Bab 8

5.7K 158 0
                                    

Esoknya........

Damia dan Afhnan sudah berada di dalam kereta. Hari ini mereka akan pulang ke rumah neneknya yang hanya memakan masa 30 minit perjalanan dari hotel tempat mereka menginap.

"Irish nak singgah beli apa - apa tak?" Semasa melalui gerai buahan dan keropok Afhnan bertanya. Manalah tahu kalau-kalau Irish nak beli buah tangan kat nenek.

"Boleh jugak.Boleh makan dengan nenek japgi" Damia senyum manis.Mendengar jawapan yang positif dari si isteri terus Afhnan mencari petak parkir.

Mereka beriringan masuk ke sebuah gerai buah yang agak menarik perhatian mereka. Afhnan hanya mengekor dari belakang. Mana dia dapat peluang nak berpimpin tangan dengan Irishnya. Out of the blue moon lah kalau dapat peluang keemasan gitu.

"Pengantin baru ka?" Ramah betul jurujual bertanya dengan loghat kedahnya bila Damia dan Afhnan memasuki gerainya.Hal yang sudah tidak pelik mana.Sekarang ini zaman orang kahwin muda dan adab berniaga kenalah peramah dengan pelanggan.Kalau masam mencuka siapa nak beli. Lagi-lagi dengan persaingan yang berlaku sekarang ini.

Damia hanya mengangguk dan pamer senyum yang tak ikhlas mana. 'Ish camana la akak ni tahu aku pengantin baru.Ke ada cop atas dahi aku.' Dahinya digosok perlahan. Mana taknya orang tak perasan.Inai dijari adalah bukti. Lagi - lagi dengan Afhnan yang asyik mengekor dari belakang dengan senyuman manis. Bangga mungkin bila dapat memperisterikan buah hati pengarang jantung walau dengan pelbagai ugutan dan syarat!

Usai membeli sesikat pisang, buah epal dan lima biji limau Afhnan menghulurkan not rm50 kepada jurujual tadi.

"Selamat pengantin baru" Semasa menghulurkan baki jurual tadi berkata sambil tersenyum. Afhnan dan Damia senyum sambil mengucapkan terima kasih. Pastinya senyuman Afhnan lebih lebar.

Selepas memandu lebih kurang 20 minit mereka akhirnya sampai ke rumah Hajah Alimin dan Hajah mariam. Selepas kematian atuk , Hajah Alimin mengajak Hajah mariam untuk tinggal bersama.

"Nenek!!!!!!" Tempik Damia bila dia keluar sahaja dari perut kereta. Afhnan sudah menggelengkan kepala.Terimbau kembali kejadian petang kelmarin bila dia hilang pertimbangan dan mula mengucup leher isteri dan Irishnya bertempik memanggil nenek .Suka sangat jadi tarzan!

Belum sempat Damia menjadi tarzan buat kali kedua kedua wajah tua menyapa mata sambil mengurut dada. "Ya Allah budak ni! Tak habis lagi dengan perangai budak-budak dia.Asyik bertempik je kerja dia!" Rungut Hajah Alimin.

"Mia memang budak-budak lagi la nek.." Jawab Damia selamba. Kedua neneknya dipeluk erat.Rindu! Baru semalaman mereka tidak berjumpa Damia sudah rindu.

"Manjanya cucu nenek ni." Hajah Mariam berkata apabila Damia sudah melepaskan pelukan.

"Assalamualaikum nek" Afhnan memberi salam dan mencium tangan kedua neneknya. Salam dijawab dan mereka berempat beriringan masuk kedalam rumah. Plastik buah sudah beralih tangan.

----------------------------------------------
Ketiga wanita itu berada di dapur.Memasak untuk tengah hari tentunya. Afhnan entah kemana. Usai berborak dengan Hajah Mariam dan Hajah Alimin dia meminta diri untuk ke pekan.Jumpa kawan katanya.

"Mia macam mana lepas bergelar isteri ni" Tiba-tiba Hajah Mariam bertanya soalan yang Damia sendiri tidak tahu apa jawapannya. "Macam tu jela nek" Jawab Damia sambil tangan ligat menghiris bawang besar.

"Bahagia ke tak?" Hajah Alimin pula mengambil peluang bertanya.

"Tak" Jawab Damia selamba badak.Menyentakkan tangkai hati kedua wanita tua itu.Bermacam kejadian buruk menyapa fikiran.

"Kenapa? Aff pukul Mia ke?" Serentak soalan itu keluar dari mulut kedua nenek kesayangan Damia. Damia sengih ' Sayang jugak nenek kat aku eh hihi' Desis hati kecil Damia.Terharu!

Dia bangun dari kerusi dan mara ke arah kedua neneknya lantas dipeluk.

"Tak lah.Kalau Abang Aff buat macam tu kat Mia.Lama dah dia hilang gigi nek." Jawab Damia sambil membayangkan wajah Abang Aff yang rompong gigi depannya. Mesti kelakar!

"Habis tu?"

"Mia rindu nenek dengan opah laaa..Apasal suruh Mia tinggal kat hotel semalam." Ada nada rajuk disitu. 'Nasib Mia tak kena baham' Kata-kata itu hanya bergema dihati. Kedua pipi yang sudah berkedut dimamah usia itu dicium kasih.

"Amboi asyik nenek je kena peluk dengan bini aff.Bila masa peluang Aff pulak nak merasa pelukan isteri" . Tersentak ketiga wanita itu bila tiba-tiba suara Afhnan menyapa telinga.

'Bila masa tah dia ni balik. Ish! Menyibuk je!' Damia tidak puas hati.Kalau mamat ni tak menyibuk memang tak boleh ke?!.

"Amboi..semalam kan nenek bagi peluang dah. Tak puas lagi ke peluk bini." Hajah alimin menyoal dalam gurauan.

"Irish ni dengan nenek je manja nek.Kalau dengan Aff dia buat layan tak layan je nek." Seolah mengadu domba pulak.

"Yeke macam tu?" Hajah Mariam sudah menjeling Damia pelik. 'Budak ni tak 'layan' suami ke?' Kalau dia punya kepakaran pasti dia boleh tahu seorang gadia itu ada dara ataupun tiada namun dia tidak punya kelebihan itu. Jadi bertanya adalah jalan terbaik.

"Mana ada Opah.Abang Aff tu saje lah tu nak suruh opah marah kat Mia.." Sambil mencebik sedih Damia menafikan.

"Betul Aff?" Soalan sama berbalik pula kepada orang yang berbeza.

"Aff gurau jela opah.Mia layan aff perfect.Jangan bimbanglah.Kalau dia degil Aff jentik je dahi dia biar benjol. Kesian pulak dia lihat Damia yang tersekat-sekat mahu menjawab soalan opahnya.

"Baguslah...lega sikit hati nenek dan opah. Dalam rumah tangga ni.Jangan nak buat hal sendiri-sendiri pulak.Kalau boleh biar tak ada rahsia antara satu sama lain.Barulah rumah tangga tu aman.Kalau bergaduh pun jangan la gaduh lama- lama.Tak baik!" Hajah Alimin memberi nasihat.Keduanya hanya mengangguk.

#on my way to Cameron Highlands..Yeah!! still in malaysia but im happy.This is my sec trip to CH .....come and joint me..

Afhnan💕DamiaWhere stories live. Discover now