KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT
Haru Yukio menolak troli bagasi menuju ke pintu keluar, dia tercari-cari kelibat driver yang dipesan Kenji untuk menjemputnya ke hotel.
Dari jauh kelihatan seorang lelaki datang menghampirinya.
"Mr Haru Yukio?" Soal lelaki separuh usia itu memandang Haru yang memakai pelitup muka dan cermin mata hitam.
"Yes" Jawab Haru seraya tundukkan kepalanya.
"Okey. Jom ke kereta" Ujar lelaki itu berbahasa inggeris lalu membantu Haru menolak troli hingga sampai ke keretanya. Kereta dipandu keluar meninggalkan kawasan lapangan terbang dan terus menuju ke tempat penginapan Haru.
"Terima kasih" ucap Haru kepada pemandu setelah dia selamat sampai di lobi hotel. Haru menarik bagasi berodanya menuju ke kaunter pendaftaran dan mengambil kunci untuk ke biliknya di tingkat 10.
Dia segera merebahkan badannya atas katil untuk merehatkan badan sebelum terlelap hingga ke petang.
"Dah pukul berapa ni?" soal Haru terkebil-kebil memandang siling bilik hotelnya. Dia menyelak lengan bajunya untuk melihat jam ditangan. Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang, Haru segera bangun menuju ke bilik air untuk segarkan diri.
××××××
"TUAN nak melawat Masjid ke?" Soal pemandu Grab kepada Haru yang duduk ditempat duduk penumpang belakang.
"Saya nak solat sambil tu boleh tengok keindahan masjid dekat sini" Jawab Haru membuang pandang keluar tingkap.
"Oh..Tuan islam jugak ke? Maaf saya tak tahu" Ujar pemandu Grab serba salah.
"Eh! It's okey. Saya baru saja Islam dalam 2 bulan, still dalam proses belajar. Saya datang sini pun ingat nak tambah ilmu." Terang Haru lagi.
Bercerita tentang pilihannya memilih Islam sebagai pegangan. Kenji, merupakan pengurus dan sahabat baiknya dari zaman persekolahan menjadi titik tolak dia senang dengan Islam. Kenji sememangnya beragama islam dari kecil banyak menunjukkan sikap,tingkah laku dan perbuatan yang baik sepanjang mereka bersahabat. Kenji juga sering kali ceritakan tentang Islam padanya hingga satu hari yang membuatkan dia nekad untuk memilih Islam di saat Tuhan menjawab permintaannya ketika dia berhasrat untuk ambil nyawa sendiri.
Aisha. Jawapan yang Tuhan hantar untuk selamatkannya. Sejak perkenalan itu, dia mula mencari cahaya yang selama ini terlindung. Makin hari cahaya itu makin terang hingga dia mengucapkan dua kalimah syahadah di Tokyo camii. Tiada siapa yang tahu tentang penghijrahannya.
"Okey Tuan,kita dah sampai" ujar pemandu Grab mematikan lamunan Haru. Haru mengucapkan terima kasih sebelum turun dari kenderaan itu. Dia berjalan masuk kearah Masjid.
USAI sahaja solat, Haru mengambil masa untuk memerhati kawasan ruangan Masjid sebelum melangkah keluar. Dia menyarung kasut dan melangkah perlahan sambil melihat kawasan sekeliling Masjid dengan tenang.
Dari jauh Haru terpandang sosok tubuh seorang lelaki berusia yang sedang duduk termenung memandang kearah keretanya.
"Assalamualaikum.." Sapa Haru
"Waalaikumsalam.." Jawab Dato' Hasanal mengalihkan wajahnya kearah Haru. Kaget sebentar.
"Ada masalah kereta ke?" Soal Haru turut memandang kearah kereta Proton Wira dihadapannya.
YOU ARE READING
× SAVE ME × [ Complete ]
RomanceNovel Santai ✓ Kisah pendek perjalanan hidup Haru Yukio yang ingin menamatkan hidupnya pada musim bunga. "Tuhan. jika kau sayang padaku.. kirimkan seseorang untuk selamatkan aku hari ini" : - Haru Yukio "Hi! awak minum kopi?" : - Aisha Humaira Kisa...