BAB 32

3K 302 43
                                    




"SAYA tahu mungkin benda ni terlalu cepat atau tiba-tiba. Tapi saya cuma nak luahkan apa yang saya rasa.." Qaleef senyum tipis sebelum dia kembali meneruskan kata-katanya.

"Saya tak pandai nak susun ayat manis.. romantik jauh sekali.. apa yang saya cakap memang ikhlas dari hati. Saya memang berniat nak jadikan awak sebagai isteri saya."

Aireen masih lagi diam mendengar bicara Qaleef. Dia sungguh terkejut dengan pengakuan itu dan lidahnya terkelu. Otaknya blank tiba-tiba.

Ini lamaran ke?

Aireen menarik nafas panjang. "Saya tak tahu nak jawab apa.."

"Awak tak perlu bagi jawapan lagi pada saya. Take your time.. cukuplah awak tahu yang saya serius." Qaleef cuma senyum bila Aireen cuma tunduk bermain dengan sudu.

"Boleh kita sambung makan?"

Qaleef tergelak kecil. Tidak menyangka dengan permintaan polos itu. "Okey.. jom sambung makan.."

Sambil menyuapkan makanan ke mulut, sesekali Aireen melirik lelaki di hadapannya ini.

Baginya Qaleef cukup segala-galanya. Dari segi rupa, budi pekerti dan juga kerjaya yang stabil.

Tapi kenapa Qaleef memilihnya yang serba kekurangan? Tak logik.

Lagipun masih banyak perkara yang dia tak tahu tentang Qaleef.

Tipulah jika hatinya tidak terjentik dengan pengakuan Qaleef tadi. Siapa saja di tempatnya mungkin merasakan hal yang sama dengannya.

Cuma kali ini Aireen memilih untuk lebih berhati-hati. Dia masih perlukan masa untuk lupakan kisah lalu.


HARITH membuka butang kemejanya lalu dia campakkan ke dalam laundry bag. Dia baru pulang dari membawa Aira melakukan pemeriksaan kandungannya.

Disebabkan kandungan Aira kandungan berisiko, Harith sanggup luangkan lebih masa untuk menjaga isterinya.

Cuma sekarang syarikat tempatnya bekerja baru membuat kerjasama dengan syarikat tempat milik ayah Qaleef jadi dia agak sibuk.

Harith pandang Aira yang sudah berbaring di atas katil. Penat sangat agaknya.

"Abang kena pergi KL lagi hujung minggu ni." Maklum Harith pada isterinya.

Mata Aira yang terpejam terus celik. Dia pandang suaminya dengan tajam.

"Nak jumpa Kak Reen lagi?" Soal Aira berbaur marah dan cemburu.

Harith yang baru mencapai tuala untuk mandi tergamam. Dia pandang isterinya. Aira tahu?

"Apa Aira cakap ni?"

"Aira tahu. Aira baca mesej abang dengan along. Abang tanya along pasal Kak Reen!" Perasaan marah dan cemburu mula menguasai diri Aira.

Dadanya berombak menahan perasaan. Sudah lama dia pendamkan tentang ini.

Sangkanya Harith akan berterus terang tetapi suaminya cuma mendiamkan diri.

"Aira check handphone abang?"

"Kenapa? Tak boleh? Ke abang ada sorok benda lain? Abang masih sayang Kak Reen?"

Harith hela nafas berat. Dia mendekati isterinya lalu duduk di birai katil.

"Tenang dulu sayang. Jangan marah-marah macam ni. Tak elok, Aira bawa baby kita ni." Harith cuba menenangkan isterinya.

Aira mula berpeluk tubuh. Dia senyum sinis. "Nak elak dari jawab soalan Aira?"

"Bukan macam tu.. abang sayangkan Aira. Aira isteri abang. Aireen tu cuma kakak ipar abang."

"Kalau macam tu bagitahu Aira kenapa abang cari Kak Reen? Kenapa abang tanya pasal Kak Reen dengan along?"

TAKDIR YANG SAMA [ongoing]Where stories live. Discover now