Bab 21

4.2K 105 0
                                    

Cukuplah ada Allah dan dia ada untukku........
#Alhamdulillah..........

Usai sahaja makan malam 4 orang manusia bersantai di ruang tamu. Afhnan hanya menggeleng melihat tingkah Damia. Isterinya lebih memilih untuk berada di celah - celah nenek dan opah berbanding berada disisinya. Nasib badan.Isteri sendiri anti dengan dirinya!!

" Nenek nanti datang lagi ya dengan opah..." Mendayu - dayu suara Damia.

" Hm...Aff nanti bawak - bawaklah Mia balik rumah kami. Jangan reti ambil je tapi tak tahu hantar..." Nenek pandang Afhnan.

" In sha Allah nek..Aff tak lupa rumah asal Irish Aff ni..Hmm Aff ada benda nak discuss ni.." Kata Afhnan sambil pandang 3 wanita disisinya.

" Apa dia?" Soal Opah. Dari reaksinya memang kelihatan tidak sabar.

" Begini nek , opah..Aff ingat nak daftarkan Irish ke universiti..Apa pendapat nenek dengan opah". Ujar Afhnan. Damia yang seakan terkejut dipandang sekilas.

" Kami ikut je mana yang Aff rasa baik.Lagipun kami dah tak punya apa - apa hak keatas Damia.." Bicara opah. Memberi persetujuan dalam bahasa tersirat. Nenek hanya mengangguk.Mengiakan kata - kata opah.

" Jangan cakap macam tu opah..Afhnan memang suami Irish..tapi Afhnan tak pernah punya niat nak rampas kasih sayang yang terjalin kalian..dan kalau nenek dengan opah mahu , pintu rumah ni sentiasa terbuka.Nenek dengan opah boleh duduk je dekat sini sampai bila - bila.

" Tak apa lah Aff...kami sayang nak tinggal rumah arwah tu..banyak sangat kenangan kat situ.Nanti kami rindu kami ziarah kalian...Baliklah jugak rumah tu kerap - kerap sikit..Baru kami tak sunyi.." Opah menolak niat baik cucunya.

" Betul tu Aff , Mia....Selalu - selalulah balik rumah tu..Kami nak datang sini selalu pun bukan larat sangat.." Sambung nenek pula.

" In sha Allah..." Balas Afhnan dan Damia serentak.

" Pasal Damia nak sambung belajar tu..Kamu nak daftar dia belajar kat mana? Kalau boleh janganlah sampai ke luar negara..Sabah serawak pun tak payah jugak..susah - susah sangat masuk je kolej swasta. Bukan kamu tak mampu.Lagipun syarikat ada peruntukkan untuk Mia sambung belajar.." Panjang lebar nenek memberi cadangan.

" Ish tak sanggup nek nak biar budak ni belajar jauh - jauh..Sakit rindu saya nanti.Kan tak pasal tak ada orang yang nak handle syarikat..sebab Aff follow Irish belajar. Sambung balik phD Aff yang tak terlaksana tu..Aff tak bincang lagi nek , opah pasal nak belajar dekat mana..." Kata Afhnan sambil sengih.

" Jangan bimbanglah nek , opah...Mia pun tak nak belajar jauh - jauh. Nanti kalau belajar jauh - jauh Mia rindu pelukan nenek dengan opah ". Tingkah Damia.

" Selalu je nak buat abang cemburu ya.." Afhnan sudah lari topik.

" Kenapa Aff , ada orang usha isteri kamu ke? " Tanya opah.

" Hmm.... Ada nek.Dua orang pulak tu " Jawab Afhnan selamba.

Damia sudah melopong. ' Aik! Bila masa pulak aku ada admire ni'. Getus hati kecil Damia.

" Siapa??" Tiga suara serentak bertanya. Seolah berjanji.

Afhnan sudah sengih!

" Apasal sengih pulak ni? " Soal nenek. Cucunya ini memang macam - macam.

" Orang tu reti rindu nenek dengan opah je..Aff ni nak simpan mana? " Jawab Afhnan.

Dan ketawa pecah lagi..yang pasti suara Damia tiada dalam tawa itu.

' Suka sangat buat lawak bodoh! ' Itu yang otak Damia tafsir tentang ayat yang keluar dari bibir suaminya!

" Ish! Budak ni..." Kata opah..

" Untunglah Mia...suami tak boleh berenggang. Mujurlah dia yang jadi chairman kat syarikat tu , kalau tak nenek tolong pecat. Ambil cuti sebulan sebab kahwin" Sambung nenek lagi. Opah senyum panjang.

"Alah nek..Kalau budak Adam tu tak ada , Aff tak ambil cuti panjang pun.Saja je nak rest lama sikit.Lagipun sejak Aff handle syarikat tu mana pernah Aff ambil cuti panjang.Ni first time tau sebab nak bawak bunga sorang ni masuk taman baru". Balas Afhnan. Syukur dalam hati dipanjat setinggi langit dia dikurniakan sahabat susah senang seperti Adam.

Dengar nama Adam terus Damia hilang mood..Bakal madunya itu sangatlah menyampahkan hati. Dia baru pasang niat nak ubah suaminya tapi Adam pula datang tunjuk muka.Terus jatuh merundum semangat dia.

Macam wanita semua dah pupus atas muka bumi ni! Dia tengok Adam tadi bukan tak ada rupa. Tapi...Ahh dunia memang sedang diambang akhir zaman. Kita sudah mahu kembali ke dunia jahiliah. Damia menggeleng perlahan.

" Nenek masuk tidur dululah. Mengantuk..." Bicara nenek dan wanita itu terus berlalu diikuti dengan opah kemudiannya.Orang tua. Mana gemar tidur lewat.

" Irish..." Lembut Afhnan memanggil

" Hmm.." mata diangkat memandang Abang Affnya..

" Ni untuk Irish.." Kata Afhnan sambil menghulurkan sampul surat putih kepada isterinya.

"Apa ni bang?" Tanya Irish pada masa yang sama tangannya lincah membuka sampul yang diberikan oleh abang Affnya.

" Tengoklah sendiri.." Balas Afhnan. Mata dikalih pada televisyen.

"Ahhhh!!!" Damia terjerit riang bila isi sampul dibuka. Tidak disangka yang suaminya serius mengizinkan dia sambung belajar. Tanpa sempat akal mengawal tindakan bibirnya di daratkan di pipi suaminya.

Gembira punya isu , Damia sudah hilang malu. Sungguh! bukan sehari dua dia pendamkan hasrat hati untuk menjejakkan kaki ke menara gading.

Afhnan yang terkejut dengan tindakan Damia kelu.Terkedu. Tak tahu hendak beriaksi bagaimana! Allah sudah memakbulkan impiannya kah? Dicium Irish kesayangan.

" Er hmm er..." Bila tersedar dari perbuatan lepasnya tadi Damia mula menjauh.

'Apa aku buat tadi?' Soal hati Damia. Bibirnya ditepuk perlahan. ' Ahhh!! malu!!' Dan sekelip mata kakinya dibawa ke bilik. Malu mahu melihat suaminya. Sudahlah suaminya itu lain dari yang lain!

Afhnan masih kaku ditempatnya. Tidak disangka dia akan mendapat habuan sebesar ini bila membenarkan Irishnya sambung belajar.Pipi bekas ciuman Damia diusap perlahan.Masih terasa kehangatan bibir merah itu dipipinya tadi.

Sasau? Angau?

Katalah apapun Afhnan tidak kisah. Yang pastinya jawapannya adalah ya!

Bukan sehari dia dambakan Damia dalam hidupnya. Sejak mengenal apa itu cinta dan rindu. Sejak dia pandai menyintai dan merindu hanya Damia yang hatinya pandai sebut.

Dan tadi dirasakan seolah dadanya mahu pecah!

Sumpah! Kalau inilah apa yang dia akan rasa bila Damia cium dia sungguh dia kena kentalkan jiwa! Takut - takut dia masuk IJN angkara isteri tercinta!

"Irishku sayang.." Luah Afhnan perlahan..

#sory for the waiting walaupun sy tahu tak ada yang waiting pun crita sy ni...
#sedar diri......
//////

Afhnan💕DamiaWhere stories live. Discover now