BAB 20

3.3K 300 36
                                    





AIREEN mengeluh selepas dia matikan talian. Dia baru selesai bercakap telefon dengan Luthifya.

"Kenapa kau mengeluh pula ni?" Tegur Raihana yang elok saja terbaring di atas katil sebelah Aireen. Dari tadi dia mendengar Aireen memujuk Luthfiya itu.

Dah macam anak kena tinggal dengan mak pula cara Luthfiya itu mengadu.

"Fiya menangis. Risaukan daddy dia."

"Lah. Kan kau dah call Zack?"

"Dah tapi Tuan Qal kau tu degil. Tak nak pergi klinik. Makan paracetamol tu je hah." Cerita Aireen. Dia mengambil pelembab lalu dia letak pada wajahnya.

Sebelum ni dia langsung tak kisah pasal skincare, sejak berkawan dengan Raihana ini barulah dia pandai meletakkan benda pada wajahnya. Itu pun puas disuruh Raihana.

"Habis kau risau jugak ke?" Pancing Raihana. Kadang dia hairan dengan Aireen, takkan Aireen sikit pun tidak jatuh hati pada Qaleef?

Yalah, lelaki itu cukup kacak. Pemurah pula tu. Walaupun awal pertemuan mereka tidak begitu manis tetapi Qaleef cukup baik terhadap Aireen pada hematnya.

Aireen memandang Raihana. "Tolong sikit. Tak ada masa nak risau. Dia dah besar panjang Ana. Makan paracetamol tu nanti okeylah dia. Cuma Fiya tu jelah aku risau. Tuan Qal pernah bagitahu aku.. Fiya kalau menangis sangat pun boleh demam."

"Oo yang macam hari tu kan? Siap warded lagi." Raihana baru teringat kisah Luthfiya yang ditahan kerana demam.

"Itulah. Kalau warded kau rasa siapa susah? Aku kan?" Aireen bangun dan duduk disisi katil. Dia ambil telefon jenama Vivo nya itu lalu dicucuk dengan pengecas.

"Betul-betul. Dah tu kau nak buat apa sekarang?"

"Entah.. dia merengek nak aku pergi sana."

"Kau nak pergi ke? Aku hantar." Raihana bangkit dari baringnya. Dia memang semangat bab macam ni. Benda yang tak ada kaitan dengannya.

Tambah pula kalau pasal Aireen dan Qaleef. Nampak macam boleh pergi jauh.

"Ish beragaklah Ana. Takkan aku nak pergi rumah orang. Tak naklah aku." Aireen menggelengkan kepalanya.

Aireen pasti Qaleef sudah cukup dewasa untuk menjaga dirinya cuma Aireen risaukan Luthfiya yang menangis tadi.

Raihana tersengih. Betul juga. Ini bukan kisah dongeng yang heroin boleh ke rumah hero bila-bila masa saja dia mahu. Kita perempuan kena ada harga diri.

Raihana pandang wajah muram Aireen. "Kau teringat Fiya?"

Aireen mengangguk.

"Kau rapat betul dengan Fiya sekarang kan? Kau dah mula sayang dia?" Sekali lagi Raihana memancing perasaan Aireen.

"Kau mula nak mengarutlah tu Ana." Aireen menepuk lengan Raihana. Tak habis-habis dengan soalan mengarut dia tu.

"Mana ada.. aku perasan je kau makin baik dengan dia. Aku tak kisah, aku lagi suka sebab Fiya tu pun baik budaknya. Dia pun macam kurang kasih sayang. Kadang-kadanglah over sikit.. cuma.." Raihana memandang Aireen. Dia teragak-agak.

"Cuma apa? Cakap biar habis boleh tak?"

"Aku takut dia anggap kau mummy dia.. dia manja betul dengan kau. Apa-apa nak dengan kau.. apa-apa cari kau.. aku takut ada masalah kemudian hari je." Raihana senyum tipis. Memanglah dia suka Aireen rapat dengan Luthfiya, tetapi dia sebagai kawan tetap risaukan Aireen.

"Tak adalah.. dia nak berkawan je Ana. Dia kan memang friendly macam tu. Nanti dia bosan, entah entah dia tinggal aku macam tu je.." Aireen tergelak kecil. Budak kan cepat bosan?

TAKDIR YANG SAMA [ongoing]Where stories live. Discover now