Bab 57 : selamat

5 1 0
                                    

"Kau buat apa ni ha ?!"

Farah meronta-ronta ingin melepaskan diri dari tali ikatan.

"Aku buat apa ? Aku cuma tambah kebahagiaan hidup kau je. Kau kan nak berbakti pada ummi kesayangan kau tu, so kau kena lah ikut aku."

Farah mengerutkan dahi. Pandangannya masih gelap kerana penutup yang masih belum dilepaskan dari wajahnya.

"Kau ni baik sangat. Anak mithali. Dengar sangat apa yang ummi kau cakap. Dia ajak kau masuk longkang pun kau ikut."

"Kau ni siapa ha ?!!! Ummi aku mana ?!"

"Kau betul nak tahu aku siapa ke ?"

Kain penutup kepala itu ditanggalkan. Kini, matanya seakan dicucuk-cucuk lampu yang elok tersuluh ke dalam matanya.

"Kau ?!"

Farah tidak sangka wajah itu sekali lagi dilihatnya.

"Ye, aku. Yang hari tu tel*njang dekat rumah kau tu."

Farah tertawa sinis.

"Zaman bila ni main culik-culik ? Kau nak buat apa dekat aku ?!"

"Disebabkan ummi kau tak bagi aku kasar dengan kau. Aku buatlah juga sesuatu yang dapat jaga diri kau."

Televisyen di hadapannya dihidupkan.

"Cakap hai dekat suami kau yang menjijikkan ni. Live ni !"

Urat ketenangannya seakan terputus melihat Qais yang juga berada di kedudukan yang sama sepertinya. Terikat di kerusi.

"Kau nak buat apa haaa ?!"

Farah cuba melepaskan tangannya dari tali. Menggosok-gosok tangannya dengan tali tebal itu sehingga merasa pedih.

"Tak ada buat apa lah. Disebabkan suami kau pun dah tak nak kerja dengan aku, aku ada lah pertunjukkan sikit untuk kau."

Ratu muncul di skrin televisyen.

"Bukan main dia sayangkan kau sampai hari tu mati-mati tak bagi aku masuk rumah sebab nak jaga hati kau. Sampai aku nak kena letak pisau dekat tengkuk dia dulu."

"Eh, lepaslah !!"

Farah masih meronta-ronta memikirkan cara melepaskan diri dari situ.

"Suami mithali kau ni demam kan ? Kesian dia eh. Tak larat nak bangun. Biar BEKAS KEKASIH a.k.a ADIK TIRI kau ni buat dia semangat."

Ratu menyentuh wajah suaminya.

"Eh, kau nak apa haaaa ?!!"

"Nak apa ? Aku nak korang lah. Mula-mula aku kutip kau sebab ummi kau suruh. Ummi kau hutang aku, aku tak nak duit, jadi aku minta lah anak dia. Tapi, disebabkan suami kau ni buat onar dekat aku. Dia cuba nak buruk-burukkan aku dekat media, aku pun rasa tercabar lah kan. So, why not aku berkongsi kebahagiaan dengan kau kan ?"

Tuan Zainal mengangkat kening merapatkan wajah dengan Farah.

"Tak nak say hi dekat suami kesayangan kau ?"

"Kau nak apa ha ?! Aku boleh bayar lah !"

Mengetap geraham Farah membalas pandangan Tuan Zainal. Matanya kemerahan, menahan rasa pedih pergelangan tangan yang sudah mula melecet.

"Kau nak bayar ? Laki kau pun aku yang bagi makan ! Aku tak minta banyak pun, buah pinggang suami kau satu, nak minta tumpang sperm aku dalam rahim kau, boleh ?"

Makin kuat Farah meronta. Kini tangannya cuba mengetuk kerusi dari bahagian belakang dengan tangannya yang sudah tidak berdaya.

"Lepaslah !! Jangan sentuh suami aku !"

TULISWhere stories live. Discover now