SAVE ME | BAB 27

4 2 0
                                    

HARU duduk tegak dikerusi peneman yang berada disebelah katil Aisha dalam wad, dia meneliti tangan Aisha yang dicucuk branula untuk proses penambahan air dalam badan. Aisha masih lagi belum sedarkan diri.

“Hi, selamat pagi Mr Haruma” Tegur Doktor Daisuke yang merupakan salah seorang Doctor keluarganya.

“Selamat pagi Doktor.” Haru segera bangun dari duduknya.

Your wife?”

Haru mengangguk. “Ada apa-apa yang tak okey ke?”

“Kami sudah buat beberapa ujian darah tadi, result semua okey tidak ada sebarang masalah” Doktor Daisuke jeda sambil menyelak laporan Aisha.

Haru menarik nafas lega.

“Cuma..”

“Cuma apa?” Haru mencelah.

“Bacaan hemoglobin (Hb) isteri kamu agak rendah, jadi itu boleh jadi salah satu punca dia pitam. Mungkin sebab isteri kamu tengah pregnant sekarang,” Sambung Doktor Daisuke memandang Haru.

Pregnant?” Haru mengulangi semula, bimbang tersalah dengar.

“Ya, pregnant. Ikut bacaan HCG, usia kandungannya dalam 12 minggu” Ujar Doktor Daisuke seraya menyerah file pada jururawat yang bersamanya.

Tersenyum bibir Haru mendengar perkhabaran berita gembira itu dari Doktor dihadapannya.

Doktor Daisuke melangkah keluar selepas siap memeriksa Aisha yang masih belum bangun.

KRING!KRING!

Telefon pintar milik Doktor Daisuke berbunyi perlahan. Saat melihat nama seseorang terpapar diskrin handphone, Doktor Daisuke mengarahkan jururawatnya bergerak terlebih dahulu.

“Selamat Pagi Mr Yamada,” Ucap Doktor Daisuke dengan lembut.

“Macam mana keadaan isteri Haruma?”

“ Menantu Tuan sedang mengandung. HB dia agak rendah jadi itu salah satu punca dia pitam” Terang Doktor Daisuke lagi.

“Hmm..baik-baik. Kalau ada apa-apa yang serious jangan lupa maklumkan pada saya” Ujar Mr Yamada sebelum menamatkan panggilan. Tersenyum lebar bibirnya mendengar khabar gembira itu.

Nampaknya sedikit sebanyak kehadiran Aisha yang sedang mengandung mampu membuat hati keras Mr Yamada mula lembut tentang anak lelakinya.

****

“DĀRIN.. apa dah jadi?” Soal Aisha perlahan kerana tekaknya terasa kering.

“Hanī dah bangun? Okay tak?” Soal Haru kembali dan meletak tepi handphone ditangannya.

“Saya jatuh ke?” Aisha bangun dan bersandar. Jarinya meraba dahi kanan yang dilekat plaster.

Haru menarik perlahan tangan Aisha, dia memandang anak mata isterinya. “Hanī tahu ke tak tahu?”

“Tahu apa?” Soal Aisha tidak faham.

You’re pregnant” Jawab Haru tersenyum.

Pregnant? Are you serious?” Aisha menyoal kembali seolah-olah tidak percaya. Rupanya apa yang dia risaukan benar-benar terjadi. Perasaannya bercampur aduk ketika itu, gembira dan risau menyelubungi hatinya. Namun dia perlu sembunyikan dari pengetahuan Haru.

Haru bangun dan duduk disamping Aisha diatas katil. “Hanī kena banyak rehat and jaga pemakanan.”

Aisha tersenyum nipis. “Bila boleh balik?” Soal Aisha memandang Haru dengan mata yang redup.

× SAVE ME × [ Complete ]Where stories live. Discover now