Bab 11

5.1K 154 1
                                    

First of all .Mintak maaf kalau cerita saya x menarik. Suka sangat kalau rakan - rakan boleh tinggalkan komen.
tQ /// a-z

Here we go to next chapter........

********************************

Damia bersendirian dalam biliknya. Ya dia ada bilik sendiri.Tak perlu bertapa di ruang tamu. Sampai hati Abang Aff nya tipu dia hari tu padahal di tingkat atas sahaja Ada 5 buah bilik. Tidak dikira lagi laluan sebelum ke dapur. Rasanya disitu sahaja terdapat 2 bilik.

Biliknya bersebelahan dengan bilik suaminya. Walau bersebelahan dia tidak perlu bimbang kerana biliknya kedap bunyi. Jadi kalau setakat dia mahu sumbangkan suara merdunya sekali sekala ianya tidak akan menjadi isu besar.

Tuk! Tuk! Tuk!

Haiya pak cik ni nak apa pulak. Malas betul hendak melayan sepupu a.k.a suaminya itu.

Walau hati tidak rela , kaki tetap mara menghampiri pintu. Tahu sangat suaminya ada kunci spare.Owner rumah kan! Bohong lah kalau cakap tak ada.

"Nak apa abang Aff ni?" Tanya Damia dalam nada protes.

Afhnan telan liur. Sisi baru isterinya dilihat hari ini. Hari kelima menjadi suami Damia Irish. Ingatkan bininya naif sangat. Tapi naif ke kalau pandai pakai seluar paras paha. Mujurlah isterinya pakai baju T yang gedabak besarnya. Paha yang putih gebu.Kalau dapat dibuat alas kepala pun Afhnan sudah mahu lena. bukan sehari tapi seminggu!.

" Abang! Hello..." Bila Afhnan seolah hanyut Damia melambai - lambaikan tangannya dihadapan suaminya.

Afhnan kedipkan mata beberapa kali. Tidak mahu tunjuk sangat dia tergoda. Kalau boleh dia mahu Damia yang mengodanya. Barulah terasa diri dihargai oleh isteri.

" Abang boring la... " Jawab Afhnan dalam nada romantik. Tubunya sengaja disandarkan pada bingkai pintu bilik.

" Then.. " Damia mohon pencerahan.

" Borak - borak jom. " Jawab Afhnan dan belum sempat Damia balas ajakannya. Dia sudah mencelah memasuki bilik yang menempatkan isterinya lalu mengambil tempat di atas katil bersaiz King itu. Bersila.

Damia sudah masam mukanya.Tak puas hati. Almari yang menempatkan pakaiannya dituju lalu kain sarung dicapai lantas dipakai. Tak betah berseksi meksi di depan lelaki. Malu pun ada!. Tapi suaminya pula selamba sahaja buat muka toya. Selalu tengok dah kut? Entahlah..no komen.

Afhnan hanya tayang senyum. Malu jugak rupanya. Ingat bila dia dah judge aku gay dah tak ada rasa malu nak tayang body.Kalau tak aku boleh cuci mata free.

" Nak borak apa bang ? . " Punggung dilabuhkan dikepala katil . Ambil jarak dengan suaminya biar jauh sikit. Cepat tanya cepat sikit suaminya keluar. ha ha

" Entah " Selamba sahaja Afhnan jawab. Tubuh dibaringkan di atas katil. Main - main. Boring pula duduk dalam rumah besar. Tapi tak kan la nak ajak Irishnya tinggal sekali dengan sahabatnya yang lain. Haru!

" Entah?! " Damia sudah panas.

" Ok ...tak. Abang nak discuss pasal trip kita ke London esok.Akhirnya Afhnan memberitahu.Bukan dia takut dengan jelingan tajam si isteri cumanya dia sudah letih. Jam sudah menunjukkan pukul 2. Entah apalah yang dibuat Damia sehingga jam ini pun belum tidur lagi.

" Pukul berapa flight esok? " Tanya Damia. Senang dia nak pack barang. Rindu pulak dekat Afrina dan Afliq. Sepupunya merangkap adik iparnya.

" Kita punya tiket pukul 10 pagi." Beritahu Afhnan. Damia mengangguk.

" Tak sabarnya. " Damia sudah senyum.Afrina adalah sepupunya yang berkongsi tahun lahir dengannya. Afliq
pula 4 tahun kebelakang dari tahun lahirnya.

" Tak sabar nak pergi honeymoon dengan abang ke? " Giat Aghnan.

" Perasan. " Damia jeling tajam.

" Amboi jeling terus ya. Abang ni suami awak tau. Hari tu Irish jugak yang paksa abang kahwin dengan Irish. " Komen Afhnan. Sengaja dia membangkitkan isu paksa tapi mahu.

" Habis Abang nak kahwin dengan siapa? Kawan sekapal abang tu ke?! " Damia Panas.

" Eh! Why not kalau dia boleh bahagiakan Abang. Boleh sayangkan Abang. Tak macam Irish ni." Provok Afhnan.

" Tak takut masuk neraka ke? Nabi tak mengaku umat! "

" Irish tak takut jugak ke ?"

" Takut apa?!. Mia tak buat salah. Mia bukan lesbian!"

" Tak layan suami pun salah Irish. "

Damia mati kata. Bab ni dia tahu dia salah. Afhnan hanya memusatkan pandangan pada isterinya.

" Be ready for tomorrow morning. " Bila Damia sepi , Afhnan melangkah keluar. Kekerasan bukan cara untuk melenturkan Irishnya. Dia akan didik Irishnya dengan penuh kasih sayang.

Damia berfikir panjang. Sungguh dia mati kutu. Antara tanggungjawab dengan kehendak diri tapi apa yang dia tahu dia tidak bersedia lagi untuk kearah itu. Memberikan hak suami selayaknya...

* Im sory dear....Takda Idea dah...jumpa di bab akan datang...
Assalamualaikum...............

Afhnan💕DamiaWhere stories live. Discover now