Bab 33

4.3K 94 0
                                    

Cantik dan kacak itu bukan jaminan ke syurga sebaliknya..
Amal dan ibadat yang utama!

" Bila nak bagi mama cucu ? " Ujar Tengku Salina sedang mereka berborak di ruang tamu. Ya! Mereka sekeluarga berada di rumah Afhnan. Cadangnya mahu bermalam di sini sebelum kembali ke rumah mertuanya.

" Uhuk!" Tersedak Damia bila dia diutarakan soalan killer . Yang parahnya dia sedang minum air gas! Perit tekak wei!

" Budak ni! Cuba minum elok - elok.." Kata Tengku Salina. Belakang menantunya digosok. Baru cakap pasal cucu dah tersedak!

Damia sengih. Tak tahu nak jawab apa. " Kalau ada rezeki , ada la tu mama.." Damia karang ayat cliche. Mama pula hanya sengih.

" Ha! Betul tu mama...Bagilah kami enjoy dulu.." Sokong Afhnan.

" Enjoy tu enjoylah..Tapi jangan lupa bagi mama cucu. Jangan ingat mama berhenti kerja saja - saja" Balas mama.

" Orait ma. Tunggu sembilan bulan dari sekarang , Along bagi mama twin. " Janji Afhnan sambil sengih lebar.

Damia mencebir. Twin konon. Mereka bukan ada keturunan kembar. Tapi bagi twin? Sembilan bulan? Damia telan liur.

" Mama pegang kata - kata along. Siaplah kalau mama tak dapat cucu!" Ugut mama.

" Jangan risaulah mama...Saya sihat walafiat , menantu mama pun tak ada masalah kesihatan..Mama nanti jangan merungut letih pulak sebab kena jaga cucu.." Sakat Afhnan.

" Mia kenapa senyap je? Ke tak sudi bagi mama cucu? " Soal mama bila Damia tidak menyampuk percakapannya dengan Afhnan.

" Eh! Tak adalah mama..Kalau Abang Aff kata ok , Mia ni 10x ganda akan kata ok.." Jawab Damia spontan.

Afhnan sengih. 10 kali ganda ya?

Mama senyum lebar. " Dah duduklah kamu dua ni mama nak masuk bilik. Papa pun dah pejam mata gamaknya.

Melihat  mama yang sudah angkat punggung Damia juga turut berbuat hal yang sama. Dia pun sudah mengantuk. Sudahlah esok kelas bermula jam 8.30 pagi lagi! Tak ada ke pesanan whatapps masuk dan dia dapat berita gembira seperti

Kelas delay

atau

Pagi esok tak ada kelas wei

Atau kalau nak lebih tragis

Esok semua kelas tak ada..

Tapi semuanya mustahil jika Prof. Harun yang garang tu nak tunda kelas. Kalau dia tunda kelas , Damia akan buat pulut kuning. Wajib tak ada sunat apalagi makruh!

Damia sengih dengan imaginasinya.

Afhnan hanya mengikut Damia dari  belakang sambil sengih. Dia ada agendanya yang tersendiri.

Bila Damia sudah masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dikunci. Damia yang sedang menyikat rambut lebatnya dihampiri. Rutin gadis itu yang sudah terhafal di minda.

" Jomlah sayang.."

Afhnan tarik lengan Damia ke katil.

" Nak pergi mana? " Damia yang masih blur bertanya. Malam - malam nak keluar lagi ke?

" Jalankan misi.." Jawab Afhnan.

" Misi apa malam - malam buta ni? Mia ngantuklah" Protes Damia.

" Misi bawak sayang masuk labour room

Atau

Misi dapatkan twin

Nak lebih bombastik

Afhnan💕DamiaWhere stories live. Discover now