BAB 13

2.3K 223 24
                                    




"SOMBONGNYA.." komen Haqeem yang kelihatan agak berlainan tanpa seragamnya. Nampak makin kacak dan santai bila dia cuma mengenakan tshirt putih bersama kemeja lengan panjang yang tidak dibutang.

Aireen menjulingkan mata ke atas malas melayan.

"Tak apa kalau Reen sombong.. saya ada chef.." Husna menaikkan keningnya pada Haqeem.

Saja dia menyakat Haqeem bila melihat Aireen tidak suka perhatian dari Haqeem. Bukan dia tak nampak Haqeem selalu cuba bercakap dengan Aireen.

Aireen dan Raihana terlopong dengan kenyataan berani dari Husna itu. Berani semacam budak ni hari ni?

Haqeem ketawa kecil sahaja menunjukkan lesung pipitnya sebelum dia mengajak semua orang masuk ke pawagam kerana tayangan akan bermula lagi sepuluh minit.

"Eh kau nak beli air tak Reen? Popcorn? Kalau tengok cerita seram ni kena ada kunyah-kunyah." Ujar Raihana. Bukan main teruja dia hari ini siap ambil cuti kerana mahu ikut tengok wayang. Lagipun cuti dia masih banyak dan sekali sekala dia mahu juga me time.

"Popcorn?-"

Belum sempat Aireen menjawab Husna terlebih dahulu menghulurkan popcorn.

"Nah Chef Haqeem dah belikan semua. Aku dah ambil untuk korang. Kejap dekat sana ada lagi." Husna menunjukkan ke arah Amir yang menjaga makanan mereka.

Selepas mengambil makanan dan minuman masing-masing mereka mula masuk ke dalam pawagam.





KELUAR dari pawagam Aireen dan Husna mengusik Raihana yang menjerit sakan ketika menonton wayang tadi. Habis tercampak popcorn, nasib baik tak terkena orang depan.

"Tak baik gelakkan aku. Aku bukan takutlah, aku terkejut je. Aku memang tak suka jump scare macam tu." Raihana membela dirinya. Dia melihat wajahnya ke dalam kamera telefon. Habis comot maskara sebab menangis akibat terlalu takut tadi.

"Ha'ah memang aku percaya pun. Jump scare tak keluar lagi, kau dah menjerit dulu." Sindir Husna lagi seraya menggelakkan Raihana. Tak boleh ingat wajah Raihana tadi memang kelakar habis.

"Reen.. tengok kawan kau tu.. ada ke patut gelakkan aku macam tu." Raihana mencebik bibir mengadu pada Aireen.

"Masalahnya kau memang kelakar tadi Ana." Aireen juga tergelak kecil.

"Reen! Sampai hati!" Raihana bertambah tidak puas hati bila Aireen turut gelakkan dia.

"Jom kita pergi makan dulu nak? Takkan nak balik dah." Ajak Amir pula. Mana seronok keluar setakat tengok wayang.

"Aku on je. Reen? Ana?" Husna melihat kedua-dua orang kawannya.

"Aku pun dah lapar ni. Jomlah Reen." Raihana juga bersetuju. Bukan senang dia nak cuti jadi dia akan berseronok habis-habisan hari ini.

"Aku ikut je.." Aireen bersetuju kerana dia cuma menumpang Raihana. Kalau dia datang dengan motor tadi, memang dia dah balik kerana tak suka bila Haqeem asyik mencari peluang untuk bercakap dengannya.





TIBA di kedai makan, mereka bertujuh mencari meja yang kosong. Mungkin nasib Aireen tidak berapa baik, kerusi yang tinggal hanyalah di sebelah Haqeem.

Dia memberi isyarat pada Husna untuk bertukar tempat dengannya namun Husna menolak kerana dia memilih untuk duduk berdepan dengan Haqeem.

Lagi seronok boleh tenung. Cuci mata.

Haqeem memandang Aireen yang masih berdiri. "Kenapa? Tak sudi duduk sebelah saya?"

Aireen cuma menggeleng kepalanya dan duduk di situ. Mereka mula membincangkan menu yang mahu dipesan.

TAKDIR YANG SAMA [ongoing]Where stories live. Discover now