maimon kan? Apa kata kita buat majlis serah cincin esok je.”  Tambah Datin Suraya lagi. Panjang akal sungguh.

“Setuju!” Datin Rozy spontan menepuk meja.

“Tak nak tanya your husband dulu ke?” Datin Maimon mengingatkan Datin Rozy tentang suaminya.

Don’t worry. Husband I mesti setuju punyalah” Jawab Datin Rozy dengan yakin tanpa mengetahui status anak perempuannya.

×××××××


TING!

Kedengaran bunyi loceng pintu butik pengantin mewah berbunyi. Datin Rozy melangkah masuk, matanya meliar kekiri dan  kanan ruangan butik melihat design pakaian pengantin yang dikenakan pada patung mannequin.

Hi Datin. Nak tempah baju untuk majlis ke?” Tegur pemilik butik yang kebetulan berada disitu.

Yes! untuk akad nikah anak I
Jawab Datin Rozy berjalan kearah sofa mewah yang tersedia didalam butik.

“Anak lelaki ke perempuan?”Soal Amsyar melabuhkan punggungnya disofa single bersebelahan sofa Datin Rozy.

“Perempuan. Dia ada dekat Jepun sekarang jadi I yang uruskan. Majlis dalam 2 bulan lagi je. Ada yang ready to wear ?” Soal Datin Rozy memandang Amsyar.

“Ada je..berapa tinggi and berat anak Datin?” Soal Amsyar sedia untuk mencatit beberapa maklumat pengantin perempuan.

“Tinggi 168cm, berat around 55kg macam tu” Balas Datin Rozy sekadar meneka berat terkini anaknya.

“Okey cantik cutting tu, senang padankan dengan design yang latest” Ujar Amsyar tersenyum seraya bangun mengambil katalog baju untuk ditunjuk pada pelanggannya.


“CANTIK! Rambang mata I tengok ni” Ujar Datin Rozy teruja menyelak satu persatu katalog pakaian pengantin .

“Tak tanya bakal pengantin dulu ke?”Soal Amsyar untuk kepastian.

“Anak I yang sorang ni jenis tak kisah, cantik dimata I  cantik la dimata dia” Jawab Datin Rozy meneliti salah satu gambar baju yang ada. Lama dia perhati dan tersenyum-senyum.

“Haa..kira jadilah tu” Sampuk Amsyar melihat Datin Rozy lama memandang design cutting long dress berwarna putih pearl.

“Tu lah.. I suka yang ni, nanti you adjust sikit la labuci bagi nampak elegant and exclusive” Cadang Datin Rozy setelah memilih design yang cantik dimatanya.

“Beres Datin. Dah siap nanti  saya maklumkan”

Datin Rozy mengeluarkan credit card lalu hulurkan pada Amsyar. “ Macam biasa, I bayar deposit dulu”

Amsyar segera menyambut dan membuat pemotongan deposit. “Okey Datin siap. Kalau ada apa-apa info call saya awal-awal ye”

“Baik. Saya balik dulu lah ye” Ucap Datin Rozy seraya bangun untuk bergerak pulang.

×××××××


AZMAN berjalan masuk melalui ruang tamu untuk menuju ke tangga yang menghubung tingkat kedua rumah banglo itu.

“Azman, lewat balik sejak dua menjak ni” Tegur Datin Rozy ketika sedang menonton TV seorang diri.

“Eh,Mummy! patient banyak” Jawab Azman sambil meregangkan badan setelah seharian bekerja.

“Aik.. doktor haiwan pun banyak pesakit?” Berkerut keningnya memandang Azman.

Azman tersengih lalu melabuhkan punggungnya disofa. “Banyak je, Azman bukan bertugas dekat klinik saja, dekat pusat stray cat and dog pun Azman buat jugak”

Free ke berbayar?” Soal Datin Rozy.

“Tempat-tempat kucing or anjing jalanan ni biasanya kami geng doktor tak ambik payment pun”

“Okey la macam tu, nanti boleh jugak dapat saham dekat sana” Balas Datin Rozy tenang .

“Kalau mummy nak melawat nanti Azman bagi location” Ujar Azman tersengih.

“Okay jugak. Boleh mummy ajak kawan-kawan mummy hantar sumbangan ke kan?”

“Elok sangat lah tu.. Azman naik dulu ye, nak mandi” Ujar Azman bangun meninggalkan Datin Rozy sendiri.

Datin Rozy menghantar Azman melalui pandangan mata. Dia tersenyum mengenangkan anak-anaknya yang sudah dewasa.

KRING!KRING!

"HELLO abang. bila nak balik? I ada hal mustahak nak bincang ni" Soal Datin Rozy sebaik saja menjawab panggilan Dato' Hasanal.

"Maybe dalam 2 minggu lagi. hal apa?"

"Ada lah. kena bincang face to face hal ni"

"Pulak. nantilah I balik, Azman dengan Aiman ada dekat rumah ke?" Soal Dato' Hasanal risau dengan isterinya yang banyak menghabiskan masa seorang diri dirumah walaupun ada pembantu yang menemani.

"Azman baru balik, Aiman je tak balik lagi. Semuanya jenis kerja tak ingat nak balik rumah" Adu Datin Rozy.

"Biasalah, dorang tengah kumpul saving sementara masih muda. Jadi macam saya ni, dah tua pun kena buat kerja lagi"

"Alahh.. bukan tua mana pun, baru masuk 60an je pun" Bebel Datin Rozy.

"Ish! tua lah tu"

"Ye lah tu.. okeylah, I nak masuk tidur. take care.. apa-apa hal call I" Ujar Datin Rozy sambil matikan television. Dia bangun menuju kebiliknya ditingkat atas.

× SAVE ME × [ Complete ]Where stories live. Discover now