BAB 21

2.8K 287 22
                                    




"MANA bubur saya?" Qaleef menadah tangannya.

"Bu-bubur?" Aireen menggaru pucuk hidungnya. Terkejut dengan soalan yang tidak disangka itu.

"Saya dengar ada orang masakkan saya bubur ayam lepas Subuh tadi."

"Ma-mana ada." Aireen menggeleng kepalanya. Memanglah dia masakkan bubur tapi memandangkan Qaleef sudah sihat dia matikan niat untuk bagi bubur itu. Nampak sangat dia beria nanti. Baik dia makan sendiri saja.

"Cepat. Saya tunggu ni Aireen Qaisara." Gesa Qaleef lagi bila Aireen mengelak pandangannya.

Teragak-agak Aireen memusingkan badannya dan masuk kembali ke dalam rumah. Dia dapat rasakan yang pipinya sudah berbahang.

Seluruh badannya terasa panas seperti dia pula yang demam.

Selang lima minit kemudian, Aireen keluar dengan bekas makanan di tangannya. Dia hulurkan pada Qaleef.

"Err tapi-"

"Thank you." Dengan pantas Qaleef memotong. Dia senyum melihat bekal di tangannya. Tak sangka gadis ini masak untuknya.

Matanya kembali memandang pada Aireen yang menunduk. "Sapu tangan hari tu awak tak buang kan?"

Aireen menggeleng kepalanya. Takkanlah dia nak buang pula cuma dia terlupa. Mahu masuk untuk ambil kakinya pula terasa seperti digam.

"Good."

"Good?" Pujian ke tu? Aireen hairan lalu dia mendongak sedikit memandang Qaleef.

"Saya lupa nak pulangkan, nanti saya bagi pada Tuan Qal."

"Tak perlu. As long sapu tangan tu ada dengan awak, it should be okay." Terus Qaleef berlalu masuk ke dalam kereta.

Aireen terkedu. Apa yang dia dengar tadi? Jadi dia perlu pulangkan sapu tangan itu ke tidak?

Lamunan Aireen terhenti apabila terdengar suara Luthfiya dari tingkap kereta.

"Bye Kak Reen!"

"Bye!" Aireen turut melambai lambaian itu. Dia menunggu sehingga kereta mewah itu hilang dari pandangannya.

Aireen menekup wajahnya. "Arghhh!!! Kau kenapa Aireen?! Apa yang kau buat ni?!" Aireen mengetuk kepalanya sehingga dia terasa sakit.

"Awww.." Aireen melangkah masuk ke dalam rumah. Ini pasti kerja Raihana yang bagitahu Qaleef dia masakkan bubur. Siap kau Ana!




SELESAI solat Zohor, Qaleef menuju ke dapur. Disebabkan hari ini dia ada urusan penting, dia terpaksa juga ke pejabat walaupun masih tidak sihat. Nasib baiklah demam dia sudah kebah dan dia cuma ada rasa berat kepala sahaja.

Qaleef mengambil bekal yang diberi Aireen tadi. Dia mahu panaskan. Teringat pula bila dia ditegur Raihana tadi sewaktu ingin pulang.

"Eh Tuan Qal masuk office? Saya ingat Tuan Qal tak masuk." Tegur Raihana.

"Kenapa pula tak masuk?"

"Sebab semalam saya dengar Tuan Qal demam? Dah sihat ke?" Ujar Raihana perlahan. Risau ada yang terdengar perbualan mereka. Tak pasal-pasal keluar gosip terhangat nanti.

"Oh. Saya okey je. Tak demam teruk pun."

Raihana mengangguk. "Tak merasalah bubur yang Reen buat." Gumam Raihana.

"Apa dia Ana?"

"Ha? Eh tak ada apa-apalah." Raihana menepuk mulutnya. Terlepas cakap pula.

TAKDIR YANG SAMA [ongoing]Where stories live. Discover now