BAB 23

2.7K 430 62
                                    



"TAK NAKLAH.. Kak Reen nak duduk dengan Kak Ana." Tolak Aireen. Dia tak mahu buat kerja gila. Sudahlah semua staf QAL Holding ada di sini. Peminat Qaleef pun boleh tahan ramai.

Mendengarkan itu, Luthfiya tarik muncung panjang. Bibirnya mula tersebik.

Qaleef mengeluh perlahan. Dia memandang Aireen. "Duduk jelah sebelah dia."

"Tak naklah saya Tuan Qal.. semua orang tengok. Nanti orang fikir apa pula." Aireen tak sanggup mencari masalah.

"Orang nak fikir apa pula?"

Aireen memandang Qaleef dengan pandangan tidak percaya. Takkan itu pun tak boleh fikir?

"Fikir yang bukan-bukanlah. Fikir saya nak ambil kesempatan ke.. saya rapat dengan Fiya pun orang dah cakap macam-macam.." ujar Aireen. Cuma ayat belakang dia perlahankan bimbang Luthfiya dengar.

"Habis tu.. anak awak tu?" Qaleef muncungkan pada Luthfiya.

"A-nak saya?"

Qaleef mengangguk. "Nampak dia suka awak lebih dari saya.. macam sesuai jadi anak awak pula." Seloroh Qaleef.

"Ish.. apa ni Tuan Qal.."

Qaleef ketawa kecil. "Jomlah duduk semeja dengan kami. Fiya tunggu awak dari tadi lagi.. sanggup nak hampakan birthday girl?"

"Tak apalah daddy.. Kak Reen tak nak. I tak nak paksa.." Luthfiya memegang tangan Qaleef. Dia mahu merajuk.

Aireen pula serba salah. Dia duduk menyamai ketinggian Luthfiya. Dia cuit ke bahu gadis cilik itu.

Tetapi Luthfiya mengeraskan diri.

"Marah Kak Reen ke?"

Luthfiya memalingkan wajahnya. Dia tak mahu pandang Aireen. Qaleef pula menahan tawanya. Boleh pula buat drama di depan pintu dewan.

"Sorry lah. Kak Reen duduk dengan Fiya eh.." Aireen akur. Kalau timbul isu nanti, pandai-pandailah dia. Luthfiya masih lagi tidak menjawab.

"Fiya dah tak sayang Kak Reen ke? Tak nak pandang Kak Reen?" Aireen mula menggunakan ayat sedih.

Sempat dia pandang sekilas wajah Qaleef. Geram pula dia. Lelaki itu jelas terhibur dengan situasi ini.

"Sayang.. tapi Kak Reen tak sayang Fiya kan daddy?" Luthfiya bertanya pada Qaleef.

"Itulah.. kesian anak daddy tunggu Kak Reen dia lama tak muncul tadi." Qaleef mengusap kepala Luthfiya.

Mata Aireen membulat. Kurang asam punya Tuan Qal. Bukan nak tolong aku.. dia jadi batu apa pula. Omel Aireen dalam hatinya.

"Kak Reen bukan apa.. nanti kalau orang tak suka Kak Reen rapat dengan Fiya? Macam mana?" Keluh Aireen.

"Daddy ada.. daddy boleh marah diorang." Balas Luthfiya selamba. Apa nak takut, restoran ini daddy yang punya.

Aireen memandang Qaleef. Dia kembali berdiri.

"Apa?" Soal Qaleef.

"Tuan Qal boleh ke back up saya nanti?" Tanya Aireen dengan berani. Dia saja mahu membalas kerana Qaleef langsung tidak mahu menolongnya tadi.

"Kalau saya tak back up awak, nanti birthday girl marah daddy dia pula."

Aireen terdiam. Bila jantungnya mula berdegup laju, Aireen menggaru pucuk hidungnya.

"Jom Fiya.." Aireen menarik tangan Luthfiya masuk ke dalam dewan.

Aireen cuba melawan rasa aneh apabila melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Qaleef. Kadang dia sendiri tak faham dengan Qaleef.

TAKDIR YANG SAMA [ongoing]Where stories live. Discover now