Bab 42 : serius

4 1 0
                                    

"Kenapa kau ada dekat sini ?"

Farah menghadap Ratu dengan tangisan yang masih belum habis membasahkan pipi.

"Aku nak jumpa Qais."

"Macam mana kau boleh tahu Qais dekat sini ?"

"My mom told me. Kau yang bagitahu mommy aku yang Qais dekat sini kan ? Untuk apa ? Minta simpati ? Mentang-mentanglah mommy aku tolong kau hari tu. Kau nak guna kan dia lah ?"

Mama dan papa hanya memandang mereka dengan seribu tanda tanya. Farah malas bertekak, terus bergerak pergi ke tandas.

××××××××××××××××

"Kenapa kau ikut je aku eh ? Aku ajak pergi mana je mesti kau ikut. Kau sentiasa on je untuk teman aku."

"Sebab aku suka."

Khai mencebikkan bibir sambil mengangkat kening sebelah. Tidak sangka citarasa Bobby sama dengannya.

"Cuma, banyak-banyak benda yang kau suka kan, mana satu favourite kau sebenarnya ?"

"Entah. Aku suka je semua."

"Aku ?"

"Kau tanya aku pula ? Apa yang kau suka, kau sendiri je lah yang tahu. Apahal aku pula yang kena tetapkan ?"

Khai bukan seorang yang suka berselindung. Jawapan sebegitu sudah dijangka.

"Kau cakap kau suka semua, kau suka aku juga lah kan ?"

Laju jantungnya menyoal itu. Entah bagaimana hendak dia meluahkan perasaan itu.

"Nasib baik lah kafe ni ada kita dua je. Kalau tidak, mahu tak jadi makan orang lain. Kau memang suka loya buruk. Menyampahlah aku."

"Kahwin dengan aku, jom."

Sejenak Khai terdiam, tiada reaksi melihat wajah seriusnya. Tidak sampai beberapa saat reaksi kosong itu, pekerja kafe sudah mendekat.

Mata Khai sudah melilau melihat mereka. Bukan seorang, bukan dua tapi 5 orang datang serentak.

Seorang menghulurkan kotak cincin pada Bobby. Seorang menghulurkan kotak hadiah pada Khai. Seorang lagi meletakkan sebiji kek di atas meja bertulis 'aku suka kau, kau suka aku ?'

Dua orang lagi membuka helaian kertas manila yang tertulis 'Aku memang kelakar tapi ni serius. Kahwin jom !'

Tiba-tiba suasana kafe berubah riuh, ramai dari luar masuk ke kafe menepuk tangan saat Bobby membuka kotak cincin dan menghulurkan kotak cincin pada Khai.

"Kau cuma bagitahu APA yang kau suka, boleh aku tahu SIAPA yang kau suka ? Tak payah jawab guna mulut. Ambil cincin ataupun tutup kotak."

Suasana teruja itu dimatikan dengan bunyi telefon Khai.

FARAH.

Khai menjawab.

"Hello, Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Kau kenapa ni ? Apahal nangis ?"

Soalan itu membuatkan wajah Bobby juga berubah tegang.

"Okay, okay. Aku gerak sekarang."

Ucap itu yang dapat didengari Bobby sebelum talian dihentikan. Khai mula memikirkan cara untuk bergerak dari situ.

"Aku kena gerak sekarang."

Khai menatap wajah Bobby, seketika melihat kembali cincin yang masih belum menjadi keputusan.

Khai menutup kotak cincin dan mengambil itu dari tangan Bobby.

"Aku kena gerak dulu, nanti apa-apa aku call kau."

TULISWhere stories live. Discover now