BAB 33

3.4K 346 47
                                    




"ANAK dia tu anak luar nikah." Ujar Harith tanpa teragak. Yang dia mahu, Aireen tahu tentang masa lalu lelaki itu.

"Apa awak cakap ni Harith? Sanggup awak buat fitnah macam tu dekat sepupu awak?" Mencerlung Aireen memandang Harith. Dia tidak pernah menyangka Harith seperti ini.

"Ni bukan fitnah Reen. Abang tak tipu Reen. Semua ahli keluarga dia tahu. Mereka ingat dia pergi luar negara untuk belajar, tahu-tahu bawa balik anak luar nikah. Kalau Reen nak tahu, keluarga dia kecewa sebab tu mereka buang Qaleef. Mereka malu ada anak macam tu."

Aireen mengepal tangannya. Kalau tidak difikirkan halal haram mahu saja dia menampar mulut celupar lelaki ini. "Habis dah? Kalau dah, Reen nak pergi."

"Reen!" Sekali lagi lengan Aireen dipegang.

"Eee lepaslah Harith!" Aireen cuba menarik tangannya kembali.

Dalam masa yang sama Harith merasakan seperti bahunya ditarik dan disaat itu juga pipi ditumbuk oleh seseorang.

Aireen terkejut bila melihat Harith sudah jatuh terjelapuk lalu menekup mulutnya. "Ya Allah." Dada Aireen mula berdegup makin kencang. Apa yang sudah jadi ni?

Aireen pandang wajah bengis Qaleef yang ibarat singa ingin menerkam mangsanya.

"A-awak.."

"Kau jangan nak sentuh-sentuh Aireen, Harith Idham. Aku tak benarkan kau sentuh dia." Jari telunjuk Qaleef dihalakan pada Harith. Dadanya turun naik kerana marah.

Ikutkan hati, lebih dari itu dia mahu hadiahkan pada Harith. Nasib baik dia melihat kejadian itu tadi. Berani Harith menyentuh Aireen.

Harith ketawa sinis seraya memegang pipinya. "Tak benarkan? Kau tu siapa? Kau bukan suami dia pun." Harith bangun dari jatuhnya.

"Dan kau bukan halal untuk sentuh dia sesuka hati."

"Nak cakap halal haram dengan aku? Kau sedar tak kau tu siapa? Berlagak alim konon. Masa main dengan perempuan dulu, tak fikir halal haram?" Harith mula menyindir Qaleef dengan memetik kisah lalu Qaleef.

Wajah Qaleef berubah.

"Harith! Sudahlah." Aireen pula menyampuk untuk menghentikan pertengkaran mereka. Ada beberapa mata sedang memerhatikan mereka ketika ini.

Qaleef pandang Aireen. Aireen sudah tahu? Harith bagitahu Aireen tentang masa lalunya?

"Tolonglah. Saya tak perlu orang lain masuk campur hal saya. Saya boleh nilai sendiri mana yang baik, mana yang buruk. Seperti selama ni, saya boleh jaga diri saya sendiri. Tak perlu orang lain masuk campur." Ujar Aireen pada Harith. Lelaki itu bukan sesiapa lagi padanya.

Usai mengatakan itu, Aireen mendekati Qaleef. "Awak.. jom."

Qaleef pandang tepat mata Aireen. Gadis ni tidak jijikkah dengan dia?

"Awak.. jomlah." Gesa Aireen lagi bila Qaleef seperti terkaku di situ.

Qaleef tersedar sebelum dia mengangguk. Sempat dia memandang sekilas pada Harith yang masih memegang pipi itu.

"Reen! Fikir baik-baik Reen. Kalau dulu dia boleh buat, tak mustahil sekarang dia tak boleh buat!" Sekali lagi Harith bersuara lantang. Sakit hatinya bila Aireen langsung tidak pedulikannya.

Qaleef mahu membalas kata-kata Harith tetapi Aireen terlebih dahulu menggeleng padanya.

"Tak perlu.. saya percaya awak."

Ajaibnya kata-kata Aireen itu boleh menghilangkan rasa marah Qaleef dengan sekelip mata. Wajah bersih Aireen nampak tenang dan ikhlas ketika menuturkan itu.


TAKDIR YANG SAMA [ongoing]Where stories live. Discover now