BAB 14

2.4K 215 31
                                    



"BERCAKAP tak perlu sampai pegang kot." Qaleef mengisyaratkan supaya Haqeem melepaskan tangan Aireen.

Haqeem mengangkat kedua-dua tangannya dengan senyuman. Tidak pasti senyuman itu untuk apa tetapi Qaleef tidak menyukainya.

Luthfiya menarik baju Aireen. "Kak Reen, nanti Kak Reen rehat Fiya tak ada tau. Daddy ada hal dekat luar."

"Okey." Aireen mengangguk. Patutlah tiba-tiba Luthfiya boleh berada di dapur waktu ini.

Biasanya Qaleef cuma membenarkan Luthfiya turun mencarinya pada waktu rehat sahaja.

"Kak Reen kalau uncle tu kacau Kak Reen lagi bagitahu daddy tau!"

Aireen terbatuk bila mendengarkan itu. Biar betul budak ni. Depan bapak dia cakap macam tu. Aireen menepuk dadanya.

"Saya harap pekerja saya professional waktu bekerja. Lepas waktu kerja saya tak kisah nak bercinta pun." Ujar Qaleef dengan tegas sebelum dia melangkah keluar.

"Bye Kak Reen!" Luthfiya melambai ke arah Aireen lalu berlari mengikut langkah daddy nya.

Haqeem senyum senget bila Qaleef keluar dari situ. Dia memandang Aireen.

"Rapat Reen dengan Cik Fiya?"

"Bukan urusan chef." Aireen juga meninggalkan Haqeem di situ. Banyak lagi kerja dia kena buat dari melayan Haqeem.



"REEN.. kau tak nak balik kampung kau ke?" Soal Raihana ketika mereka baru sudah makan malam. Mereka duduk di depan televisyen ketika ini mendengar berita.

Bukan dengar pun, tengok saja. Raihana pula lebih gemar membaca di media sosial.

"Kenapa kau tanya macam tu?" Aireen memandang Raihana.

"Tak adalah.. takkan kau tak rindu mak ayah kau kan?"

Aireen mengecilkan matanya. "Kau tak suka eh aku tinggal sini?"

"Ish kau ni.. janganlah cakap macam tu. Aku bukan tak suka.. tapi aku curious."

Aireen ketawa kecil. Tahu cuak. Tak habis-habis nak korek rahsia dirinya. "Aku fahamlah. Aku saja je tadi tu.. tengoklah nanti kalau aku rasa nak balik. Aku balik."

"Ke kau nak aku teman kau? Aku pun dah lama tak pergi Johor."

"Teman? Aku boleh je balik sendiri Ana.. tak naklah aku susahkan kau."

Raihana menggeleng kepalanya. "Susahkan apanya.. sambil tu boleh aku jalan-jalan. Tengok tempat kita belajar dulu.."

Aireen mengangguk. "Adik kau bila balik?"

"Entahlah.. umi cakap adik aku tu ada kerja part time dekat U dia. Biasalah budak lelaki, cari duit lebih. Kau tak payah risaulah pasal dia."

"Tak adalah.. aku segan menumpang rumah kau lama-lama. Dah lebih sebulan aku duduk sini." Walaupun dia selesa di sini, itu bukan tiket untuk dia terus tinggal di sini.

"Tak apa Reen.. aku lagi seronok. Kau tengok umi aku tu, bertambah seronok ada kau."

"Tapi sampai masanya aku tetap kena cari tempat lain Ana.. aku nak berdikari."

"Hostel tak lama lagi dah siap.. nanti dah siap, kau apply lah." Ujar Raihana. Hostel masih dalam pengubahsuaian. Mungkin makan masa dua minggu lagi.

"Itulah.. aku tertunggu-tunggu jugak hostel tu. Kalau ada rezeki aku, adalah." Setahunya hostel akan diutamakan pada pekerja senior terlebih dahulu. Dia pula baru mula bekerja dengan pangkat yang rendah.

"Alahh.. kau cakap je dekat Cik Fiya, confirm dapat hostel tu."

"Ish kau ni.. ada cakap macam tu. Tak pasal-pasal orang cop aku ambil kesempatan." Aireen menjeling Raihana. Tak pernah terlintas dia mahu menggunakan Luthfiya.

TAKDIR YANG SAMA [ongoing]Where stories live. Discover now