Bab 7

5.9K 173 0
                                    

"Meh tidur kat sini.Abang janji tak kacau Irish dah" Tangan digapai-gapai.Seolah memanggil anak kecil.Tapi memang isterinya kecil pun.Yelah kan baru umur 20 tahun.Masih dalam peringkat remaja. Damia hanya membatukan diri.

"Abang bagi pilihan. Satu Irish nak datang sendiri . Dua Irish nak abang pergi dukung Irish. Tiga Irish nak abang pergi kongsi sofa dengan Irish.Kita kongsi tempat tidur. Abang hitung sampai tiga. Satu.....dua....ti...g...a ok kita tidur sekali atas sofa.Afhnan sudah turun dari katil.

Damia gabra. 'pura - pura tidur Mia' Idea haprak sebenarnya tapi Damia sudah tidak punya pilihan.Disangkakan yang suaminya hanya sekadar menguggut tapi bila dia dengar derapan tapak kaki semakin menghampiri Damia panar!

Afhnan sudah bercekak pinggang dihadapan Damia.Dia tahu Damia pura -pura tidur.

"La dah tidur ke.Hmmm...kalau cerita sleeping beauty.Putera raja kena cium puteri untuk membangunkan puteri yang tidur.Apa kata aku try." Provok Afhnan.

Damia sudah kecut perut. Bukan perut je tapi semua organ dalaman termasuklah pankreas , limpa , dan urat darah. 'Tuhan tolong aku' Doa Damia tanpa henti.

Afhnan mahu tergelak tapi ditahan. Lantas tubuh kecil itu dikendong lalu dibawa ke katil.Mudah sahaja dia membawa Damia. Tidak sia-sia dia pergi ke gym hampir tiap minggu.

"Tak seronok la pulak cium atas sofa. Atas katil lagi best. Kalau ada rezeki aku nak gigit - gigit telinga." Afhnan main psikologi.

Bila sahaja dia merebahkan Damia atas katil terus Damia mengambil peluang untuk turun dan berdiri.Pucat!

"Tahu pun takut. Dah pi amek bantal.Meh tidur sini.Kalau Irish Ingkar , Abang akan buat apa yang abang patut buat malam ni." Ugut Afhnan dan mula naik ke katil kembali. Lenggok perlahan Damia diperhati.

Damia menurut. Dia turut mengambil tempat disisi katil. Jarak antaranya dengan Afhnan dijauhkan.Kalau letak katil bujang dekat tengah-tengah pun muat!. 'Kalau abang biseksual macam mana? ' Kenyataan yang dibuat suaminya tadi mula memenuhi ruang fikiran. 'Macam mana kalau dia betul - betul biseksual' Damia sudah tidak keruan. Dia fikir dia sudah keluar dari mulut buaya tapi rupanya dia tersilap masuk mulut naga api. Waaaaa.....

Afhnan💕DamiaWhere stories live. Discover now