Bab 18 : tipu

5 3 0
                                    

"Saya nak jumpa ummi sekejap."

"Tiap kali awak jumpa ummi, apa yang korang buat ?"

Soal Qais sambil memandang gerak geri Farah yang sedang mengemas beg tangannya.

"Makan."

Jawabnya sepatah dan terus kembali mengemas.

"Tak payahlah pergi. Awak kan belum betul-betul sihat."

"Saya okey je. Awak tak kerja hari ni ? Bukan ke awak kata awak ambil cuti kahwin seminggu je ? Lagipun, awak cuti Hari Ahad je kan ?"

"Saya panjangkan cuti saya."

"Serius ? Boleh ke ? Baik betul bos awak."

"Dia sangat baik. Tuan Zainal tu lah yang sponsor saya sambung belajar."

Sejenak mimpinya 2 hari lepas melintasi fikiran. Farah masih cuba memberi reaksi normal kerana dia langsung tidak bercerita tentang mimpinya.

"Alhamdulillah. Awak patut bersyukur jumpa bos yang baik macam tu."

Farah senyum memandangnya.

"Awak dah nak gerak dah ?"

Farah mengangguk.

"Awak jumpa ummi dekat mana ?"

"Dekat kafe."

"Kafe mana ? Jom, saya hantar."

Pelawa Qais supaya Farah tidak keseorangan.

"Hurmm. Saya pergi sorang boleh ?"

Qais terdiam seketika.

"Kenapa ? Tak boleh ke ?"

"Awak rehatlah. Saya pergi sekejap je. Tak lama pun."

Qais mula merasa tidak tenang.

"Tak baik buruk sangka lah, Qais. Farah baik."

Ucapnya pada diri sendiri. Tidak mahu menukar pandangannya pada Farah.

"Okeylah. Awak hati-hati tau. Apa-apa call je saya. Okey sayangggg ??"

Farah sengih sambil mengangguk. Menyangkut beg tangan pada bahu.

"Saya pergi dulu tau."

Farah menghulurkan tangan kanannya lurus di hadapan Qais.

"Salam."

Qais menyambut itu dan mencium ubun isterinya.

×××××××××××××××××

"Sampai bila ummi nak sorok identiti ummi ?"

Farah mengangkat kening memandang ummi.

"Kakak. Kenapa tanya benda macam ni lagi ?"

"Sehebat itu ummi bencikan abah kan ?"

"Kakak. Sudahlah."

"Ummi jumpa kakak setiap minggu ni pun sebab syarat abah kan ? Ummi tak rasa menyesal ke buat abah macam tu ?"

Ummi terdiam. Farah masih memandangnya dengan mata berkaca.

"Ummi. Adik hari-hari puji ummi, hari-hari dia salahkan abah sebab ceraikan ummi. Ummi tak rasa ke benda tu menyedihkan ?"

"Kakak. Ummi sayang kakak dengan adik. Cuma ummi dengan arwah abah dah tak sehaluan. Tak ada orang yang gembira untuk bercerai."

"Sayang ? Sayang apa ummi ? Tiap minggu kakak jumpa ummi dekat sini. Duduk, makan, minum, karaoke. Ummi bagi duit sebelum kakak balik. Ummi cakap tu sayang ? Ummi buat semua tu sebab syarat abah je. Sekarang abah dah tak ada. Ummi mesti rasa tak nak jumpa kakak kan ?"

TULISWhere stories live. Discover now