Bab 16

4.7K 124 15
                                    

Its ok Buta mata dan pekak telinga jgn buta fikiran dan pekak hati
^_^ apriciate it if u can leave a comment and vote my creepy story

Tengku Salina senyum manis. Akhirnya anak keduanya mahu dicarikan jodoh. Entah angin apa yang merasuk anaknya itu tiba - tiba sahaja mahu dicarikan jodoh. Tapi bumi Ingeris ini mana dia mahu cekau anak dara orang. Berapa kerat sahaja rakannya yang sebangsa dengannya.

"Menung apa mama?" Mendengar pertanyaan itu Tengku Salina mengangkat kepala.

" Tak ada apa la Mia " Jawab  Tengku Salina sambil menggamit Damia untuk duduk disisinya. Damia hanya menurut. Sebenarnya dia malu mahu bermanja dengan ibu saudaranya ini. Jarang bersua muka pulak tu.Lagilah dia rasa serba tak kena walau dia tahu wanita disebelahnya ini baik.

" Biar betul mama ni. Mia tengok macam ada apa - apa je". Serkap Damia.

" Pandai je kamu ni. Hari tu Angah mintak mama carikan dia isteri.Mama duk fikir la mana kawan - kawan mama yang ada anak dara." Tengku Salina tersenyum diakhir bicaranya.

" Angah tak ada kekasih ke mama?" Soal Damia kembali. Orang ada rupa pun tidak ada kekasih.Si abang pula terlebih hormon.Haru.

"Entah budak tu. Dengki dengan Along kut". Jawab mama selamba.

" Dengki apa pulak mama..Main sebut - sebut nama along pulak". Afhnan tiba - tiba menyampuk. Sengaja dibawa diri menyempit di sebelah Damia. Keluar dari bilik air tadi Irishnya sudah lesap. Rupanya sedang ber chit -  chat dengan mama. Senyuman sinis mama diabaikan. Tak salahkan ambil tiket duduk sebelah isteri. Lagi - lagi kalau isteri itu nama Damia Irish sebab Irishnya akan lari jauh - jauh kalau ditinggal berduaan dengannya.Kalau boleh tidur pun isterinya mahu lari ke sofa nasib si isteri takut lagi dengan ugutannya.Takut benar dengan perkataan first night itu. Entah bila pula dia dapat peluang seperti hari itu. Kejadian tuala terlucut beberapa hari sudah terimbau kembali. Kalau kejadian itu berlaku lagi dia janji tak akan bagi peluang lagi dekat Irishnya lari.Mahu dirangkul dan digoda sampai isterinya terkulai layu dalam pelukannya.

" Angah dengki tengok Along kahwin kut sampai dia minta mama carikan dia isteri". Dan Afhnan ketawa besar dengar ayat mamanya.Tidak masuk akal sungguh tebakan mamanya. Dengki kebendanya. Tapi kalau betul pun apa salahnya mama cari menantu perempuan lain pula. Tidaklah dia rimas melihat mata si adik yang pantang ada masa terluang akan singgah pada wajah Damia. Mungkin tiada yang perasan tapi matanya tidak. Dia lelaki jadi dia tahu pandangan jenis apa yang digunakan Afhliq ketika memandang Damia cumanya dia malas ambil hal selagi si adik tidak berlebihan sambil itu dia boleh praktis rasa sabar dalam dirinya. Bukankah ALLAH  sudah menjanjikan khabar yang baik buat mereka yang sabar. Janji ALLAH tiada yang dusta dan kerana itu dia akan bersabar menanti Irishnya.

"Mengelamun pulak!" Tegur Tengku Salina sambil menepuk paha si anak.Tersentak jugalah Afhnan.Tu la siapa suruh mengelamun tak habis - habis!

"Along dengan Mia ada ke kawan - kawan perempuan baya angah?". Tanya mama tiba - tiba.

" Along mana ada kawan perempuan mama". Jawapan Afhnan memesongkan otak Damia ke lain. Kepala dipusing pada suami di sisi. 'Gay kan mana kawan dengan perempuan'. Itu yang otak Damia tafsir. Tapi hari tu suaminya mengaku dia biseksual. Gawat!!

" Mia tak sure lah mama...Kawan - kawan Mia semua masih belajar lagi" Kata Damia perlahan. Afhnan yang mendengar seolah tahu apa yang bergelodak dalam fikiran isterinya. Tangan Damia dikepal erat.Seolah menyalurkan kekuatan. Damia gadis yang pintar.Dia tahu itu.  5A dalam UPSR , 9A masa PMR dan baru - baru ni  10A+ dalam SPM dia tahu gadis itu tidak mahu terikat dengan mana - mana perkahwinan sedangkan tawaran untuk menyambung belajar berduyung - duyung diterima termasuklah daripada luar negara. Jangan risau sayang , nanti abang usahakan untuk sayang sambung belajar balik.Ini janji seorang suami.

Tengku Salina juga belas dengan anak ini. Dia dulu umur 20 sedang bergelumang dengan buku sedangkan Anak saudaranya terikat dengan amanah ayah mertuannya inginkan. Walau berada beribu batu jauh meninggalkan Malaysia hubungan dengan Keluarga dan rakan di Malaysia tidak pernah putus.Terima kasih kepada teknologi!

Pada mulanya dia juga sedikit menentang permintaan ayah mertuanya ekoran Damia yang masih hijau juga kerana faktor genetik.Sepupu! Menurut pakar , anak yang lahir hasil perkahwinan sesama keluarga besar kemungkinan akan mengalami kecacatan dan lembap fikirannya. Tapi itu semua kerja ALLAH siapalah dia untuk menidakkan jodoh yang telah ALLAH tetapkan buat anaknya. Sekarang ini dia cukup bahagia bila Damia menjadi menantunya walaupun gadis ini kebanyakan masanya senyap dan bercakap bila ditanya sahaja.

"Hmm..tak apalah..nanti mama tanya kawan - kawan mama". Kata Tengku Salina.

" Papa ingat dah beli bnyak set kerusi.Tak cukup lagi ke sampai duduk berimpit - impit ni?" Sedang asyik berborak. Suara papa muncul.Siap sindir lagi tu.

" Sharing is caring pa.." Jawab Afhnan sambil sengih.

" Anak awak kan tu. Asyik nak berkepit je dengan bini". Mama pula menyindir. Tapi dalam hati dia bahagia mepihat hubungan Damia dengan Afhnan.

"Yalah mama ku sayang.Dah halal ni..berhimpit pun tak apa.Kan sayang?" Soal Afhnan sambil memandang Damia sambil mengenyitkan mata.

" Malas layan.." Bidas Damia. Tangannya dalam genggaman Afhnan ditarik.Entah bila la tangannya kejap dalam tangan suaminya.

Mama dan papa sudah ketawa.
" Tengok Along , Damia pun malas layan. Nak bermanja pun biarlah kena tempat.Tu hah besar gedabak bilik along papa kasi free.Tak payah bayar sewa". Kata papa dan dia gelak diakhir ayatnya.Anaknya memang tidak tahu malu.Tak malu dalam meluahkan rasa sayang melalui perbuatan. Dia lihat pun kesian dekat Damia.Rimas je kalau Afhnan ada disekitar. Entahlah.Mungkin mata tua dia silap tengok.

"Alah papa ni...Along manja dengan Irish je pun. Tak kacau pun awek papa". Jawab Afhnan selamba.

" Amboi kenakan mama dengan papa pulak ya! " Tingkah Tengku Salina. Dan semua ketawa termasuklah papa.

" Asyik sembang je ni. Breakfast dah buat belum". Soal papa. Jam sudah menunjukkan angka 8.00 pagi.Laparlah pulak..

" Sal dengan Damia dan hidang tadi bang.Tunggu semua turun je. Ralit pulak borak dengan anak menantu.Dah jomlah kita masuk dapur". Ajak mama kemudiannya.Tangan suaminya disauk. Hampir 30 tahun kahwin tidak memadamkan mood romantik antara mereka. Bahagia Damia dan Afhnan yang melihat. Mereka mula bergerak ke ruangan makan.

" Mia panggilkan Afhliq dengn Afrina dula ya". Tanpa menunggu jawapan dia berlari ke tangga untuk ke tingat atas. Afhnan yang memandang hanya menggelengkan kepala sambil tersengih.

5 minit kemudian semua sudah dimeja makan. Doa makan hari ni jadi tugas papa. Upacara makan berlangsung  dengan meriah dan Afrinalah yang jadi juara.

----dalam bilik.........

" Berapa hari kita kat sini abang?" Tanya Damia tiba - tiba. Afhnan berpaling pada Damia yang berada disebelahnya.Tergendala kerjanya.Main Candy Crush! Salahkan Adam kalau dia gilakan game ini kerana manusia itu yang memperkenalkan permainan ini kepadanya. " Kenapa? Tak suka duduk sini?" Tanya Afhnan. Iphone kesayangannya diletak atas meja kecil bersebelahan katil. Time to be serius!

" Bukan macam tu.Mia suka.."

"So?"

" Mia rindukan Malaysia. Rindukan nenek dan opah". Jawab Damia. Air mata mula menuruni pipi perlahan - lahan.

Mendengarkan itu Afhnan pegun.Kesiannya isteri aku.Terus dia mengensot menghampiri Irishnya.Membawa gadis itu ke dalam pelukannya.Belakang isteri digosok perlahan.Diharapkan mampu memberi ketenangan dengan sentuhan.Tak ada niat lain.Damia masih tersedu - sedu.Tenggelam dalam lautan rindu.

" Abang book tiket 17 hari bulan. Nanti kita jumpa nenek.Kita lawat kubur ibu dengan ayah sekali". Damia angguk.17 hari bulan beerti lusa.Tak sabar nak balik.


Afhnan💕DamiaWhere stories live. Discover now