BAB 18

3.5K 276 52
                                    




"KAU nak apa lagi Aidan Haqeem?! Tak cukup ke dengan apa yang korang semua sorokkan dari aku?" Aireen memandang abang sulungnya dengan tajam.

Selama ini dia mengelak dari bertentang mata dengan Haqeem kerana dia tak selesa.

Dia tak pernah rapat dengan lelaki ini dan dia sendiri keliru macam mana lelaki ini boleh muncul di tempat kerjanya.

Sudahlah begitu, Haqeem berlagak seolah-olah mereka rapat padahal entah bila kali terakhir mereka berborak.

Di rumah mereka memanggilnya dengan nama Aidan. Bila diperkenalkan dengan 'Chef Haqeem', Aireen juga sengaja menggelarnya begitu seolah tidak kenal.

Dah memang dia tak pernah rapat dengan abangnya ini. Mereka bagaikan orang luar. Rasa asing bila bertentang mata.

"Reen.. along minta maaf." Ujar Haqeem dari luar pagar rumah Raihana.

Selepas Aireen mendapat cuti kerana kes gangguan hari itu, Haqeem ada datang ke rumah Puan Ramlah selepas waktu bekerja tetapi Aireen tiada. Dia baru tahu Aireen pulang ke kampung.

Terus dia menelefon ibunya. Dia semakin tidak sedap hati bila ibunya bercerita Aireen sudah tahu semuanya.

Aireen ketawa sinis. Dia berjalan menuju ke arah pagar itu. Kali ini dia berdiri betul-betul di hadapan Haqeem.

"Along? Cuba fikir layak ke kau tu digelar along? Aku rasa aku tak ada adik beradik. Tak ada keluarga. Aku rasa aku ni sebatang kara." Tajam mulut Aireen berkata-kata. Dia merasa begitu marah saat ini.

"Aireen!" Haqeem terkejut. "Jaga sikit mulut Reen tu. Jangan cakap macam tak ada agama." Tegur Haqeem. Dia tahu Aireen marah tapi ini sudah melampau.

"Tak ada agama? Kenapa? Salah ke aku cakap macam tu? Korang semua buat aku macam tak wujud. Macam aku tak ada hati. Tak ada perasaan. Aku keluar rumah pun tak ada siapa yang kisah. Termasuk kau Aidan Haqeem!" Jari telunjuknya menunjukkan ke arah Haqeem.

"Siapa kata? Siapa kata along tak kisah? Kalau along tak kisah along tak ada dekat sini!"

Aireen menggeleng kepalanya. "Dah terlambat untuk kau kisah. Kau sepatutnya kisah pasal aku dari aku kecil. Dari awal-awal aku terpaksa mengalah dengan Aira. Tapi tak! Kau tak ada! Kau tak ada masa aku perlukan seseorang!" Dada Aireen mula berombak. Dia kini dikuasai rasa marah.

Terbit rasa kesal bila mendengar luahan hati adiknya.

Bila ibunya bercerita tentang Aireen mengamuk ketika majlis ulang tahun Aira, dia juga rasa bersalah. Dia cuba untuk mendekati Aireen namun tembok yang Aireen bina terlalu tinggi.

Dia tak dapat nak baiki hubungan mereka. Bahkan semakin janggal. Selepas kejadian Aireen keluar dari rumah, dia nekad dia mahu selamatkan hubungan adik beradik mereka.

"Reen.. along minta maaf. Salah along tak nampak semua tu. Tapi jangan cakap kami tak sayangkan Reen.. ibu tu sampai demam rindukan Reen." Haqeem mula berlembut. Dia tahu jika api dibalas dengan api, marah itu tak akan padam.

"Huh. Demam? Demam rindu? Tak payah nak membohonglah. Aku ni balik rumah.. rendahkan ego aku sebab aku fikir aku ni anak!" Aireen mengetap giginya. Dia fikir dia akan pendam semua ini sampai ke mati, tapi kedatangan Haqeem hari ini seolah-olah mencabarnya.

"Tapi.. tapi apa aku dapat? Adik aku kahwin dengan bekas tunang aku! Bekas tunang aku! Itu adik aku yang menangis dekat aku.. adik kesayangan kau tu beria cakap takkan kahwin dengan Harith.. tapi apa dia buat belakang aku?Dia kahwin tanpa pengetahuan aku!" Tempik Aireen dengan linangan air mata.

Haqeem terkedu saat ini. Dia tahu sebab itu dia mahu bercakap dengan Aireen sewaktu awal dia masuk bekerja dahulu.

Aireen mengetap giginya dengan kuat.

TAKDIR YANG SAMA [ongoing]Where stories live. Discover now