Bab 40

4.6K 87 0
                                    

Love is to love without condition
Love is to love wihout
Term
Love u is to life witout
Regret..............................

" Sayang....." Datang dah kucing miang sorang ni. Aduhai bilalah nak faham bahasa melayu! Cakap bahasa Jepun baru tahu!!

" You nak apa? " Marah Afhnan. Bala!! Menyesal dia tak ikut Adam lunch sekali tadi. Banyak kerjalah kononnya! Ini namanya kerja sudah datang. Si kucing gedik bin tak malu.

" Janganlah marah - marah sayang..." Mendayu suara Alexa . Tanpa dipelawa dia bertenggek di meja Afhnan. Menggoda dengan lenggok tubuh dan paha putihnya. Tangan dihulur panjang , mahu bermain dengan tali leher lelaki yang tak pandang langsung dirinya. Alimlah sangatkan. Lets see. Alexa senyum menggoda.

Afhnan mengucap panjang. " Alexa!! Behave! " Tubuhnya sudah tegak menyandar di kerusi. Mahu mengelak dari disentuh.

Astagfirullah...

" You ni..Jual mahal betullah..Come baby..I can make you smile all day long..." Alexa menggoda lagi. Jari telunjuknya dilalukan lembut di atas pipi Afhnan yang memerah. Entah malu atau marah.

" Go Alexa!! Before things getting worse.." Ugut Afhnan tapi Alexa hanya sengih. Dia sudah berdiri.

" No.... I want you.." Tangannya menjalar lagi. Mahu menarik lengan Afhnan yang sudah berdiri.

" But I dont want you!! " Bidas afhnan. Dia bukan manusia yang berhatikan nafsu dan untuk ini , dia takkan ubah pendiriannya walau Irish si kekasih hati masih tak mahu menyerah dan layu dalam pelukannya.

Teringatkan Irish lagilah buat Afhnan jadi manusia yang mahu jaga auratnya. Dia juga mahu beri yang pertama , bila dia mahukan yang pertama!

Dan bayangan manis si bidadari hati berkecai bila terasa tangannya ditarik kembali.

Hish!! Aku berkasar kan cakap aku tak gentleman pulak! Tangannya direntap. Menjauhi Alexa.

" Fine!! You nak duduk dalam bilik I sangatkan? Go ahead. I nak blah!! " Laju kakinya mencari pintu. Bahaya betul perempuan zaman sekarang! Terlalu berani! sampai dia sendiri kecut perut!

Dan Alexa hentak meja kuat! Lelaki itu kenapa beku sangat. Sudah berbulan dia mula melancarkan godaan dan asyik sahaja gagal!! Kau tungguk Aff. Bila aku cakap aku nak kau then its you!!

lllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll

" Bukan tadi kau cakap tak nak lunch ke? " Tanya Adam bila kelibat kawan sorang tu muncul.

" Dalam bilik aku tu ada 'ular' bro. Tunggu masa untuk membelit.."

Taufik kerut kening seketika dan akhirnya tawa meletus.

" Kau apasal ni? Buang tebiat ke? " Afhnan garu kening. Tangan diangkat memanggil pelayan. Tengok Taufik makan dengan berselera dia terliur jugak.

Nasi Ayam dipesan. Air pula dia pilih teh ais.

" Asal kau tak biar je 'ular' tu belit kau?" Dan Taufik ketawa lagi dengan ideanya.

" Gila cerdik kau ni! " Afhnan geleng kepala. Dibelit Alexa? Dia rela dilenyek dan dibuat jemput - jemput!

" Minah tu datang buat apa pulak kali ni? " Tanya Taufik. Kawan sorang ni untung sungguh. Sudah diri menolak mari ada yang mahu menempel. Lagi - lagi yang menempel itu model popular. Add on anak datuk pulak tu. Macam mana lelaki tak kahwin lebih pada satu!

" Entahnya dia tu. Tak pasal - pasal terpacak dekat depan aku! Seksi pulak tu! " kalaulah Irishnya pakai macam Alexa depan dia. Huish! Tak tunggu ada yang membelit dia dengan terujanya akan membelit!!

Afhnan💕DamiaWhere stories live. Discover now