"Hilman.."panggilnya pelan lalu tangannya menyentuh bahu Hilman dengan perlahan
Merasa ada sentuhan lembut di bahunya,dengan laju tangan Hilman menghapuskan airmata yang baru sahaja mengalir keluar. Wajahnya berpaling kearah sang empunya suara.
"K-kau?" sedikit tidak menyangka yang ternyata ada di belakangnya saat ini adalah salah satu orang yang pernah memiliki kenangan bersama isteri tercintanya.
"Aku turut tumpang rasa sedih...Ak-aku.. Aku tak sangka Neya akan pergi seawal ni. Aku harap kau kuat. Walaupun aku tahu mudah untuk mengucapkan kalimat tu tapi aku harap kau jangan kalah dengan kesedihanmu ya." nasihatnya penuh ikhlas
"Kau..Kau tak faham apa aku rasa"Hilman seakan menepis nasihat yang diberikan oleh Firman. Ya Firman. Firman Uqasha yang merupakan salah satu lelaki yang pernah mengakibatkan luka dan trauma besar dalam hidup arwah Neya. Lelaki yang dulunya sempat memenuhi hati Neya dengan cinta namun berakhir mengecewakannya hingga membuatkan Neya menutup hati untuk masuk ke dalam hubungan rumit yang dinamakan alam percintaan.
Tapi itu lah risiko dunia percintaan. Ada yang membawa ke jenjang pelaminan dan ada yang hancur sebelum sempat diperjuangkan. Akibat mengikut hawa nafsu yang bermaharaja rela di dalam diri membuatkan Firman mengambil langkah yang salah hingga menyebabkan luka yang mendalam di hati Neya.
Betul lah apa orang kata,jangan bermain api jika tidak berani menanggung risikonya. Silap jiwa muda mereka terjerumus dalam lembah percintaan yang tidak didasarkan dengan ilmu dan agama. Akibatnya mereka kalah dalam pengawalan hawa nafsu yang bersarang di dalam dada.
Untung sahaja Neya dipertemukan dengan Hilman dan perkenalan mereka membuahkan sebuah perkahwinan yang indah. Siapa sangka tembok besar yang dibina dengan sengaja di dalam hati Neya berjaya diruntuhkan oleh Hilman. Berkat Hilman juga, Firman akhirnya mampu melepaskan Neya kepadanya. Firman sedar dia lah punca semua menjadi rumit. Disebabkan dia hubungan kakak dan adik hancur akibat rasa dengki. Disebabkan dia ada dua hati yang tersakiti. Penyesalan. Itu lah yang dirasakan Firman hingga ke saat ini. Andai dirinya mampu memutar kembali masa,dia tidak akan membuat andaian terlalu cepat sehingga mengabaikan Lia dan memilih Neya. Apakan daya, semua yang terjadi telah tersurat di dalam takdirnya. Kini dia hanya hidup atas sebuah rasa penyesalan terutama kepada Lia dan bakal anak mereka yang tidak sempat lahir ke dunia.
"Aku faham..Cukup faham Hilman. Aku juga kehilangan isteri dan anak aku. Aku bahkan tidak sempat membahagiakan mereka disaat mereka masih ada disisi aku Hil. Aku faham. "ucap Firman menahan sebak didadanya
Seketika Hilman terdiam seakan berfikir
"Aku tahu aku tak layak untuk bagi kau nasihat. Aku tahu aku punca Neya menderita selama bertahun-tahun. Tapi percayalah kau sudah berjaya jadi suami yang hebat buat Neya Hil. Kau orang yang mampu membuat Neya bahagia. Aku percaya Neya bahagia saat menjadi isteri mu."ucapan Firman seketika terhenti namun beberapa saat kemudian dia mengatakan sesuatu yang membuatkan Hilman tak dapat menahan rasa sedihnya.
"Kau berjaya selamatkan Neya dari masa kelamnya. Aku cuba buatkan dia bebas dan nyaman dengan aku tapi tak pernah berjaya. Selalu ada benteng antara kami hingga membuatkan aku setiap masa gelisah saat kami masih berhubungan dulu. Alasan terbesar aku..Aku hampir..Hemmm..Maaf kalau aku ungkit benda ni,tapi aku nak kau tahu betapa beruntungnya kau Hil. Alasan aku pernah hampir memusnahkan masa depan Neya adalah ketidakkepercayaan atas perasaan dia terhadap aku. Selama aku bersama dia, aku rasa aku hanya orang asing. Dia kaku dan aku sangat bodoh. Aku termakan hasutan orang sebab aku nak bagi makan ego aku Hil. Aku nak pembuktian bahawa Neya mencintai aku. Aku buta.Aku tak nampak yang dia sudah berusaha keras untuk membuka diri menerima aku sebagai kekasih. Aku tak pandang semua tu sebagai bukti dia mencintai aku Hil. Aku malah menuntut lebih, padahal sepatutnya aku bantu dia untuk cari tahu hal mengenai trauma yang dia hadapi bukannya menambahkan lagi. Maaf kalau aku pernah menyakiti Neya ya Hil."ucapnya penuh penyesalan
![](https://img.wattpad.com/cover/369863989-144-k597934.jpg)
YOU ARE READING
Hilman Aydan S3 (OG)
General FictionWajah kaku dan dingin milik seorang Hilman Aydan ternyata memiliki luka yang amat dalam..Seakan dirinya tidak peduli tapi antara semua dialah yang paling tersakiti dan sensitif..Perwatakannya yang kasar hanyalah bentuk tembok penghalang agar tiada s...