Bab 67 : nusyuz

4 1 0
                                    

"Alhamdulillah dia tak apa-apa. Cuma tadi, tekanan darah dia sangat-sangat rendah. Encik dah tahu ke Puan Farah pregnant ?"

"Pregnant ?!"

"Ya. Dia mengandung, maybe 3 months. Jadi, keadaan dia buat masa sekarang sangat bahaya untuk kandungan dia. Saya minta tak ada yang berjumpa dengan dia dulu lah. Kami kena pantau dulu keadaan dia."

Qais terdiam.

"Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu."

Doktor meminta izin pergi. Qais yang masih berbaju melayu kemas itu terduduk sekali lagi dengan keputusan doktor.

Mama masih duduk, tidak mengucapkan apa-apa. Marah pada Qais, simpati pada Farah. Serta-merta perasaan itu membuatkan mama tidak mengatakan apa-apa.

Papa juga dengan reaksi yang sama. Langsung tidak bergerak dari kerusi melainkan kaki yang dari tadi tidak habis digerakkan.

"Kakak kenapa lagi ???"

Keluh Hawla yang baru sahaja tiba di situ. Tidak lagi memberi salam, hanya rasa marah yang membuak-buak.

"Apa lagi perempuan gila tu dah buat dekat kakak aku ? Dia main apa lagi ? Pisau ? Sabit ?"

"Ehh..

Qais bangun menghadapkan jari telunjuk ke arah wajah Hawla.

"Perempuan yang kau cakap gila tu bini aku."

"Kisah pula aku, dia bini kau !"

Hawla mengerut dahi, mendekatkan wajahnya pada jari Qais. Benar-benar menekan suaranya supaya tidak kedengaran satu hospital.

"Dia tak ada kena mengena dengan aku ! Lelaki b*doh macam kau ni memang letak otak bawah kaki. Perempuan gila tu dah cuba bunuh kakak aku pun kau masih nak pilih dia."

Hawla mengetap geraham semasa mengucapkan itu. Wajahnya sudah kemerahan menahan amarah.

"Aku memang doa kakak aku bercerai dengan lelaki macam kau ! Ramai lagi lelaki yang lagi baik dari kau lah !"

Khai mendekat mengusap belakang Hawla. Naik turun dadanya mengambil nafas.

"Dah, jangan macam ni. Doakan Farah."

Hawla menolak tangan Khai.

"Hari-hari lah aku doakan dia ! Kalau kena hadap jantan dayus macam ni memanglah dia banyak kali masuk hospital !"

Ucapnya pada Khai. Lalu terus pandangannya berubah ke arah mama.

"Saya minta maaf sangat-sangat lah aunty. Saya bukan nak hina tapi cukup-cukuplah kakak saya nak kena hadap kerenah dia ni ! Tolonglah nasihatkan anak aunty untuk ceraikan kakak saya ! Lama-lama dia mati lah kalau asyik nak kena hadap semua ni !"

Menitis air mata amarah Hawla. Laju juga tangan mengusapnya.

"Bersyukur sangat rumah dia dekat sebelah rumah aku je. Kalau tidak, aku tak jumpa lagi kakak aku sampai hari ni !"

Sekali lagi memandang Khai melepaskan perasaannya.

×××××××××××××××××

"Kita baru kahwin kot, takkanlah you nak tinggal I sorang dekat dalam rumah mama papa you pula tu."

"Ratu, please understand me. I sayangkan you. I sayangkan Farah. So, you tak payah nak kecil hati. I tahu mana satu yang patut I dahulukan."

"Sayang.. This is our first night.."

"Lepas tu ? You nak I buat apa ? Buat suprise tabur bunga atas katil ? Macam tu ? Please lah, Ratu. Faham sikit yang Farah tengah tak sihat, tengah pregnant."

TULISWhere stories live. Discover now