Bab 15

5K 120 6
                                    

Menanam tebu ditepi bibir...woiii mana tumbuh!! ___hihi...just kidding
^_^ apriciate it if u leave a coment.........

Seharian berjalan melihat keindahan kota London begitu memenatkan. Ketiga - tiga manusia berebut sofa di ruang tamu. Penat!!

Plastic bag berlonggok - longgok. Afhnan hanya geleng kepala dengan adik perempuannya. Entah berapa ribu duitnya habis tadi. Tapi tidak kisahlah. Kalau bukan untuk keluarga kepada siapa lagi mahu dilonggokkan kemewahan ini. Lagipun bukan selalu dia memanjakan adik - adik. Senyuman masih tidak hilang dibibir. Kesian pun ada dekat Irishnya ditarik kehulu kehilir oleh kaki jalan dan dia hanya mengekor dan jadi tukang bayar!

" Apa tidur kat ruang tamu ni.Dah pergi naik atas.Anak dara tak elok buat camni." Bicara mama sambil menepuk perlahan bahu anak perempuannya.

"Ala maa..penat ni". Malas - malas Afrina menjawab.

" No! Pergi tidur kat atas". Arahan veto mama menyapa cuping telinga.

" Tahu penat jugak adik along eh?" Sindiran Afhnan menambahkan lagi cemberut di wajah si bongsu. Mama dan Damia sudah senyum tipis.

Selepas menyalami mama terus sahaja ketiga manusia itu menapak naik ke tingkat atas.

Tengku Salina hanya menghantar langkah longlai anak dan menantu dengan gelengan. Dikurniakan dua putera dan satu puteri dan sekarang ini ditambah lagi dengan seorang puteri dia sangat bahagia.Walau hanya balik ke Malaysia sekali sekala kerana kekangan kerja namun bahasa ibunda tetap diterap rapi oleh dia dan suami dan kerana itu Afhnan , Afhliq dan Afrina fasih berbahasa Melayu lagi - lagi Afhnan kerana anak sulungnya itu sudah 3 tahun balik ke Malaysia menguruskan syarikat keluarga.Itupun puas dipujuk baru Afhnan rela meninggalkan pekerjaannya sebagai juruterbang kerana kesiankan ibu mertua yang sudah tua untuk menguruskan syarikat setelah pemergian abang iparnya 20 tahun lepas. Dia dan suami pula masih sayangkan pekerjaan yang memberikan kepuasan kepada diri.

"Menungkan apa sal oi?" Lamunan Tengku Salina padam bila ditegur suami.

" Tak ada menung apa pun bang. Bahagia tengok anak - anak".Jawab Tengku Salina sambil tersenyum manis.Lelaki yang dinikahi hampir 30 tahun ini begitu mendamaikan jiwanya. Pemilik takhta hati juga jalan mudah untuknya ke syurga.

Tengku Arsyad hanya senyum tipis. Isterinya begitulah.Penyayang.Itu yang memikat hatinya dulu sehingga dia berani meminta bonda melamar walau hanya beberapa kali bertembung mata.Mujurlah lamarannya diterima dan alhamdulillah perkahwinan mereka bahagia.Gaduh - gaduh manja tu biasalah bila ada yang sudi memujuk dan ada yang merajuk.Berkasih - sayang dalam ikatan yang halal. Tiada yang salah malah beroleh pahala.

" Eh! Eh! Abang ni..Tadi tegur saya mengelamun sekarang abang pulak yang termenung ya". Sakat Tengku Salina sambil menepuk manja peha suaminya. Tengku Arsyad lempar senyum lagi. Mahu kata apa lagi memang dia termenung pun.

" Afhnan dan setel. Afhliq camna?"

" Entahlah bang. Budak tu senyap je. Tak ada pun cerita pasal perempuan". Jawab Tengku Salina.

Ahliq yang hanya muda 2 tahun daripada Afhnan memang lain sikit. Budak itu payah nak judge sikit perangai dia. Tak macam Afhnan yang menurut kata. Afhliq begitu perahsia. Jarang mahu duduk semeja dan berkongsi perasaan.Itu yang payah.

Tengku Arsyad hanya mengangguk.Faham benar dengan anak tengahnya itu.

" Borak apa mama , papa ? " Sedang asyik mengelamun kedua mereka ditegur dari belakang lantas keduanya berpaling.

"Panjang umur anak papa ni". Itu jawapan untuk soalan yang ditanya Afhliq.

" Aik. Tetiba je ni. Kenapa paa?" Tanya Afhliq lagi sambil mengambil tempat dihadapan kedua orang tuanya. Bersandar sambil melepas lelah. Baru balik berjogging di taman berhampiran. Letih!

Afhnan💕DamiaWhere stories live. Discover now