Bab 50

4.1K 66 10
                                    

So here the way...you love me
, i love you..its equal to happiness...easy formula

😊😊😊😊😊😀😁😁😀😊😊😊😊

" Seronok tak jalan - jalan dengan saya petang ni? " Tanya Syameer bila dia hantar Damia balik lewat petang ini.

Damia angguk. " Mestilah seronok. Boleh jalan dan makan free kut.." Jawab Damia. Membalas dengan senyuman yang manis.

" Nanti kita jalan lagi eh? " Pelawa Syameer.

" Tengoklah macam mana dulu.." Balas Damia. Logiknya memang dia suka kalau boleh luangkan masa dengan jejaka di sebelahnya tapi entah kenapa dalam masa yang sama dia rasa lain. Sangat lain. Dirinya pula seolah ditarik kuat seperti magnet yang berlainan kutub apabila berada dekat dengan Syameer. Dengan Suami sendiri ? Entah. Dia tak tahu.

" Jumpa esok.." Pamit Syameer usai berbalas salam bila Damia turun dari kereta.

Damia angguk.

Seraya itu kereta yang dipandu syameer membelah dada aspal meninggalkan Damia yang masih lagi tercegat diluar pagar. Apabila bayang kereta Syameer hilang barulah dia menapak masuk ke dalam kawasan rumah.

------------------------------------------------------
" Siapa  hantar Irish tadi? " Tanya Afhnan. Dia tahu sangat Irishnya dengan siapa tadi , bukan dia buta tapi sengaja dia mahu guris hati sendiri melihat kecurangan isterinya. The one that he love the most more that himself.

" No one.." Balas Damia.

" Bukan tadi Syameer ke? " Afhnan cam sangat wajah lelaki yang hari tu dia jumpa di pondok bas.

" Dah tahu , tanya lagi.. " Balas Damia. Selamba tanpa riak.

" And who I am to you actually ? " Afhnan ketap gigi.

" No one.." Dan Damia buka langkah ke tingkat atas. Panas ! Dia rasa panas bila menghadap wajah suaminya. Rasa macam berjalan diatas bara api. Rasa macam diselam dalam air yang panas mendidih.

" Im not done yet Syarifah Damia Irish! " Laung Afhnan bila isterinya mula buka langkah.

Tapi Damia tak peduli malah langkahnya makin dilajukan mendaki anak tangga.

Melihat Damia yang makin mengecil lalu hilang dibalik pintu , Afhnan hempas kasar punggungnya di atas sofa.

What happen between them actually?

Dia buntu , dengan sikap Damia yang tak mahu bercakap dengannya macam dia yang salah sedangkan terang lagi nyata Isterinya curang secara depan - depan dengannya.

Mahu berkeras , dia rasa itu bukan cara yang tepat lagipun dia tahu Irishnya masih terlalu mentah. Umur mereka sahaja sudah berjarak hampir seabad. Tapi cinta tak kenal usia bukan? Dan Irish itu hadiah dari DIA yang Maha Memberi.

Biarlah dulu , nanti semua reda , dia akan talk heart to heart dengan Irishnya. Bak kata Adam tadi , be gentleman not gilaman dengan Wanita. Ah! Lelaki itu memang macam - macam dengan pepatah dan ayat romantisnya yang pelik - pelik! Macam mana  boleh ada tunang pun dia tak tahulah! Malah bukan calang - calang yang jadi tunang Adam. Doktor tu! Kalah dia dengan lelaki itu , sedangkan kalau banding dari segi rupa , rasanya dia meninggalkan Adam jauh dibelakang. Ceh! Kau Aff! Tadi cakap dekat Adam , sekarang kau pulak ya yang angkat bakul  sekali dengan buah - buah!

------------------------------------------------------

Sejarah berulang kembali. Hari ini pagi - pagi lagi Alexa sudah menunggunya di pejabat dan Afhnan panas punggung.

Apa lagi yang gadis itu mahu darinya.

" Sayang..."

Bahu Afhnan ditepuk Adam beberapa kali dan dia berbisik perlahan di telingan Afhnan.

Afhnan💕DamiaWhere stories live. Discover now