Bab 27

4.5K 104 2
                                    

First impression is not always the right things.....

" Abang... " Panggil Damia bila menemui orang yang dicari. Rupanya duk termenung di buaian.

Afhnan buat - buat pekak. Kalau ikut hati nak je dia cakap Damia hak mutlak dia dekat jantan yang dok mesej isterinya!

" Abang... " Panggil Damia lagi. Bahu Abang Aff nya dicuit dengan hujung jari telunjuk.

" Abang tak suka tau dia mengaku Irish hak dia! Dia ingat dia siapa? " Protes Afhnan. Wajah serius dihadiahkan kepada Damia.

" Mia tahu... "

" That why abang nak hebohkan dekat semua yang Irish ni abang punya " Suara Afhnan lagi membantutkan kata - kata Damia.

" And thanks sebab tak cakap dengan mamat tak sedar diri tu yang Mia ni dah kahwin.." Ucap Damia. Sengaja dia panggil Syemeer mamat tak sedar diri.

" Hmmm.... Jangan layan mamat saiko tu tau! "

Damia angguk. " Mia memang tak pernah layan dia pun. Dia je yang asyik kacau Mia... " Damia buka cerita.

" Tu lah!! Siapa suruh cantik sangat! " Puji Afhnan. pipi Damia dicubit lembut.

" Berlambak lagi orang cantik pada Mia ni.. " Balas Damia. Pipi bekas cubitan suaminya digosok. Sakit!

" Tapi pada abang , you are the most beautifull girl in the world..Sampai bidadari pun cemburu....." Romantik sekali suara Afhnan yang berpuput lembut di telingan Damia.

Damia mencebik! Lelaki adalah kembar kepada ayat puitis romantis. Apa ada hal! Kadang - kadang A. Samad Said pun boleh tewas dengan lelaki. Lagi - lagi kalau sudah di cop si hidung belang.

" Mata cantik ni , hidung kecil ni , bibir seksi ni , pipi gebu ni , lesung batu ni semua abang punya tau.." Kata Afhnan sambil jemarinya merayap pada mata , hidung , bibir , pipi Damia. Rasa mahu gigit - gigit je!

Damia sepi. Mahu angguk rasa tak patut pun ada. Huhu..Mukanya dialihkan dari disentuh Afhnan.

" Abang , Mia janji nak pergi beli buku dengan Shereen esok.." Beritahu Damia. Dalam masa yang sama cuba mengalih perhatian suaminya.

" Tak ada kelas ke ? " Tanya Afhnan. Esok bukan hari minggu dan bila Irish mahu ke kedai buku , dia pelik

" Ada.. Tapi kelas sampai tengah hari je.."

" oh..ok! Jangan lupa bagitahu abang kalau ada orang kacau. "

Damia angguk. Nak bagitahu atau tidak itu bukan persoalannya tapi mengangguk adalah syarat wajib agar isu yang panas boleh jadi dingin dan menyamankan!

" Nak abang hantar ke? " Tanya Afhnan perihatin.

" Eh! Tak payahlah.." Damia siap gelebg kepala. Takkan nak suruh Abang Aff ambil half day sebab dia kut! Sanagtlah mengada dan tak masuk akal!

" Shereen drive ke ? " Tanya Afhnan lagi.

Damia geleng. Shereen adalah manusia yang setaraf dengannya. Tidak reti bawak kereta!!

" Habis tu? "

" Alah abang ni , teksi kan berlambak. Bas ada..Jangan risaulah! "

" Hmm...Tapi kalau nak suruh abang hantar just give me a call.. " Cadang Afhnan.

Damia angguk lagi.

Sssssssssssssssssssssssssssssssssss

" Jadi tak? "

" Opcos! "

" Set! "

Bila prof. Salim keluar dari kelas terus Damia dan Shereen menapak keluar. Lambat - lambat nanti tak pasal sudah tiada yang mahu menghantar mereka ke kedai buku.

Afhnan💕DamiaWhere stories live. Discover now