BAB 25

2.8K 293 20
                                    





"FIYA.. kalau daddy pergi sekejap boleh? Setengah jam je lepas tu daddy datang balik?"

Wajah Luthfiya mula berubah. Aireen pula terhenti pergerakannya. Terus dia memandang Luthfiya. Risau anak kecil itu berkecil hati.

"Why daddy?" Sayu saja suara Luthfiya bertanya.

"Kak Kayla accident.. dia minta tolong daddy." Qaleef pun serba salah untuk meninggalkan anaknya tetapi kawan dia dalam kesusahan.

Luthfiya tidak menjawab. Dia menunduk memandang kek coklatnya.

"Teruk ke? Cik Kayla okey?" Aireen bertanya.

"Dia okey.. kereta je teruk. Kebetulan family dia tak ada dekat sini." Kayla menelefonnya sambil menangis tadi. Jatuh kasihan pula pada Kayla.

Aireen mengeluh perlahan. Dia menggosok belakang Luthfiya cuba memujuk. "Daddy pergi kejap je.. nanti daddy Fiya datang balik. Kak Reen kan ada?"

Luthfiya cuma mengangguk tanpa mengangkat wajahnya. Dia sedih.

Qaleef mencium kepala anaknya. "I'm sorry okay. Daddy promise daddy pergi kejap je. Simpan kek untuk daddy juga tau.."

Melihat Luthfiya masih mendiamkan diri, Qaleef memandang Aireen meminta bantuan.

Aireen senyum tipis dan mengangguk. Tahulah dia nak pujuk si Luthfiya ni nanti. Dia juga rasa terkilan tetapi siapalah dia untuk bersuara.

Melihat kereta Qaleef sudah bergerak, bibir Luthfiya mula tercebik. Air mata yang ditahan sejak tadi mula gugur.

"I hate that auntie.." Ujar Luthfiya lalu mengelap kasar matanya dengan belakang lengan.

"Tak baik cakap macam tu. Auntie tu dalam kesusahan. Daddy Fiya kan baik. Sebab tu daddy Fiya tolong.." Aireen juga menyapu bekas air mata di pipi merah Luthfiya.

Luthfiya diam. Dia cuba menerima pujukan Aireen itu.

"Kak Reen nak gantung belon ni je lepas tu dah siap kita punya tempat. Sekejap tau." Aireen cuba menceriakan suaranya.

Dia tak mahu Luthfiya sedih berterusan, kalau tak sia-sia saja usahanya hari ini.

Luthfiya mengangguk. Dia mengambil cawan dan pinggan kertas lalu menyusunnya.

Dah rasa macam main pondok-pondok pula. Dia tak pernah lalui semua ini. Biasanya semua benda dah tersedia untuknya.

Tidak lama kemudian bunyi suara menyapa mereka. Siapa lagi kalau bukan Raihana. Raihana keluar waktu rehat lalu mengambil Puan Ramlah di rumah sebelum datang ke sini.

Memang Aireen dah rancang dengan Raihana semalam. Lagi ramai lagi meriah.

"Kak Ana!!! Tokmi!" Luthfiya bangun dari tempat duduknya dan melompat riang.

Hilang sudah kesedihannya tadi bila melihat mereka berdua.

"Hai Fiya! Wah! Banyaknya belon!" Raihana juga tak sangka dekorasinya sampai macam ni. Dah macam upah orang.

Tadi Aireen ada menghantar mesej padanya dan bagitahu apa yang terjadi. Dia pula apa lagi, terus pecut lebih laju keluar dari pejabat.




"ALLAH selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan Luthfiya binti Qaleef.. Allah selamatkan kamu.." Nyanyi mereka bertiga dengan gembira.

Aireen dan Raihana meletupkan party popper lalu berterbanganlah kertas konfeti yang berwarna warni itu.

"Yeayy!" Luthfiya menjerit keriangan bila melihat konfeti itu berterbangan. Tak pernah lagi dia merasai gembira seperti ini tatkala menyambut hari jadinya.

TAKDIR YANG SAMA [ongoing]Where stories live. Discover now