Bab 35

4.8K 91 0
                                    

Ikan tanpa air umpama aku tiada kamu , kamu dan kamu!

********************************
Balik sahaja dari beli dan belah Damia masuk ke bilik. Badannya melekit. Dia perlu mandi.

Tuala dicapai dan disangkut pada bahu lalu dia masuk ke bilik air.

Selepas beberapa minit berlegar - legar di bawah. Afhnan panjat tangga ke tingkat atas.

Pintu ditolak perlahan. Pancuran air di bilik mandi menyapa telinga. Dia berbaring di atas katil. Memberulkan segala jenis urat. Penat jugak shopping sekali - sekala ni.

Damia keluar dari bilik air sambil menyanyi kecil. Rambutnya dikeringkan perlahan. Segarnya lepas mandi.

Afhnan yang mendengar sayup - sayup suara Damia yang menyanyi kecil membuka matanya. Dia telan liur bila matanya terpandangkan tubuh Damia yang hanya berbalut tuala yang menampakkan betis bunting padi isterinya yang putih nelepak. Dia telan liur yang mula berpasir.

" Ahhhh!!!! " Bila Damia mahu menapak ke katil dia terjerit kuat. Sungguh dia tak perasan ada manusia lain dalam bilik.

Afhnan yang terkejut dengan jeritan Damia bangun dari baringannya lantas menapak pantas menghampiri isterinya. Mulut Damia ditekup. Tak mahu mama dan papa syak yang bukan - bukan. Dapat dirasa tubuh Damia yang masih lembap menyapa lengannya yang terdedah. Terasa seolah ada arus elektrik yang menyapa.

Mata Afhnan mula meliar nakal. Hidungnya didekatkan pada rambut Damia yang berbau wangi. Aroma lemon semerbak menyapa hidung. Sungguh dia tergoda.

Damia kaku. Sudahlah dia berkemban sekarang ni. Berdekatan pula dengan Afhnan. Mana darah tidak turun ke kaki ? Tiba - tiba lehernya terasa hangat. Didadanya mula berombak kencang. Mahu bergerak lebih - lebih bimbang tuala terlondeh! Lagi haru - biru nanti.

Afhnan yang makin tenggelam dengan gelora rasa mula merapatkan bibirnya ke leher putih Damia. Meninggalkan love bite disitu.

" Abang..." Panggil Damia dalam gementar.

" Shh..."  Afhnan mendiamkan Damia. Bibirnya makin meliar. Dari leher mara ke pipi dan hidung Damia yang sudah dupusingkan menghadapnya. Isterinya sangatlah menawan dan comel!

" Abang ple.."

Mata Damia terbeliak luas bila bibirnya disambar Afhnan. Lama!

Bila bibirnya melepaskan bibir Damia. Dia tersenyum manis memandang Damia yang masih kaku.

" You are so sweet dear.." Kata Afhnan. Pipi Damia mahu dicium lagi namun

Prak!

" Along! O Along " Afrina jengahka kepalanya ke dalam bilik dan matanya turut sama terbuka luas.

" Ops sorry.." Selepas mengucapkan kata maaf pintu ditutup kembali.

Afhnan dan Damia sama - sama berpaling ke arah pintu yang  terbuka dan kembali tertutup.

Muka Damia usah dikata sudah  merah padam.

" Jom sambung agenda kita tadi.." Bisik Afhnan nakal.

Mata Damia kembali bulat. Apa??!

Tak tunggu lama Damia meloloskan diri dari Afhnan.

Bedak! , Deodorant! , perfume dan segala macam benda yang berada di atas meja solek dibaling kepada Afhnan yang gatal merenyam!

" Apa ni sayang?.. "  Afhnan cuba mengelak balingan Damia yang bertalu - talu.

" Abang gatal! Merenyam! " Marah Damia. Dalam pada marah itu tangan kanannya masih memegang tuala. Takut terlondeh.

Afhnan💕DamiaWhere stories live. Discover now