bab 1

11.9K 258 9
                                    

Panggilan daripada ibu mertuanya menggusarkan jiwa dan mesyuarat yang bakal berlangsung beberapa minit sahaja lagi dibatalkan serta merta.Isteri tersayang sedang bertarung untuk melahirkan puteri sulungnya.Penyambung kasih sayang. Gabra punya pasal habis tong sampah dan pekerja yang lalu lalang dirempuhnya dan berlalu tanpa sepatah kata maaf.Dia tiada masa untuk itu semua.Suara ibu mertuanya yang cemas memanggilnya ke hospital disambut dengan perasaan gundah. Apa yang dia tahu dia harus segera ke tempat isterinya yang tercinta. Memberikan kata semangat!
20 minit kemudian dia sampai ke hospital dan Syed Darwish bergegas ke bilik bersalin. Keretanya diparking sesuka hati.Denda pun dia sanggup bayar asalkan dia mampu tiba segera.
"mak! macam mana dengan mira mak" Ucapan pertama apabila kelibat ibunya menjamu mata dan jawapan untuk soalannya hanya air mata yang berjujaran membasahi pipi.
Bilik bedah diterjah bila jawapan yang dikehendaki tidak diperoleh dan isteri belahan jiwanya lemah terbaring.
"abang..." panggilan perit sang isteri menyapa telinga.
Tangan isterinya digenggam.Memberi kekuatan.Peluh yang merenik di dahi disapu penuh kasih.Kata-kata semangat dibisik. Tuhan kalau dia tahu begini siksanya melahirkan , dia rela tidak punya zuriat asalkan isterinya mampu tersenyum. Sungguh dia tidak kuat melihat kesakitan yang menghurung isterinya.
"Janji dengan saya b b b..ang. J j j..aga anak kita bang. s s..ayangi dia bang...." dan nafas si isteri semakin perlahan. Doktor dan jururawat mula panik. Syed Darwish ditolak keluar. Mereka tiada cara lain. Pembedahan harus dilakukan segera.
___________________________________
Suasana kawasan perkuburan islam mendung.Seolah turut menangisi pemergian insan bergelar ibu juga anak kecil yang sudah menjadi yatim. Hajah Mariam menangis hiba.Anak kecil dipangkuan dicium kasih. ' Damailah disana sayang. Ibu janji akan jaga Damia dan beri dia kasih sayang.' Suara hatinya berbisik sayu. Pipi yang masih merah itu dicium lagi. Syed Darwish yang tiba - tiba bangun dari sisi pusara dipandang pelik dan bila anaknya merebut cucunya. Hajah Mariam panik! Puan Alimin tersentak.
" Anak ni tak patut hidup!" Kasar sekali suara Syed Darwish. Memecahkan kesunyian yang dari tadi menjadi raja. Kaki dibawa laju menghampiri jalan raya.
"Darwish!!" Serentak kedua wanita tua itu menyebut nama menantu dan anak lelakinya namun tidak diendahkan.
DANG!!!!!
Bunyi hentakan yang kuat menghentikan langkah tua yang mengejar si anak. Air mata yang belum kering menitis lagi.
Darah bersemburan menjadi lukisan. Orang yang berdekatan membantu. Suara tangisan bayi kedengaran. Syed Darwish terlantar di tengah - tengah jalan.Bayi kecilnya pula tergolek jauh di rumput yang menghijau.Hujan mulai turun perlahan. 2 kematian dalam 1 hari. Pilunya hati hanya tuhan yang tahu.Daripada DIA kita datang dan kepada DIA lah kita dikembalikan

Afhnan💕DamiaWhere stories live. Discover now