BAB 27

3.2K 294 50
                                    



"REEN."

Aireen mengangkat muka bila ada suara memanggil namanya. "Ab— Harith.."

Aireen terkedu. Macam mana Harith boleh ada di sini? Matanya melihat ke belakang Harith mencari Aira. Tetapi tiada.

Harith memandang Qaleef dan Luthfiya silih berganti sebelum dia kembali memandang Aireen.

"Reen kenal Qaleef?"

Aireen tersentak dengan soalan itu. Dia lupa Qaleef dan Harith adalah sepupu. Aireen memandang Qaleef.

"Kau nak apa tegur Reen?" Qaleef bersuara bila melihat Aireen terkejut dengan kehadiran Harith.

"Kenapa aku tak boleh tegur Reen?" Harith mengerutkan dahinya.

"Kau ada jawapannya Harith. Aku rasa aku tak perlu jawab kot. Kau dah cukup matang untuk fikir jawapan dia."

Harith mengetap rahangnya. Qaleef tahu? Maksudnya Aireen ceritakan pada Qaleef tentang mereka?

"Aku rasa kau dah tak perlu ganggu Aireen. Walaupun dia tu kakak ipar kau." Perkataan kakak ipar itu ditekankan pada Harith.

Biar Harith tahu yang tak ada seorang pun manusia yang normal boleh terima dengan mudah perbuatannya itu.

Aireen menunduk. Dia tak selesa. Kenapa perlu berjumpa dengan Harith ketika ini?

Luthfiya mencuit tangan Aireen dan menyengetkan kepalanya.

"Why Kak Reen?"

Aireen senyum tipis dan menggeleng kepalanya. Dia mengusap rambut Luthfiya. Pasti budak ini tertanya-tanya.

"Boleh abang jumpa Reen sekejap?" Harith tidak mempedulikan kata-kata Qaleef tadi.

Aireen menggeleng kepalanya tanpa memandang Harith. Dia tak mahu. Dia sudah tiada apa-apa dengan Harith.

Mungkinlah ada sedikit rasa kasih yang tinggal tetapi dia tak bodoh. Jika turutkan hati, matilah dia.

"Kau dah nampak kan? Dia tak mahu. Kami nak teruskan dinner." Tegas Qaleef.

Harith mengeluh bila Aireen tidak memandangnya. Akhirnya Harith meninggalkan mereka. Dia tidak mahu membuat kecoh di restoran mewah ini.

Bimbang lain pula jadinya. Silap-silap dia diheret keluar.

Qaleef memandang Aireen. "Awak okey?"

Aireen mengangguk. "Saya okey.." Aireen mengambil kembali sudu dan garpunya. Dia sambung makan seolah tiada apa yang berlaku.

Qaleef mengepal tangannya. Dia tahu Aireen cuba untuk nampak tenang. Dia menoleh ke arah Harith tadi. Nampak Harith bersama seorang lelaki. Dia kenal.

Abangnya, Qayyum Adha.

"Kalau awak tak selesa, kita pergi tempat lain."

"Eh tak apa Tuan Qal. Saya okey je lagipun makanan dekat sini sedap." Aireen menolak.

Takkan sebab Harith dia mahu menyusahkan Qaleef? Dia sudah dewasa, sudah boleh berfikiran matang walaupun adakala dia kalah dengan hati dan perasaannya.

Qaleef mengangguk. Dia juga kembali makan walaupun hatinya tidak tenang.





DALAM perjalanan pulang, Aireen cuma mendiamkan diri sahaja. Luthifya pula sudah tidur terlentok dibahunya. Dah macam koala. Disuruh duduk belakang, dia merengek.

Akhirnya Aireen mengalah. Dia biarkan saja. Sesekali jarinya menyikat rambut lepas Luthfiya. Dia suka rambut Luthfiya. Lembut dan wangi.

"Lenguh?"

TAKDIR YANG SAMA [ongoing]Where stories live. Discover now