Bab 4 : live

17 4 1
                                    

"Kakak, apa ni ?"

Farah melepas nafas berat mendengar soalan itu. Sudah jangka soalan yang ingin disoal oleh bapanya kerana tular video dia dipeluk Qais.

"Abah. Sebelum abah marah, biar kakak jelaskan dulu. Semalam, ibu tiba-tiba datang farmasi serang kakak. Lelaki tu ada dekat situ masa ibu nak pukul kakak, itu yang dia cuba tolong tapi kakak tak sangka lah dia peluk kakak."

"Kakak, sekarang ni gambar kakak ni dah tersebar. Qais tu penulis terkenal, budak-budak sekarang semua kenal dia."

"Habis tu ? Apa yang kakak boleh buat sekarang ?"

"Abah tak kisah. Kakak kena buat sesuatu supaya berita ni tak tersebar."

Farah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Abah. Kakak tak dapat nak kawal media sosial ni."

Telefon Farah tiba-tiba berdering.

"Hello. Assalamualaikum Khai."

"Waalaikumussalam Farah. Kau dah tengok tiktok dah ?"

"Dah.."

Sudah malas menjawab soalan sama.

"Pasal live yang Si Qais tu nak buat, kau dah tengok caption dia ?"

"Live apa pula ?"

"Dia nak buat live permohonan maaf tapi aku rasa kau akan marah kalau tengok caption dia."

"Apa lagi yang dia buat ?"

Terus Farah membuka aplikasi tiktok di telefonnya.

Hantaran terakhir di sosial media Qais dengan caption yang betul-betul seakan menambah masalah.

Malam ni saya akan buat live untuk terangkan apa yang jadi. Saya akan bertanggungjawab atas kesalahan saya. Kalau menghalalkan dia boleh menyelesaikan masalah, saya sanggup.

"Apa benda yang dia merepek ni ?"

"Farah. Aku rasa kau kena tengok live dia malam ni. Kita dengar dulu apa dia nak cakap."

"Ye lah."

"Kalau abah kau marah. Ajak abah kau tengok sekali. Abah kau ada tak ?"

"Ada. Abah baru datang tanya aku."

"Mana abah ? Biar aku cakap dengan abah."

Farah menghidupkan pembesar suara untuk Khai berborak dengan abahnya.

"Assalamualaikum abah."

"Waalaikumussalam Khai."

"Abah jangan marah Farah. Semalam Khai teman Farah pergi farmasi kemas barang. Memang betul Cik Ina datang, Khai nampak dari dalam kereta. Salah Khai juga sebab biar Farah pergi sorang."

"Jadi, kamu tahu lah budak lelaki ni peluk Farah ?"

"Waktu tu, Khai turun. Khai masuk je farmasi nampak Si Farah ni tengah marah budak lelaki tu. Khai yakinlah Farah takkan buat benda-benda tak sopan tu. Tak apa abah. Malam ni Qais tu nak buat live, nak cerita apa sebenarnya yang jadi. Abah dengarlah."

Khairunnisa, kawan Farah sejak sekolah rendah lagi. Semua masalah rumah Farah seakan-akan sudah menjadi sebahagian masalahnya.

×××××××××××××××

"Qais. Papa nak kamu jujur dekat dalam live tu. Papa percaya kamu. Kalau sampai papa tahu Qais menipu papa, memang papa takkan maafkan Qais."

Qais mengangguk sambil mengemas biliknya sebelum memulakan siaran langsung di platfom tiktoknya.

TULISWhere stories live. Discover now