BAB 34

3K 465 53
                                    



MALAM itu Harith pulang ke rumahnya Tuan Yusuf. Dari dalam kereta, dia pandang ke arah pintu rumah yang tertutup rapat. Sudah lama dia tidak pulang.

Tangan menguak rambut ke belakang. Fikirannya serabut. Aira masih lagi tidak berpuas hati dengannya. Masih mengasaknya dengan soalan yang sama.

Kerana tak mahu berterusan bergaduh, jadi dia fikir lebih baik dia menjauhkan dirinya malam ini.

Dia memang rindukan rumahnya. Bukan dia tak mahu pulang, tapi Aira tidak selesa berada di sini. Masa kerja dia pula tidak menentu sekarang. Ada kala dia perlu pulang lewat malam.

Lebih mudah untuk Aira berada disamping ibu dan ayahnya. Paling kurang dia tahu Aira akan dijaga dengan baik ketika ketiadaannya.

Bukan dia tidak mampu untuk membeli rumah tetapi Aira juga memilih untuk tinggal bersama ahli keluarganya.

Keluhan kasar dilepaskan. Persoalan Aira tadi muncul kembali.

Pernahkah dia sayangkan Aireen?

Mungkin pernah tetapi tidak sedalam rasa sayangnya pada Aira.

Aireen memang seorang gadis yang baik dan tidak dinafikan dia mempunyai paras rupa yang cantik walaupun jarang bermekap.

Kali pertama dia melihat Aireen mengenakan mekap adalah ketika mereka bertunang.

Sungguh cantik. Dia fikir dia sudah jatuh hati pada Aireen tapi ternyata tidak.

Dia masih teringatkan Aira.

Harith cuba menolak perasaannya terhadap Aira kerana dia merasakan Aira terlalu muda ketika itu. Dia paksa dirinya menerima Aireen.

Tetapi lama kelamaan dia mulai dingin dengan Aireen. Dia rasa terpaksa dan terbeban sehinggalah dia mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perkahwinan mereka. Dia tidak mahu Aireen terluka di kemudian hari.

Cuma kenapa sekarang dia seperti lebih risaukan Aireen? Tak mungkin dia cemburu. Dia yakin cintanya terhadap Aira.

Adakah kerana dia tak mahu gadis sebaik Aireen jatuh ke tangan lelaki yang salah?

Harith matikan enjin keretanya dan masuk ke dalam rumah. Kunci kereta disangkut pada key box.

"Kenapa balik sini?"

Harith menoleh ke arah suara itu. Kelihatan mamanya berdiri di depan muka pintu bilik. Harith senyum. Kaki melangkah mendapatkan mamanya.

"Ma.. Harith kejutkan mama ke?" Harith menarik tangan mamanya untuk bersalam.

Puan Isma tersentuh melihat wajah kusut Harith. Tetapi itu tak bermakna perasaan sakit hatinya sudah hilang. Harith juga tidak nampak berusaha untuk mengambil hatinya.

"Bergaduh dengan bini?" Sindir Puan Isma.

"Tak adalah ma. Harith rindu keluarga Harith. Salah ke?" Harith senyum tipis.

Puan Isma senyum sinis. "Baru hari ni rindu? Tak cukup ke jumpa mama siang tadi?"

Harith keluh kecil. "Mama.. tak boleh ke mama maafkan Harith? Harith tahu Harith dah kecewakan mama.. tapi ini kan hidup Harith. Harith berhak tentukan hidup Harith."

Puan Isma memandang anaknya. Cakap pasal hak?

"Kamu berhak tentukan hidup kamu tapi kamu tak berhak hancurkan hati Aireen. Kenapa kamu tak bagitahu dari awal pada mama yang kamu tak ada perasaan pada Aireen? Yang kamu tak nak bertunang dengan Aireen? Semua ni takkan terjadi kalau kamu bersuara dari awal Harith."

"Waktu tu Harith tengok mama dengan papa gembira sangat. Harith tak sampai hati nak tolak.." Harith pandang sayu pada mamanya. Tak boleh ke mama faham keadaannya?

TAKDIR YANG SAMA [ongoing]Where stories live. Discover now