Bab 4

5.3K 201 9
                                    

"Where's the picture?" Masuk sahaja dalam bilik yang serba indah Afhnan terus menerpa si isteri yang ralit dalam menungan. Bimbang jika gambar tak terduganya tersebar.

"Opocot!!" Terkejut biawak Damia.

"Amboi masuk bilik terus tanya pasal gambar tak senonoh eh?" Sambil sengih Damia bangkit dari katil dan menghampiri almari pakaiannya. Janji harus ditepati.
Afhnan hanya memerhati. 'Dan dan eh dia senyum sinis dekat aku.' Desis hati Afhnan.

"Nah!" Dihulur sampul surat yang berisi gambar-gambar panas si suami.

"Good girl..." Usai mengapai sampul yang dihulur Afhnan sengih.Selamat hidup aku. Afhnan sengih.

"Saya ada something nak cakap dengan abang ni" Kata Damia sambil menguis - nguis kakinya yang tenggelam dalam karpet.

" Hmm..apa dia?" Jawab tengku Afhnan.Langkahnya dibawa ke sisi katil.Letih! Dari pagi sampai ke sekarang mereka berdiri dan pamer senyum untuk menjayakan aktiviti yang menjamin keuntungan bersama.Syukur juga mereka diberi rehat selama sejam untuk ke hotel berdekatan bagi majlis resepsi.

"Saya nak mintak status saya sebagai isteri tak dibahas".

"Maksud Irish" Afhnan garu kepala.

"Abang tak boleh mintak hak abang sebagai suami walau saya tahu abang tak minat dekat perempuan tapi langkah keselamatan saya harus dijaga lagipun saya masih muda belia" Damia memberikan syarat utama.

"Siapa cakap abang tak minat dekat perempuan?" Afhnan menyampuk. Wajahnya dipalingkan menghadap gadis sunti yang baru beberapa jam menjadi isterinya.

"Abangkan gay!" Tanpa perasaan bersalah Damia menjawab.

DUSH!!

"Siapa cakap?" Afhnan meningkah.

"Tu bukti depan mata." Damia menjuihkan bibir.

"Kalau Abang biseksual macam mana?" Afhnan Sengaja memberi kenyataan baru sambil kenyitkan mata kanannya.

"Hah?!!" Banyak sungguh kejutan yang abang sepupunya bongkarkan. Sungguh Damia tidak menyangka disebalik wajah yang tampan kacukan melayu arab ini terselit begitu banyak hal yang menyalahi hukum yang dilakukan oleh abang sepupunya.

"Apa hah! hah!" Tengku Afhnan menyergah! Sengaja! Nak tergelak melihat reaksi si dara tapi ditahan kejap. The game is on!

"Biseksual? Saya silap dengar ke?" Damia bertanya takut - takut.

"Yeap!! And abang pun suka dekat Irish abang ni. Wanna come in my hug?" Kata Afhnan sambil mendepangkan kedua tangannya. Lirikan manja dihadiahkan buat si isteri.

"No! Never!" Kuat Damia menjerit dan hasil daripada jeritan itu ialah bunyi ketukan dari luar sambil memanggil namanya.Nenek!!

" Kenapa nek?" Afhnan yang bertanya. Kakinya mara ke pintu dan dibuka.

"Nenek dengar Damia jerit tadi. Ada apa?" Afhnan hanya sengih. Tak tahu nak jawab apa.

" Lipas lalu nek." Damia memberi alasan. Dia geli sungguh dengan binatang busuk itu.Geli ok bukan takut!

"Oh! nenek ingat apalah tadi.Dah siap cepat , lagi 30 minit kita nak gerak ke hotel". Arahan mandatori!

"Ye nek.." Damia lempar sengih.Pintu kamar ditutup kembali sambil tersengih.

"Ohh..." Panjang bunyi ohh yang disebut Tengku Afhnan. Tubuh sengaja disandarkan pada pintu.

"Apa yang ohh?" Damia pelik dan terus bertanya.

"Ada orang takut lipas!" Jawapan yang mengundang cemberut di muka si bunga.

"Bukan takut lah! Ish!" Damia menafikan.Memang betul pun kan! Dia tak takut lipas. Dia geli je.

"Habis tu apa? Afraid? scare?" Provok Afhnan. Isu lipas memadamkan apa yang mereka bicarakan awal tadi.

"Orang geli je.." Manja kedengaran bunyi jawapan yang keluar dari mulut si isteri.

Gadisku malumu terlalu manis.





Afhnan💕DamiaWhere stories live. Discover now