Bab 9

5.4K 132 3
                                    

*saya cuba cipta bab y hilang...here we go..................................

Selepas makan malam mereka menghabiskan masa berborak-borak di hadapan televisyen.Damia sudah mengambil tempat istimewanya.Dia duduk di antara kedua opah dan neneknya.

"Aff dengan Mia tak balik London ke?" Hajah Alimin bertanya.Semasa majlis kedua cucunya 3 hari lepas anaknya yang bekerja di London tidak dapat pulang kerana cuti yang dipohon tidak diluluskan.

"Aff ingat nak bawak Irish jumpa mama dengan papa minggu depan opah". Jawab Afhnan senang.

"Baguslah...sekali kamu dua orang ni boleh honeymoon" Hajah Mariam menyampuk sambil menghadiahkan senyuman. Dia tak sabar nak peluk cicit.

Uhuk! huk!

Kedua cucu tersedak.Tidak menyangka neneknya boleh membuat permintaan sebegitu.

"Tak awal sangat ke nek? Mia baru je beberapa hari kahwin?" Tanya Damia. Aduh! Tidak rela dia!

" Awal kebendanya? Ke Mia tak sanggup nak bagi nenek cicit.Nenek dengan opah dah tua Mia.Bila - bila masa sahaja Allah boleh tarik nyawa.Kalau boleh nenek nak sangat timbang cicit." Paha Damia digosok lembut.

"Bukan macam tu nek, opah.At least bagi la Aff dengan Irish honeymoon dulu..." Jawapan Afhnan menghadirkan senyuman di kedua bibir wanita tua kecuali bibir isterinya.

"Hmmm yelah.Pengantin baru kan.Tapi jangan lama- lama ye. Opah pun tak sabar nak peluk cium cicit" Hajah Alimin faham karenah pengantin baru.Dia juga pernah muda.Pernah bergelar pengantin baru.Senyum bahagia ditayang lagi.

" Aff... "

"Ya nek"

"Kalau nenek pinjam Mia malam ni Aff boleh pertimbangkan tak malam ni?" Hajah Mariam sudah menyuarakan hasrat hati.

"Mana boleh nek! Nanti Aff tak lena tidur.Bantal peluk tak ada.." Jawab Afhnan selamba dan kemudiannya dia senyum.Saja je mahu mengusik Irishnya.

"Hmmm yelah.Kedekutnya.Nenek nak pinjam semalaman pun tak boleh." Hajah Mariam sudah buat muka sedih. Nenek mana tidak rindukan cucu yang dijaga ketika masih merah dan di usia 20 tahun cucu kesayangan sudah mahu dibawa pergi.Nasib Damia kahwin dengan cucunya juga.Kalau tidak kempunan dia nak tatap wajah cucu kesayangannya selalu.

"Alah nek... Aff gurau jela.Tapi malam ni je tau.Tak boleh lama-lama nanti Aff rindu." Jawab Afhnan sambil berlawak. Damia sudah tatik senyum panjang plus plus! Yeah dia tak payah sebilik dengan Abang Aff nya untuk malam ni.Malam lain kita kira lain kali.Yang pasti malam ni dia bahagia.

"Ok lah nek , opah.Aff naik dulu eh.Ngantuk dah ni." Afhnan sudah berdiri.Dia benar-benar penat. Tangan kedua neneknya
dicium dan bila dia sampai dihadapan Damia. Bibirnya terus menyapa dahi isterinya.Terkedu Damia. Berani sungguh suaminya itu.Mahu dimarah terajang dia takut neneknya syak sesuatu lantas didiamkan sahaja perbuatan suaminya itu.

Afhnan memanjat tangga dengan senyuman.Dia tahu Damia tidak akan berani memprotes bila dia cium Damia tadi.Malam ini dia akan tidur nyenyak.Ya! tidak dapat pelukan hangat pun tak apa asalkan dia dapat cium Damia hari-hari!.

Damia menggosok - gosok dahinya. Kalau boleh dia mahu sental dengan berus besi. Berkali-kali dahinya disental dengan jarinya.Meninggalkan kesan merah.

Benci!!

Suka - suki sahaja Abang Aff nya menciumnya dihadapan neneknya. Tidak malu alah langsung. Mahu tunjuk romantis konon!

"Mia lambat lagi ke cuci muka tu? Opah nak ambil wudu' ni " Sudah menjadi amalam setiap malam. Sebelum tidur dia akan mengambil wudu'.

"Kejap!!" Damia buka pintu bilik air sambil sengih manja.

"Dahi tu kenapa?" Tangan Hajah Alimin sudah menggosok dahi si cucu. Merah.Damia terkedu.Aduh! Boleh pulak nenek perasan.

"Terhantuk Opah.hihi" Damia beri alasan logik. Hajah Alimin sudah menggelengkan kepala dan terus menghilang ke dalam bilik air.

Damia mengambil tempat di tengah-tengah katil bersaiz king milik neneknya.Dia mahu di apit kedua neneknya.

Hari ini dia akan tidur lena.Itu yang paling penting!

------------------------

Afhnan masih lagi dalam senyuman panjang. Tiba-tiba lagu dari kumpulan westlife menyapa telinga.

"Siapalah ganggu aku malam - malam buta nih! Nak angaukan bini pun tak senang!" Merungut namun i-phone6 nya tetap dicapai.Adam!!!

"Hah! Apasal kau call aku malam-malam buta nih!" Tanpa salam , tanpa tanya khabar terus sahabatnya disembur laju.

"Amboi pengantin baru.Aku talifon pun tak boleh eh. Mentang - mentang lah dah ada bini. Tidur pun awal ya" Giat Adam dalam gelak kuatnya.

" Kau asal call aku ni?! Ada hal penting ke. Aku letak kang!. Tahu sangat aku ni pengantin baru.Lagi mahu kacau ke?! " Tanya Adam.Malas mahu layan Adam. Talifon tidak kena pada masa!

"Kau buat aku terasa nak kahwin jugak la Aff. Amacam best tak kahwin? " Tanya Adam sambil gelak lagi. Bahagia benar sahabatnya itu. Sahabat kafib yang disangka Damia sebagai pasangan gaynya!

"Banyak lah kau! Kau punya pasal lah aku tak boleh nak ada first night on time kau tau! " Marah Afhnan.Bukan marah betul-betul pun.

"Lah apasal aku pulak.Aku hari ni baru call kau. Takde kacau kau punya first night pun." Jawab Adam mempertahankan diri.

Afhnan masih belum sempat menceritakan perihal gambar yang ditangkap isterinya.Dia dan pihak syarikatnya sibuk kebelakangan ini. Syarikatnya mendapat tender baru jadi untuk bulan pertama ini memang dia sibuk.

"Esok aku story. Bye Assalamualaikum..." Usai memberi salam terus talian dimatikan. Mengganggu kedamaian sahaja sahabatnyaitu.

Afhnan💕DamiaWhere stories live. Discover now