Bab 8 : harta

13 4 0
                                    

"Petang ni jumpa dekat kafe boleh ?"

"Saya kena balik. Abah sakit."

"Abah sakit ? Saya ikut awak."

"Saya nak gerak sekarang."

"Saya gerak sekarang juga."

Bergegas Qais mencapai kunci keretanya, menuju ke arah parkir.

Sejam memandu,

Farah berhenti di stesen minyak. Qais juga sama.

"Saya nak pergi tandas sekejap."

Farah memberi isyarat pada Qais dan meninggalkannya. Qais mengangguk sebelum keluar dari kereta.

"Ya Allah, risaunya dekat abah.. Minta-minta lah tak ada apa.."

Monolog sendiri sambil membuka pili di singki membersihkan tangannya. Pantulan permata cincinnya di cermin membuatkan dia memandang jari manisnya.

"I really hope he's the one. Semoga baik kau ni berkekalan sampai syurga."

Suara hati mendoakan itu pada dirinya sendiri. Kisah cinta ibu bapanya sudah mencalar hati, benar-benar berharap itu tak terulangi.

"Mana pula pakcik ni ?"

Farah berdiri diluar kereta menunggu Qais yang tiba-tiba hilang.

"Lahhh, kuat makan jajan juga dia ni.."

Farah tersengih melihat plastik kudapan yang baru dibawa keluar dari kedai serbaneka di stesen minyak. Setelah Qais muncul di pandangannya, terus dia masuk ke dalam kereta.

"Dia nak beli kerepek pula ke ?"

Seketika melihat Qais berhenti dihadapan seorang warga emas yang menjual kerepak.

"Banyaknya dia makan."

Ujar Farah tanpa serba salah kerana Qais tidak mendengar itu.

Tersentak, melihat pakcik itu tiba-tiba memeluknya sambil menangis.

"Kenapa pula tu ?"

Qais datang,

"Eh, dia tak beli pun kerepek pakcik tu. Ke dia bagi duit ? Sebab tu yang pakcik tu menangis ? Berapa banyak dia bagi sampai pakcik tu menangis ?"

Tiba-tiba banyak persoalan yang keluar dari lisannya.

Qais berhenti di sebelah keretanya, memberi isyarat supaya tingkap kereta diturunkan.

"Nah, ambil ni. Awak makan gula-gula ni kan ?"

Qais menghulurkan gula-gula mentos pada Farah. Farah senyum.

"Terima kasih."

"Kalau tak larat, berhenti tepi. Rehat dulu. Awak dah makan belum ?"

Farah sengih sambil menggeleng.

"Allah. Dah lewat ni. Kenapa tadi sebelum gerak tak makan ? R&R depan ni kita berhenti makan."

Qais sekali lagi menyeluk tangannya ke dalam plastik.

"Sekarang ni, awak makan roti ni dulu buat isi perut."

"Tak apa lah, awak makanlah."

Farah menolak.

"Lagipun R&R dah dekat dah."

"Awak ambil juga roti ni. Awak tu dah lah ada gastrik ! Ambil ni, makan."

Anak mata Farah seakan mendongak memandang Qais. Kaku memandangnya, seakan sedang dimarahi.

"Farah Izyani.. Ambil roti ni, makan. Kalau abah tahu awak tak makan, abah pun risau."

TULISWhere stories live. Discover now