BAB 22

2.9K 289 25
                                    




AIREEN menyorok tangannya ke belakang. Dia melihat Qaleef melangkah ke arahnya dengan wajah serius. Sudah lama dia tidak nampak riak wajah itu.

"Ada apa ni? Chef Haqeem? Aireen?" Qaleef memandang kedua-dua pekerjanya. Bukan main adegan tarik menarik di hadapannya tadi.

"Tak ada apa-apa Tuan Qal." Dengan pantas Aireen menjawab.

"Tak ada apa-apa. Ada apa yang boleh saya bantu Tuan Qal? Jarang Tuan Qal nak masuk kitchen."

"Kenapa tak boleh?" Qaleef masukkan tangan ke dalam poket.

Chef Haqeem senyum. "Bukan macam tu maksud saya."

"Saya nak tengok preparation untuk klien malam ni. Itu klien penting. Silap sikit habis nama restoran kita."

Qaleef mahu memastikan semua berjalan dengan lancar. Klien malam ini merupakan selebriti terkenal merangkap kenalannya jadi dia mahu sediakan yang terbaik.

"Oh. Kita masih lagi on track. Chef dah start prepare dah."

Qaleef melihat Aireen. "Awak buat apa dekat sini? Kenapa bukan dekat station awak?"

"Saya-"

"Jari dia terluka. Kena pisau."

Aireen mengeluh perlahan. Tak boleh simpan rahsia langsung abangnya ini.

"Kena pisau?" Terus matanya melihat tangan Aireen yang tersorok di belakangnya.

"Sikit je. Saya pergi ambil plaster kejap." Aireen terus berlalu melepasi mereka berdua. Dia tak selesa dan nafasnya terasa sesak bila berada di antara mereka berdua.

Qaleef kembali memandang Haqeem. Ada apa dengan lelaki ni? Kenapa dia selalu nampak Haqeem cuba mendekati Aireen?

"Jom Tuan Qal. Kita masuk kitchen." Haqeem persilakan Qaleef dengan menunjukkan arah ke bahagian dapur.

Walaupun Qaleef risaukan Aireen tetapi dia mesti bersikap professional bila berada di tempat kerja.




SELESAI membalut jarinya, Aireen mengeluh perlahan. Dia berfikir macam mana mahu mengelak dari Haqeem. Dia tak kisah satu tempat kerja dengan abangnya itu tetapi dia kisah apabila Haqeem tidak berputus asa mendekatinya.

Dia tak mahu orang tahu tentang hubungan mereka. Dia tak mahu orang fikir Haqeem akan melebihkan dia bila orang tahu mereka adik beradik.

Malas membuang masa Aireen kembali ke dapur. Dia memakai sarung tangan dan mula sambung kerjanya yang tergendala.

"Boleh tak tu Reen?" Tegur Amir tanda prihatin.

"Boleh. Sikit je Amir." Aireen menunjukkan tangannya yang sudah lengkap memakai sarung tangan.

"Baguslah. Kalau tak boleh bagitahu aku. Kerja aku nak siap dah ni."

"Okey!" Balas Aireen dengan senyuman. Dia mula mengupas kentang yang bakal dijadikan french fries nanti.

Qaleef mendekati Aireen yang leka membuat kerjanya. Dia berdehem.

Aireen menoleh dan mereka bertentang mata buat seketika.

"Eh Tuan Qal." Amir menegur majikannya. Teguran Amir membuatkan mereka berdua tersedar. Aireen mengalih pandangannya.

"Don't mind me. Saya cuma tengok-tengok je." Qaleef berdiri di sebelah Aireen dan perhatikan tangan Aireen yang sedang mengupas kulit kentang itu.

Aireen mula tidak selesa. Pergerakannya makin perlahan.

Kenapa mamat ni berdiri sebelah aku?

Qaleef menahan senyum bila dia dapat melihat dengan jelas wajah tidak selesa Aireen walaupun cuma dari sisi.

TAKDIR YANG SAMA [ongoing]Where stories live. Discover now