Bab 38

4.4K 85 1
                                    

Wanita itu terlahirnya dari tulang rusuk Adam....disisi bukan di depan untuk memerintah dan bukan di belakang untuk diperhamba...

" korang tak 'sihat' ke?" Damia gigit bibir. Aduh! Dah kenapa pulak mama utarakan soalan ni.

" Ta sihat apa pulak maa..Mana ada kitaorang sakit. Demam pun tak.." Tapak tangan sengaja didaratkan pada dahi Damia . Padahal dia faham benar makna tersirat disebalik soalan mama.

Damia angguk.

" Bukan tulah maksud mama. Hisy.." Tengku Salina mendengus. Anak menantunya tak faham atau buat tak faham.

" Habis tu? " Soal Afhnan. Damia mula fokuskan matanya pada ibu mertuanya.

" Maksud mama tak sihat tenaga batin.." Hah amekau! Kali ini Damia telan liur. Isu sensetif ini juga yang mahu dibahas.

" Mana ada la mama...Aff ok je , Irish pun ok..Usaha sudah , doa pun sudah nanti - nanti ada la tu rezeki.." Balas Afhnan akhirnya.

Damia cebik bibir dalam tak sedar. Ayat mamat sorang ni memang kelas satu.

Afhnan yang terlihat cebikan Damia angkat kening. Salah ke apa dia cakap . Tak kan nak bagitahu mama yang dia belum rasmi lagi dengan Irish. Nanti isu lain pulak yang datang. Haru.

" Betul ni? Mama bukan apa...kalau kata korang tak sihat mama boleh rekomenkan tempat berubat. Mana tahu berhasil. Tu pum usaha bukan?.." Tengku Salina mengeluarkan hujah.

" Tak la mama..we are fine..in and out.. tapi tulah macam Along cakap tadi. Tak ada rezeki lagi.."

" Betul tu mama..kami dah usaha. Sudah Allah tak beri rezeki lagi , mahu kata apa.." Sampuk Damia.

" Hmmm yela...Tapi janji dengan mama ya..Beri mama cucu cepat - cepat. Bosan tahu asyik duk ngadap muka papa je..."

" Amboi..awak ni Sal..dah bosan ye tengok muka saya ni? Faham..kita dah tua , dah tak kacak macam dulu.." Papa yang baru turun dari tangga tiba - tiba menyampuk perbualan tiga beranak itu. Tahu isterinya bergurau dan dia pun sama. Kesian lihat muka cuak anak menantu. Isterinya ini bukan boleh tahan. Tegas sikit. Mungkin sebab kerjaya yang mereka pukul selama ini.

" Merajuk ke papanya?...

Papa sengih.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

" Usaha ya.. " Tersentak Damia bila ditegur dari belakang dengan dia tak faham apa. Yelah nak kata dia pegang buku tak. Datang dari mana pula perkataan usaha tu.

Kening Damia bertaut. Tak faham lagi. " Usaha ? "

" Ya usaha. Jom kita usaha.." Sambung Afhnan lagi.

" Abang nak sambung study balik ke? " Dahi Damia berkerut. Abang Aff dah ada master kot.

" Hmmm....Kali ni nak study benda menarik sikit" Afhnan sengih. Budak ni betul lah. Tak faham ke buat - buat tak faham ni?

" Wah!! Abang nak ambil course apa? " Damia teruja. Tubuh sudah menghadap Afhnan dengan sengih lebar. " Apply U sama eh! " Sambung Damia lagi.

" Biologi rasanya.."

" Aik. Bukan dulu abang ambil subjek lain ke? "

" Sebab tu abang cakap abang nak belajar benda yang interesting.." Sengihan Afhnan makin lebar.

" Interestinglah sangat" .. Damia mencebik. Biologi adalah subjek yang paling dia tak minat! Masa STPM hari tu mujurlah keputusan ok. Kalau tak sia - sia. Sumpah dia tak minat subjek yang memerlukan hafalan. Sangat!!

" Betul sayang..sangat sangat dan sangat interesting.." Afhnan sengih lebar. Sebenarnya ada aura nakal disitu. " Nanti kita belajar sama - sama ya.." Sambung Afhnan lagi.

" Tak naklah Mia...Tak minat biologi sangat sangat dan sangat.." Sengaja Damia ulang ayat 'sangat' Afhnan.

" Rugilah kalau macam tu.." Balas Afhnan kembali.

" Rugi kenapa pulak? " Mata mendongak memandang Afhnan yang sedang santai menyandar di dinding bersebelahan dengan almari baju.

" Lambatlah kita dapat baby yang..." Selamba Afhnan membalas. Sengihannya makin lebar bila dilihat mata Irishnya membulat. Lurus betul.

" Gatal!! " Tempik Damia. Itu ke maksud Abang Aff dengan subjek biologi? Baby? Aih!

Ketawa Afhnan pecah. Memang sah - sah lah dia gatal. Dengan bini sendiri. Dia tak kacau bini orang lain. Apa lagi bakal janda! Mintak jauh!!

Damia pula sudah merah muka. Tak tunggu lama dia mara ke katil. Comforter ditarik menutupi tubuh. Huh! Tidur lagi baik.

Afhnan masih dengan gelaknya. Seronoknya dapat sakat kekasih hati !

Tubuh akhirnya turut dibaringkan ke katil. " Irish tidur elok - elok sayang...nanti lemas.." lihat Damia yang masih berbungkus dia menegur. Nanti tak pasal dia jadi duda berhias. Ada ke? Lantaklah! asal reader faham.

Damia masih beku. Dia buat pekak. Malas layan manusia gatal tak bertempat ni.

Jemarinya dibawa ke comforter tebal itu. Mahu ditarik turun. Mujur ada aircond yang meneutralkan suhu bilik kembali.

Tak berjaya bila Damia turut menarik. Melawan arus! Bukan Afhnan tak mampu nak rentap tapi dia bagi peluang untuk Damia mengalah. " Jangan sampai abang join Irish kat bawah comforter . Praktikal subjek sains bab 4 masa tingkatan tiga tak pasal kan''

Ugutan yang buat mata Damia membulat. Bab 4 ?

" Gatal!!!! " Tak cukup dengan itu lengan Afhnan dicubit kuat. Mengaduh jugaklah.

" Eh eh budak ni! Sakit tahu tak.." Afhnan gosok lengannya yang memerah bekas cubitan Damia. " Kalau keluar selimut tu kasi ciuman kat pipi ni ke bagus jugak.." Protes Afhnan.

Damia mencebik. Mata dipejam. Tidur lagi baik!

Dan tangan Afhnan melingkar di pinggang Damia. Tak dapat banyak , peluk pun jadilah.

Teringat kejadian seminggu lepas sebelum lengannya mampu bebas memeluk Damia. Afhnan sengih sendiri.

Flash back....

"Apa ni peluk - peluk orang?! Marah Damia suatu malam bila dia beranikan diri peluk Irishnya.

"Peluk je kut..Bukan abang buat lebih - lebih pun.." Afhnan makin kemaskan pelukan bila Damia mahu melepaskan diri.

" Lebih - lebih apa?! " Marah Damia. Ish tak selesa betullah. Nak tidur bilik lain kang jadi isu pulak. Nasib..nasib...

" Lebih - lebih lah...macam kiss pipi ke..or nak lagi gempak kiss bibir Irish ke...lagi thrill gigit leher tu ke...."

" Whoaaa Stop! Stop!.." Damia menyampuk. Ini sudah lebih. Kecut segala urat darahnya.

Afhnan sengih. " Then kalau tak nak rasa yang gempak or thrill then let my hand or your stomach.." Bisik Afhnan.

Nak apa yang dia nak , kekasih hati dekat sebelah harus diprovok atau dalam kata lain diugut!

Pelukan diperkemas lagi. Berkongsi kehangatan tubuh yang,amat jarang dia peroleh.

End of flashback.....

Mata dipejam rapat. Tidur.

Zzzzzzzzzz.....

Ok maaf coz lama x hapdet...i bizi lately..keje jadi kuli org kan sementara tunggu dapat u...doakan aku ke menara gading ye..nak sangat bergelar siswazah..lagi2 klau dapat kos yg aku idamkan....

Amin....

^sacrifice a bit for the future....

Afhnan💕DamiaWhere stories live. Discover now