BAB 26

2.7K 280 26
                                    





AIREEN mencapai telefon bimbitnya. Ada notifikasi baru.

Siapa ni?

Dia membuka mesej dari nombor tak dikenalinya itu.

Ketawa Aireen terletus bila melihat gambar yang dihantar padanya itu.

Gambar Luthfiya yang sudah comot mulutnya dengan kek coklat.

"Comelnya.." Gumam Aireen. Tetapi dia masih tidak tahu ini nombor siapa. Zack atau Qaleef? Cuma gambar sahaja dihantar padanya tanpa caption.

Suka betul Luthfiya dengan kek itu. Tadi selepas pulang dari taman pun dia makan sepotong lagi kek sebelum dia tertidur.




QALEEF mengetuk jarinya ke meja. Dia pandang telefonnya yang masih sepi itu.

Tak ada balasan? Takkan tak baca lagi kot? Fikir Qaleef.

Sebenarnya sudah lama dia menyimpan nombor Aireen tetapi dia tak pernah menghubungi gadis itu kerana tiada keperluan. Entah kenapa hari ini dia rasa mahu berbuat begitu.

"Daddy. Yellow or blue?" Luthfiya keluar dari biliknya dengan memegang dua helai baju tidur.

"Blue."

"I nak pink. Daddy carikan.. I tak jumpa." Rengek Luthfiya. Dia sudah sepahkan almarinya dan tidak jumpa baju kegemarannya.

Qaleef pandang anaknya. "You ada banyak kot pijama pink. How come tak jumpa?"

Qaleef bangun dan masuk ke bilik Luthfiya. Dia menepuk dahi.

"Fiya.. kenapa sepahkan baju you ni? Ni.. tiga helai kot pijama pink tergantung. Macam mana you tak jumpa?" Qaleef tunjuk pada baju yang masih tergantung di almari itu.

Pening kepalanya tengok baju bersepah atas katil. Yang jatuh dari penyangkut baju tak kira lagi.

"I tak nak pink tu. I nak hot pink. Macam Barbie." Bagitahu Luthfiya lagi.

Qaleef menarik nafas. Sabar. Dia keluar sebentar dan masuk semula ke dalam bilik anak perempuannya.

"Nah." Baju ini Mak Wan belum simpan lagi, jadi dia ambil di bilik sebelah.

"Yeay! Thank you. You're the best daddy ever!" Jerit Luthfiya. Dia ambil baju itu dan menolak Qaleef keluar dari biliknya.

"Jangan lupa kemas baju you tu. Kesian Mak Wan nak kemas sepah yang you buat." Laung Qaleef apabila anak perempuannya sudah menutup pintu.

"Haih. Nasiblah suami you nanti Fiya.." Qaleef geleng kepala. Dia kembali ke sofa.

Tangannya mencapai telefon. Masih tiada apa-apa balasan.

"Hantar sekali lagi?" Gumam Qaleef. Sekali lagi dia menghantar gambar bekal kek yang sudah kosong tadi.

Mungkin kali ini akan ada balasan.

Dia melihat status Aireen online. Terus senyuman terbit dibibirnya. Tetapi seketika sahaja kerana masih tiada balasan.

Qaleef buntu. Dia mencari idea lain.

Qaleef mula menaip sesuatu.






SEKALI lagi Aireen melihat gambar yang dihantar. Gambar bekas kosong dengan kesan kek coklat tadi. Cuma gambar tanpa caption.

Belum sempat Aireen meletak kembali telefonnya, ada bunyi mesej baru masuk.

Fiya cakap dia tak suruh pun awak simpan kek untuk saya?

TAKDIR YANG SAMA [ongoing]Where stories live. Discover now