Bab 17 : mimpi

7 3 0
                                    

"Heyy, buat apa dekat luar ni ? Tak sejuk ?"

Farah menggeleng dengan tegukan kopi panas.

"4 hari saya nikah dengan awak, awak tak pernah miss minum kopi tiap malam.. Awak memang suka minum kopi eh ?"

Farah mengangguk kembali menikmati pemandangan.

"Awak okay ?"

Farah mengangguk.

"Awak ada apa-apa nak cerita ?"

Farah menggeleng.

"Mama kata satu hari ni awak diam je. Awak ada apa-apa nak share ke ?"

Qais menuju kesal dengan respon Farah yang tidak bersuara.

"Awak kerja apa ?"

Soal Farah mengubah topik.

"Saya kerja dengan Tuan Zainal."

"Syarikat apa ?"

Tangan Farah kembali memeluk cawan kopi tersebut.

"Syarikat interior design. Tuan Zainal tu yang sponsor saya sambung master."

"Cukup ke masa awak ?"

Farah kelihatan menikmati perbualan tersebut.

"Tuan Zainal suruh saya masuk kerja bila cuti sem je. Kalau hari-hari biasa waktu study, saya menulis je."

Farah mengangguk.

"Awak betul okey ?"

Farah sekali lagi mengangguk dengan kening yang terangkat.

"Ke awak bosan duduk rumah waktu cuti sem ni ?"

Farah menggeleng.

"Awak tak nak cerita apa-apa ke ? Pasal zaman sekolah awak ke ?"

Farah menggeleng.

"Ke sebenarnya awak bosan sebab tak ada saya ?"

"Biasa je."

"Habis tu kenapa awak senyap ?"

"Bukan ke saya memang macam ni ? Awak sendiri kata yang saya tak macam perempuan lain."

"Apa yang seronok jadi pendiam ?"

Farah tersentak. Memalingkan tubuhnya pada Qais.

"Apa yang seronok banyak bercakap ?"

Seketika Qais terdiam namun masih ada tenaga untuk sambung berbual.

"Awak ni peliklah.. Awak dingin dengan suami sendiri."

"Apa yang membuatkan awak pinang saya ?"

Farah kembalikan cawan kopinya ke atas meja kecil sebelah bangku yang sedang didudukinya.

"Kenapa awak selalu tanya soalan sama ?"

"Sebab saya tak pernah dapat jawapan."

"Kenapa awak tak nak bercerita dekat saya haa yang Ratu datang sini ?"

Suara Qais sedikit menaik untuk itu. Farah terus terdiam.

"Awak nak biar dia datang bawa pisau, tikam awak dulu ? Macam tu ?"

"Kenapa saya kena bagitahu awak ?"

"Farah.. Saya suami awak."

"Apa yang saya sebagai perempuan boleh gunakan istilah suami tu dengan baik ?"

"Bagi saya protect awak."

Farah melepaskan nafas berat dari mulut.

"Awak yang tak selesaikan masalah awak dengan Ratu. Kenapa awak perlu protect saya ? Awak punca keselamatan saya musnah."

TULISWhere stories live. Discover now