Bab 13 : miskin

9 4 1
                                    

"Okey, korang prefer homestay ke hotel ?"

Syakilla menyoal dengan penuh pengharapan Farah menetapkan jawapan.

"Kalau hotel nak book berapa bilik ? And kalau nak book hotel, sempat lagi ke ?"

Bukan jawapan yang Farah beri. Soalan pula yang membuatkan Syakilla berfikir.

"Kalau book hotel boleh book 2 bilik. If Farah tak selesa duduk dengan kita orang, boleh je book 3 bilik."

Syakilla senyum sambil mengatakan itu.

"You jangan nak ngada, Farah. You duduk je bilik sekali dengan kita orang. Barulah boleh gosip pasal Qais."

Qais sudah memandang Syakira tajam. Tahu gediknya yang lebih parah dari Syakilla.

"So, sekarang nak book hotel ke homestay ?"

Sekali lagi Syakilla dengan soalan yang sama.

"Untuk mengelak fitnah, saya rasa kita lebih elok book hotel. Kalau homestay, kita kena duduk sekali."

Farah membuat keputusan.

"Love lah keluar dengan Farah. You pandai buat keputusan. Eloklah dengan Qais ni."

Syakira memuji.

"Kenapa ? I tak pandai buat keputusan ke ?"

"Yes ! You memang tak pandai buat keputusan."

"Ya ! Kau memang tak pandai buat keputusan."

Serentak Syakira dan Syakilla menyatakan perkara sama. Laju mereka saling pandang. Tersenyum Farah kerana itu. Mata sepet Farah menunjukkan hiburnya.

"Ehh, dah lah. Jom gerak."

××××××××××××××××

"Alhamdulillah sampai."

Farah menanggalkan kasut masuk ke dalam bilik.

"Nak pergi makan tak ?"

"Hurmmm.. Kita tunggu zohor boleh ? Alang-alang tu solat terus."

"Ohh, zohor pukul berapa ?"

Syakilla menyoal. Perwatakan kasarnya membuatkan bunyi soalan itu agak kasar bagi Farah.

"Dalam 1 suku dah masuk dah rasanya."

"Ohh, kalau you nak solat, you solat lah. I period."

Syakira pula masuk ke ruangan dan terus menghempaskan tubuh ke atas tilam.

"Okay."

"Tapi sebelum masuk waktu ni, aku nak tanya kau satu soalan."

Farah mengangkat kening menghentikan geraknya yang lain.

"Eh, kau letaklah beg dulu. Duduk sini, borak."

Agak kekok untuk Farah. Maklumlah, belum benar-benar mengenali mereka.

"Jap."

Farah menuruti itu dan terus melabuhkan punggung ke atas sofa di dalam penginapan mereka.

"Ha, tanya lah !"

Farah cuba menghilangkan rasa kekoknya. Bersahaja di atas sofa sambil memegang bantal.

"Betul ke kau nak kahwin dengan Qais ?"

Soalan Syakilla membuatkan bibir Farah serong ke kiri.

"Kenapa tanya macam tu ? Majlis kan 2 minggu lagi."

"Yahh, aku tahu. Aku cuma harap pisang tak berbuah dua kali."

"Maksudnya ?"

Farah memeluk erat bantal di tangannya menanti penerangan Syakilla.

TULISWhere stories live. Discover now