Bab 60

8.6K 130 19
                                    

Setiap cerita ada endingnya and my ending story will began here..

Have a life and get a live...

😆😆😆😆😕😆😆😆😆😕😆😆😆

Damia kaku tak bergerak sehinggalah Afhnan mengenggam erat tangannya baru dia kembali ke dunia realiti.

" Sayang..abang bahagia sangat.." Ucap Afhnan lirih. Dia mahu menangis gembira dengan berita yang tidak terjangka ini. Tangan Damia yang masih dalam genggamannya ditarik ke bibir lantas dicium berkali - kali.

Entah macam mana Damia mahu olah perasaannya sendiri. Gembira siapa kata tak bila diri diberi kesempatan merasai bagaimana mahu menjadi ibu dan tidak lama lagi bakal membawa bayi yang akan makin membesar dalam perutnya tapi terlalu banyak hal yang bergayutan di kepala. Lagi - lagi tentang pelajaran. Sudahlah dia baru lepas satu semester . Lagi lima semester nak buang gaung ke? sedangkan hatinya nak sangat genggam segulung ijazah walau nanti suami kesayangan tidak izinkan dia bekerja..sebab tempat termulia bagi isteri adalah dirumah sediakan keperluan suami dan anak - anak. Lagipun Allah tak cakap pun dia suruh tuntut ilmu untuk bekerja melainkan bagi membanyakan ilmu di dada seperti mana kata Dia 'tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad' mana ada Allah cakap kau ada ilmu kau boleh hidup mewah , tapi Allah cakap kalau kau usaha kau akan berjaya.

---------------------------------------------------

Damia berubah lagi! Afhnan bingung! tapi sengaja dicakap pada diri mungkin perangai ibu mengandung macam tu. Mood tak berapa nak stabil. Biasalah kut awal - awal pregnancy ni.

Yang lebih mengharukan dia yang gagah , tampan dan bergaya ni dihinggapi morning sickness. Diulangi morning sickness! Perit tu Allah jela yang tahu. Sudahlah isteri kesayangan buat perangai balik.

Pagi - pagi tak sah kalau tak bermastautin dalam bilik air hampir setengah jam. Sudahnya jam 5 lagi dia sudah bangkit dari beradu. Baby punya pasal , papa will do anything! Tapi kalau ada mama nak tolong urutkan leher yang perit ni lagilah papa will do anythings.

Damia yang masih lagi berselubung didalam selimut dipandang dengan ekor mata. Tak hiraukan dia langsung dejak keluar dari hospital 3 hari lepas. Nak manja - manja pun orang tu tak layan. Nasib badan! Huhu....

" Irish sayang...wake up.." Kejut Afhnan bila jam menunjukkan angka 6 pagi. Dirasakan yang morning sicknessnya makin parah. Tulang lutut ni usah cerita , rasa macam mahu patah dua kerana berdiri terlalu lama menghadap singki.

Damia menggeliat kecil. Afhnan senyum. Melihat Damia yang macam menggeliat malas mahu bangun tidur begitu comel hingga dia rasakan segala rasa letih yang berajalela tadi hilang.

" Ni bila nak ada baby bum ni..? " Tanya Afhnan. Tangan pada masa yang sama mengusap perlahan perut isteri.

" Jangan sentuhlah! " Marah Damia. Tangan Afhnan yang mahu mengusap perutnya ditepis. Tak adalah kasar mana tapi cukup menyentakkan mood Afhnan yang tadinya bagai berada di Jepun dalam musim bunga yang indah.

" What wrong with you actually?! " Suara Afhnan naik seoktaf. Tak tunggu balasan Damia. Dia masuk ke bilik air dan menghempas pintu bilik air kasar. Bunyi yang terhasil turut mengejutkan Damia. Teresak - esak dia diatas katil.

Dengar , bukan telinganya pekak dengan bunyi esakan yang dihasilkan oleh isteri tercinta tapi sengaja dipekakkan telinga. Dia pun ada hati . Siapa cakap lelaki tak sensitif. Actually lelaki lebih sensitif berbanding dengan perempuan tapi mereka berjaya menyimpan kemas melalui perasaan ego yang beraja di dalam diri agar tidak dicop lemah atau lebih parah dicop patah , jambu or whatever so yang sama waktu dengannya.

------------------------------------------------------

" Kenapa dengan mata kau tu? " Tanya Syereen. Prihatin sunggu dia dengan Damia. Lagi - lagi bila mengetahui yang sahabatnya bakal bergelar ibu 8 bulan dari sekarang. Tak sabar dia nak jadi mak cik walau secara officialnya dia tak punya talian dengan baby yang bakal dilahirkan.

Afhnan💕DamiaWhere stories live. Discover now