Bab 10 : anjing

11 4 0
                                    

"Anak-anak mama. Meh sini."

Mama memanggil Farah dan Qais yang sedang elok duduk di beranda. Mama duduk di sofa. Keduanya menghimpit mama.

"Mata kamu berdua dah sembab tu. Jangan menangis lagi boleh ? Mama tahu anak-anak mama kuat."

Mama memaut tubuh Farah dengan tangan kanannya dan memaut tubuh Qais dengan tangan kirinya. Keduanya bersandar di bahu mama.

"Mama dah minta tolong pakngah datang ubatkan abah. Kamu berdua kena kuat. Kita sama-sama doakan abah."

×××××××××××××××××

"Pakngah cuma tolong apa yang termampu. InSyaAllah Allah sembuhkan penyakit abah kamu. Doa banyak-banyak ye. Pakngah balik dulu. Assalamualaikum.."

Pakngah masuk ke dalam kereta, meninggalkan perkarangan rumah Farah.

"Terima kasih mama papa sebab banyak tolong Farah."

"Tak ada apa lah, Farah. Papa dengan mama harap kamu kuat tau."

Papa juga menguatkannya. Keberadaan mereka mengurangkan sedikit rasa pilu Farah.

"Jom masuk. Panaslah dekat luar ni. Malam ni papa dengan mama balik ke ?"

"Papa kena balik sebab ada kerja. Mama dengan Qais dekat sini."

Farah serba salah dibuatnya.

"Mama dengan Qais tak payahlah duduk hotel. Tidur je rumah. Ada bilik tetamu dekat atas. Nanti Farah siapkan untuk mama dengan Qais."

"Tak apa, Farah."

Mama menolak itu.

"Tak apa lah, ma. Mama dah banyak tolong Farah. Tak payah bazir duit book hotel. Stay je sini. Please."

Mama memandang papa seakan meminta izin.

"Iya lah. Mama dengan Qais stay sini."

"Terima kasih, mama. Mama dengan Qais bawa turunlah barang-barang dulu. Farah siapkan bilik sekejap."

Farah masuk melakukan apa yang patut.

××××××××××××××××××

"Tok ! Takkanlah benda senang macam ni pun tak boleh ?"

"Aku bukan tak boleh tolong tapi Umar tu jenis yang jaga solat, jaga Quran. Aku tak boleh lawan dia !"

"Kalau setakat kulit berkudis macam tu, baik aku je yang carik-carik kulit dia ! Bazir duit je bayar kau !"

Jerit Ina pada Tok Bomoh.

"Kau jangan nak marah aku ! Kau tu yang bodoh ! Dah tahu Umar tu jenis jaga solat, jaga Quran. Nak dilawannya buat apa ? Kamu tu yang patut berubah !"

"Eh, tok lupa ke tok tu siapa ? Tok pun sama je, sesat !"

"Aku tak kisah apa kau nak cakap dekat aku. Sekarang ni kau dah buat perjanjian dengan makhluk-makhluk kat belakang kau tu. Kalau kau langgar perjanjian kau, bukan Umar yang mati, kau yang mati."

"Baik aku suruh tok bomoh kampung seberang !"

________________________

"Alhamdulillah abah dah makin okay. Abah pesan supaya kakak fokus belajar. Jangan risau pasal abah."

Suara adiknya dihujung talian melegakan sedikit perasaan resahnya sepanjang dua hari di kolej.

"Okay adik. Terima kasih banyak-banyak tau sebab banyak tolong kakak."

"Tak ada apa lah kakak. Adik okay je. Kakak perasan tak adik ada masuk duit dekat kakak ?"

"Adik masuk duit ? Kenapa ?"

TULISWhere stories live. Discover now