Bab 37

4.5K 88 0
                                    

Apa??
Agak2 ada tak yg syg saya...hihi..opcos ada kan...Allah syg sy , keluarga sy syg sy , kawan saya pun syg saya...dan pastinya ramai jugak yg syg awak
********************************

" Abang... " Kejut Damia perlahan. Air mata dikesat perlahan. Kakinya sakit. Berdenyut - denyut.

" Abanggg...." Panggil Damia lagi.
" Hmmmm..." Balas Afhnan dan matanya dibuka sedikit. Mengantuk! Gara - gara melayan celoteh si adik dia tidur lewat dan sekarang rasanya tak sampai sejam dia terlena , namanya diseru kembali. Mendayu pula tu.

" Sakit..." Kata Damia dengan suara yang tersekat - sekat.

Mata Afhnan terbuka luas. " Sakit kaki ke? "

Damia angguk. Hingus dikesat.

" Abang ajak pergi klinik tadi tak nak...Kan dah sakit! " Kerana mengantuk Afhnan tersilap meninggikan suaranya.

Makin menjadi tangisan Damia. Ahh!! suaminya bukan mahu pujuk tapi dimarahinya pula. Bukan dia minta pun kakinya sakit.

Afhnan raup mukanya. " Sorry sayang..Dah jom kita pergi klinik.." Afhnan bangkit dari tidurnya. Baju T disarung kembali ke tubuh. Kunci kereta di sisi katil dicapai dan dimasukkan ke dalam poket.

" Dah jom! " Kata Afhnan dan tidak menunggu balasan daripada Damia terus tubuh itu dicempung. Damia hanya menbiarkan. Mahu kata apa? Tadi selepas berborak dengan Afrina pun dia dicempung jugak. Mahu panjat tangga? Setahun alamatnya baru sampai ke tingkat atas. Ok dia tipu! Dua tahun!!

Selepas pintu kereta dibuka dengan susah payahnya , Damia didudukkan disebelah seat penumpang sebelum dia turut berlari ke kerusi pemandu.

Enjin dihidupkan.

" Abang... "

Afhnan berpaling kepada isterinya. Bertanya tanya suara.

" Mia tak pakai tudung lagi..."

Afhnan tepuk dahi. Lupa mahu sambar tudung isterinya tadi.

" Lupa! " Dan dia berlari ke dalam rumah kembali.

Masuk sahaja ke dalam bilik matanya meliar dan apabila menjumpai apa yan dicari dia terus sambar.

Tok! Tok! Tok!

" Rina!!! " Laung Afhnan bila dia melalui bilik adiknya.

Tak menunggu lama pintu terbuka. " Ada apa long?"

" Along nak bawak kak long pergi klinik ni.." Beritahu Afhnan.

" Nak suruh Rina pergi jugak ke? "

Afhnan geleng. " No need! Jaga rumah and yourself too..."

Selepas Afrina mengangguk terus dia kembali ke kereta.

'' Abang jumpa yang ni je dalam bilik kita..." Kata Afhnan sambil menghulurkan tudung yang disambarnya tadi.

Damia ambil dan sahut ke kepala. Dalam banyak - banyak tudung boleh pulak suami dia sambar yang ni. Sudahlah singat sampai paras dada! Tudung pakai dalam rumah kut.

" Tudung ni kecik lah abang..."

Afhnan jeling isterinya yang berada di kerusi sebelah. Nak patah balik rasa macam buang masa. Dia pun tak rela kalau aurat isterinya dipertonton sedangkan dia pun tak tengok lagi. Kalau dia dah tengok pun dia takkan bagi orang lain tengok. Harta dia tu!!

" Abang rasa coat abang ada dekat kerusi belakang " Afhnan suarakan solusi yang dia rasa paling terbaik.

Damia angguk. Mahu kata apa lagi. Kalaulah kaki dia tak buat hal.

Afhnan💕DamiaWhere stories live. Discover now