Bab 66 : sah

4 1 0
                                    

"Kau dah fikir masak-masak ke ni ?"

Khai masih merisaukan keputusan Farah.

"Nak masak apa lagi ? Dah hangus dah. Aku lupa tutup api."

"Farah, keputusan ni besar tau. Akan menjejaskan hidup kau lepas ni. Perempuan tu pula tengah mengandung. Kau yakin boleh ?"

"Itu je yang aku boleh buat supaya nama sesiapa tak tercalar."

"Aku rasa kau tengah tak betul ni. Sekarang ni, bukan nak fikir pasal sesiapa tau. Fikir pasal diri kau !"

Khai benar-benar tidak berpuas hati dengan keputusan Farah yang hendak mengizinkan Ratu menjadi sebahagian hidup Qais.

"Aku dah jadi macam ni dah, weyhh.. Aku tak ada sesiapa kalau aku bercerai. Adik aku dah kahwin. Ni je cara untuk aku kekal hidup."

"Astaghfirullah. Aku tak tahu lah fikiran kau macam mana. Tapi, bagi aku, ramai lagi lelaki yang lagi baik dari Qais tu yang sesuai dengan kau. Dia tak sebaik penulisan dia pun !"

"Habis tu ? Kau nak aku robohkan masjid ni untuk tubuhkan masjid lain ?"

"Farah.. Kau bukan robohkan masjid kau, kau cuba perbaiki masjid kau dengan cari pengganti je."

"Kau ingat senang ke ? Semudah itu pengganti tu nak datang ? Aku tak nampak sesiapa dah, Khai. Yang aku nampak sekarang ni, itu je jalan penyelesaian dia. Lagipun, dia dah mengaku yang dia sayangkan Ratu."

"Kalau cerita sayang, kau pun pernah sayang Waiz."

"Boleh tak jangan sebut lagi nama dia ? Kau tau kan dia pun sekongkol dengan Si Tuan Zainal tu. Entah mana lah dia lari."

Khai terus membekukan diri. Senyap tidak menyambung perkataannya.

"Jom, teman aku pergi kedai buku."

"Kenapa ? Sketchbook kau dah habis ?"

"Jom lah."

×××××××××××××××××××

"Kau peliklah, Farah.. Tadi, kau nak beli buku laki kau sendiri. Ni tiba-tiba ajak aku balik rumah pula ? Kenapa ?"

"Is it possible kalau aku buat buku ?"

"Means ? Kau nak menulis macam laki kau juga ?"

"Itu je business yang tak payah banyak sangat guna duit dan tak payah banyak berjalan."

"Kau kenapa ni ? Kau nak guna duit ke ?"

"Tak. Aku cuma nak buat persediaan sebelum suami aku kahwin lagi. Itu je. Takkanlah aku nak berharap sepenuhnya dekat dia ?"

"Itulah aku cakap dekat kau. Fikir masak-masak dulu sebelum kau nak izinkan suami kau kahwin lain. Pasal duit ni tak sepatutnya kau fikir melainkan kau nak guna lebih dari nafkah yang dia bagi. Selain dari itu, semua kewajipan dia."

"Iya. Aku faham. Tapi, manusia boleh berubah, Khai. Boleh jadi hari ni dia masih sayangkan aku. Esok ? Lusa ? Lagi-lagi lepas dia kahwin dengan Ratu nanti."

"Habis tu ? Kau serius nak menulis ? Kalau kau serius, biar aku yang tolong kau."

"Tolong apa pula ? Biarlah aku yang buat semua. Kau tak payahlah susahkan diri kau."

"Eh, perempuan ! Aku kalau nak cerita susah, baik aku tak payah kawan dengan kau lah ! Daripada kau kecil sampai ke tua ni, kau memang menyusahkan aku pun !"

Khai mengangkat kening mengangkat kening mengatakan itu.

"Eh, kau ni !"

"Habis tu ? Yang nak sensitif sangat ni apahal ? Kau ingat cerita menyusahkan ni akan habis dekat sini ? Aku akan make sure hidup kau pula disusahkan sebab aku. Sibuk sangat dengan cerita menyusahkan. Sekali aku lesing tangan aku dekat pipi kau tu, hilang muka cantik kau."

Terdiam Farah, bercampur aduk dengan perasaan serba salah.

"Sekarang ni, apa plan kau ? Kau nak buat buku macam mana ?"

"Buku ni kan dia cerita pasal perkahwinan kita orang, pasal masalah lepas kahwin. So, aku nak buat buku macam ni tapi dari point of view aku."

"Maksudnya kau nak bagitahu sebab kau jadi macam tu ? Sebab kau diamkan dia ? Sebab kau belum nak open dekat dia ? Macam tu ?"

Farah berkerut dahi.

"Kau dah baca eh buku ni ?"

"Aku tak payah baca pun aku dah tengok review buku tu lah. Bukan main orang suka sampai berjuta-juta terjual."

"Kau betul ke nak tolong aku ?"

Khai senyap sambil menunjukkan wajah bengisnya.

"Kalau macam tu, boleh ke aku tulis tangan ?"

"Ohh, boleh sangat ! Nanti biar aku tolong type. Nak juga baca isi hati wanita terpaling kuat macam kau ni."

"Aku kalau boleh nak siapkan sebelum raya. Sempat tak eh ?"

×××××××××××××××××

"Aku terima nikah Quratu Aini Binti Eidhlan dengan mas kahwin 300 ringgit tunai."

"Sah ?"

"Sah."

Jawapan saksi berjaya membuatkan Farah membasahkan pipinya. Mama disebelahnya hanya memaut bahu Farah sambil cuba menenangkannya.

"Anak mama kuat."

Farah senyum memandang mama dengan mata berkaca.

"Mama restukan abang tau."

Mama hanya senyum, tidak membalas ucapan itu. Benar-benar kesal dengan tindakan Qais namun cuba menghormati keputusan Farah membenarkan itu.

"Assalamualaikum, Farah. Sorry, lambat. Beraya rumah Bobby tadi."

Khai datang menundukkan tubuh di belakangnya kerana terlambat tiba di majlis.

"Waalaikumussalam."

Farah senyum. Namun Khai terus memeluknya.

"Kau kuat."

Giliran Khai yang menahan nafas supaya air matanya tidak jatuh. Khai melepaskan pelukannya.

Tiba-tiba Farah memaut kerusi roda di sebelahnya seakan ingin keluar dari situ. Namun, tingkah lajunya mengejutkan mereka yang berdekatan.

"Kau okay tak ni ?"

"Aku mual. Rasa nak muntah."

Berkali-kali menelan liur supaya tidak mengeluarkan isi perutnya. Tangan dan kakinya juga berusaha naik sendiri ke atas kerusi roda. Belum sempat Khai dan mama membantu, Farah jatuh.

Qais yang sedang membaca lafaz taklik terhenti, terus berlari menuju Farah. Seluruh tetamu yang berada di hujung masjid itu sedang memerhatikan mereka.

"Sayang, kenapa ni ?"

Farah menutup ketat mulutnya. Qais faham isyarat itu dan terus mengangkatnya menuju ke tempat wudhu lelaki.

"Okay tak ni ?"

Betul, Farah mengeluarkan isi perutnya. Serta merta pandangannya gelap setelah itu.

"AllahuAkbar.. Sayang ??"

Semua yang berada di situ cemas melihat keadaannya.

××××××××××××××××

"Kamu tak pergi majlis ke ?"

Hawla sengih memberi reaksi pada maksu yang tiba-tiba menjengah pejabatnya.

"Memang tak lah nak pergi. Kakak saya tu gila, dah kenapa lah biarkan perempuan jahat tu ambil laki dia."

Bebel Hawla seorang diri sambil memicit satu per satu papan kekunci.

"Hawla.. Kakak kamu masuk hospital. Kamu tak pergi ke ?"

"Masuk hospital ?? Kenapa ?!"

Terhenti jari jemarinya mendengar itu, terus menolak kerusinya ke belakang, bangun dan keluar dari pejabat.

TULISWhere stories live. Discover now