Bab 59 : remuk

7 1 0
                                    

"Kau nak pergi mana ni ?"

"Rumah Tuan Zainal. Aku rasa Farah dekat sana."

Qais cuba memecahkan kekeliruan mereka semua.

Belum sempat bergerak, telefon bimbit Hawla berdering. FARAH.

"Hello !"

"Hawla... Tolonggg.."

Suara sayu Farah menambah kelajuan jantung Hawla, seiring juga air mata ditahan supaya tidak jatuh.

"Kau dekat mana kak ?"

"Office ummi. Ada bilik kedap bunyi. Tolongg...."

Ketaran suara Farah menambah laju kakinya menuju kereta. Qais juga membuntutinya, mengisi ruang tempat duduk sebelah pemandu.

××××××××××××××××

"Kak...."

"Sayanggg..."

Mereka mendekat pada Farah yang sudah separa sedar. Laju menanggalkan baju sejuknya menutup tubuh Farah kerana bajunya yang sudah carik.

Qais memeluknya lama.

"Sayanggg... Abang datanggg..."

"Angkatlah dia !"

Hawla sudah cemas, berpeluh-peluh melihat kakaknya yang langsumg tiada daya mencelikkan mata pun.

Tangan Farah menyentuh pipi Qais.

"Abang okay ?"

Qais mengangguk. Seiring itu air matanya juga mengombak di atas pipi.

"Abang minta maaf tau.."

Serba salah pula Hawla berada di situ.

"Eh, sudahlah. Kau larat tak nak angkat dia ? Kalau tidak aku panggil orang-orang ambulans tu masuk."

Qais mengangkat isterinya keluar dari kawasan yang sudah gelap itu.

××××××××××××××××××

"Mamaaa.. Cepatlah datanggg.."

Rayunya di hujung talian.

"Iya.. Mama datang.. Tunggu sekejap.."

Tidak sangka, ummi bersama dua orang polis muncul di hadapannya.

"Kenapa kau datang sini ?"

Qais mengetap geraham dengan mata berkaca.

"Ini permintaan sebelum kami bawa Dato' ke balai."

Hawla yang baru tiba dari memberi roti juga sudah mati langkah melihat itu.

"Hawlaaa... Qaisss... Ummi minta maaf.."

Ummi ingin mendekat pada Hawla namun ditolak kuat.

"Ehh, pergi mampus lah dengan kau punya maaf ! Daripada kita orang kecil, kau cuma hadap duit kau je ! Business kau yang konon-konon bagi kau kenyang tu je yang kau hadap !"

Hawla langsung tidak memikirkan kedudukannya sekarang, melepaskan tengkingan itu sekuat hati. Sehingga seorang pembantu perubatan mendekat.

"Cik, minta perlahankan suara ya. Ni hospital."

"Hawlaa.. Kakak macam mana ?"

Hawla menggenggam kuat penumbuk sendiri. Gerahamnya menolak atas bawah memandang ummi.

"Nasib baik kau yang lahirkan aku. Kalau bukan sebab tu, dah lama kau mati."

Hawla mendekat dengan Qais yang juga sudah terhuyung-hayang, sakit kepala.

TULISWhere stories live. Discover now