Bab 61 : kesan

3 1 0
                                    

"Ma. Kenapa lama sangat ?"

Qais kerisauan berada di ruang menunggu.

"Sabar. Kita doakan yang baik-baik. InSyaAllah tak ada apa-apa. Doktor nak tolong betulkan tulang belakang Farah je."

"Ma, tadi doktor tu dah bagitahu dah, operation ni 50/50. Ada possibility Farah lumpuh."

"Heyy, kita percaya Allah. Allah selalu baik. Jadi, sangka baik dengan Allah."

Kaki kanannya bergerak-bergerak menghentak lantai. Mengawal nafas yang mula sesak menunggu keputusan.

"Along, Qais. Kata Farah kena operate, betul ke ?"

Maksu jalan laju menuju mereka. Melihat Qais sedang tertunduk kerisauan, sudah faham yang Farah benar-benar sedang dibedah.

"Bukan ke hari ni pembukaan cawangan baru kau tu ?"

"Ye. Patutnya hari ni tapi kalau dah Dato' Fazreena tu pun kena tangkap, Hawla yang handle, Farah jadi macam ni. Memang tak jadi lah opening tu. Kita tunggu semua okay dulu. Qais, jangan asyik menangis je, doa tu lagi penting."

Sempat maksu menasihatinya.

"Tangan tu tak pergi check lagi ?"

Tanya maksu juga merisaukan Qais namun dia terus menyembunyikan tangannya.

"Nantilah maksu. Qais okay."

Maksu melepas nafas berat.

"Kau ni kalau rasa nak duduk sekali dengan Farah, ambil pisau cucuk diri sendiri. Kalau nak maksu tolong pun boleh."

Sempat maksu menyindirinya. Qais hanya senyap menunduk.

"Ni dah makan ke belum ?"

Maksu memandang tajam pada anak mata mama yang juga sedang memandangnya.

"Belum kan ? Korang ni nak jadi apa ? Tuhan suruh rajin ibadah, bukan pasrah macam tak ada harapan macam ni. Doakanlah Farah, jaga juga kesihatan sendiri. Semua orang sedih. Tak ada orang yang tak sedih tengok dia macam tu."

Walaupun mulut membebel, tidak sangka maksu mengeluarkan makanan dari beg nya.

"Ni ambil ni makan. Nasi goreng maksu masak."

Qais mencapainya. Mula menyuap satu per satu suapan ke mulutnya. Mengunyah tidak selera memikirkan isterinya.

Cukup 30 minit dia menyantap. Doktor berpakaian baju bedah menujunya.

"Waris Farah Izyani ada ?"

Doktor berkaca mata bernama Qairina itu mencari-cari siapa.

"Saya, doktor. Saya suami dia."

Qais bangun menghadapnya. Qais cemas kerana seketika Doktor Qairina terdiam.

"Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar tapi bahagian tulang yang patah tu dah kacau saraf isteri encik. Jadi, effect daripada tu, isteri encik lumpuh bahagian pinggang ke kaki. Pihak kami minta maaf. Saya harap encik dapat terus doakan dia supaya dia sedar dan boleh menjalani rawatan seterusnya."

Doktor memberikan senyuman sebelum meninggalkannya. Qais terus memandang mama.

"Maaa..

"It's okay. Qais tahu Farah kuat kan ?"

××××××××××××××××××

"Kau dah tengok video tu ?"

Syakilla terus mengerutkan dahi menanti penerangan adiknya.

"Video apa ?"

"Video ni."

Telefonnya didekatkan pada Syakilla.

TULISWhere stories live. Discover now