Bab 26

4.9K 104 8
                                    

Bak kata hero aku....
" kalau nak adil mintak dengan Allah...manusia takkan sempurna sifat adilnya...."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

" sampai hati tak balas mesej abang.." Afhnan buat muka simpati.

Damia still buat donno.

" Malam Irish cium abang hari tu abang tak marahpun..." Afhnan buka sejarah yang memalukan. Damia gigit bibir. Ish! Ada ke patut.

" Sayanggggg.... "

" Ish abang ni...Banyak cakap pulak petang ni " Damia akhirnya buka mulut. Bimbang suaminya melebih - lebih pulak.

" Habis tu Irish senyap sangat.. Marah lagi ke? "

" Tak! " Balas Damia.

" Suara macam marah je? " Serkap Afhnan.

" Orang marah sungguh kan.." Damia ugut Afhnan.

" Orait...Kita lupakan hal semalam..Macam mana dengan soalan fizik semalam? " Tanya Afhnan berniat mahu memanjangkan perbualan.

" Ok... " Balas.Damia sepatah.

" Ok je? " Afhnan tak puas hati. Panjang lebar dia tanya dan dia tidak harapkan jawapan yang pendek.

" Then ? Abang expert jawapan macam mana? " Damia bertanya pula.

" Siapa betul? Abang ke your lect ? "

" Kita... " Jawab Damia. Betul apa. Mereka kan dapat jawapan sama!

" Kita....hmm sound good.. " Balas Afhnan sambil sengih. Ni nak makan kat luar ke macam mana? " Tanya Afhnan.

" Mia masaklah...kalau tak masak nanti membazir je barang yang kita beli hari tu.. " Damia buat keputusan.

" Tak sabar nak makan masakan Irish.. " Afhnan sengih lebar. Sesekali matanya singgah pada wajah isteri di sisi. Ayu je Irish kesayangannya dengan baju kurung kain cotton. Cuma muka je tidak ayu sebab muka si bidadari hati masam kalah asam keping...

Kereta membelot masuk ke perkarangan rumah.

" Here we are... " Kata Afhnan dan pintu kereta dibuka. Sudah sampai takkan nak duduk dalam kereta lagi. Betul tak?

Ceria semacam Abang Aff nya sekarang ini. Damia pun pelik tapi nak tegur kan takut tidak kena. Takkan orang ceria pun salah. Biarlah selagi boleh senyum.

" Jangan lupa masak ya... " Kata Afhnan. Hidung mancung Damia sempat dicuit sebelum dia berlalu ke tingkat atas walau si isteri menepis laju.

" Hisy!.Suka sangat main hidung orang! " Damia gosok kasar hidungnya.

' Sementara tunggu Abang Aff mandi baik aku masak...' Desis Damia. Kaki dibawa ke dapur. Peti sejuk dibuka. Masuk dapur takkan nak buka peti emas kan?!

-Ikan siakap
- ayam
- Daging
- lobak merah
-kubis
- kailan

Ok set..menu malam ini ialah
Ikan siakap tiga rasa dan sayur campur!

Papan pengiris dan pisau dicapai.

Jom perang!!

Ikan dibasuh rapi dan disejat. Bahan - bahan sudah siap dikisar.Lobak merah dipotobg dadu.

Kuali pula dicapai. Sedikit minyak dituang dan bila minyak panas terus bahan yang dikisar dimasukkan ke dalam kuali. Semerbak bau menusuk hidung. Wangi.

Tak tunggu lama ikan siakap digoreng. Baju kurung sudah disinsing ke paras siku.

Lobak merah yang dipotong dadu dimasukkan pula ke dalam bahan kisaran yang telah mengelegak . Ikan diangkat bila dilihat sudah masak dan diletakkan di atas pinggang lantas diletakkan di tepi.
Garam dan gula dimasukkan secukup rasa.

Afhnan💕DamiaWhere stories live. Discover now