BAB 31

3.8K 434 58
                                    




"PAGI tadi?" Qaleef yang berdiri lebih kurang dua langkah dari Aireen memandang tepat anak mata coklat Aireen.

"Kenapa dengan pagi tadi?" Aireen bertanya kembali.

"Saya nampak pagi tadi awak dengan Haqeem." Qaleef sedaya upaya cuba menahan dirinya dari mengikut emosi.

Dia harus bersikap professional ketika ini dan tidak bertindak melulu. Dia tidak mahu menuduh sesiapa walaupun dia sendiri yang melihat dengan mata kasarnya.

"Saya dengan Haqeem? Kenapa? Kenapa saya dengan dia?" Soal Aireen kehairanan.

Qaleef mengetap giginya. Adakah Aireen tak faham atau pura-pura tak faham?

Oh. Aireen baru teringat apa yang terjadi pagi tadi. Dia menolong Haqeem balik ke biliknya.

Maknanya Qaleef nampak? Adakah disebabkan itu juga Qaleef melayannya dengan dingin?

Aireen mengeluh tanda tidak percaya. Qaleef bersangka buruk padanya? Jadi pagi tadi Qaleef sudah menganggapnya perempuan seperti itu.

Mungkin dia terlalu sensitif tetapi hatinya terasa apabila mengetahui Qaleef bersikap dingin kerana salah faham.

Aireen pandang Haqeem. "Makan nasi tu. Reen balik dulu."

Aireen kecewa dengan Qaleef. Wajah Qaleef tadi sudah menunjukkan semuanya. Nampaknya dia perempuan seperti itu di mata Qaleef.

"Aireen! Aireen!" Panggil Qaleef lagi tetapi gadis itu langsung tidak berpaling.

Haqeem geleng kepalanya. Mungkin adiknya terasa hati dengan soalan Qaleef tadi.

"Sudahlah Tuan Qal. Bagi dia masa.. semua ni salah faham je. Reen cuma tolong saya sebab saya tak sihat dan saya tak nampak salahnya."

"Tak ada salah kau cakap? Bersentuhan macam tu tak salah? Berdua-duaan dalam keadaan macam tu?" Qaleef kembali panas bila Haqeem seolah menganggap ini perkara remeh.

Haqeem tepuk bahu Qaleef. Qaleef sudah menukar panggilan mereka. Mungkin kerana terlalu marah.

"Aireen tu adik aku. Adik kandung aku." Haqeem juga menukar cara panggilan mereka. Dia sebenarnya dapat melihat yang Qaleef menaruh perasaan pada Aireen.

Qaleef tergamam. Adik? Aireen adik kandung Haqeem? Qaleef memandang Haqeem untuk kepastian.

Haqeem angguk. Dia faham kalau Qaleef terkejut. Ini semua kerana Aireen memintanya untuk berahsia. Tetapi untuk mengelakkan fitnah, dia harus jelaskan hubungan mereka berdua.

Haqeem pandang Farzila di belakang Qaleef. Perempuan ni memang tak serik. Perempuan yang sering mengganggu Aireen.

"Aku dah warning dekat kau.. jangan kacau adik aku. Tapi kau tak dengar kan?"

Farzila mula gementar. Dia juga terkejut dengan berita ini. Macam mana mereka boleh jadi adik beradik pula?

Farzila hilang kata-kata. "Sa-saya-"

Haqeem pandang Qaleef. "Kalau kau tak settle kan staf kau tu, aku sendiri akan settle kan dia."

Sekali lagi Haqeem menepuk bahu Qaleef sebelum dia mengambil bekal makanan Aireen tadi.

Dia sudah hilang selera tetapi disebabkan Aireen yang membawa makanan ini, dia tak nak siakan kebaikan Aireen.

Qaleef masih lagi tercegat di situ. Dia masih memproses segala maklumat yang diterimanya tadi. Dia cuba kaitkan dengan kejadian yang dia nampak dan dia dengar selama ini.

Jadi mereka adik beradik? Mereka tiada hubungan istimewa? Kenapa aku tak terdetik untuk check latar belakang Haqeem?

Qaleef tersenyum lega.

TAKDIR YANG SAMA [ongoing]Where stories live. Discover now